24 February, 2013

Jom Mencegah Thyroid

Assalamualaikum

Sebenarnya aku dah lama nak kongsi kisah ni kat blog cuma aku sedang menunggu masa yang paling sesuai untuk berkongsi with all the readers.Alhamdulillah hari ni aku berkesempatan untuk menaip sesuatu.Apa yang aku nak sampaikan adalah berkaitan dengan kesihatan.Harap semua pembaca dapat mengambil pengajaran ya dengan apa yang akan aku ceritakan.Entry kali ni agak panjang so jangan jemu ok.

Sebelum masuk u setiap pelajar kan diwajibkan untuk buat medical cheak up so I did mine.Bila buat medical cheak up alhamdulillah doktor cakap aku tak ada masalah cuma bila doktor buat pemeriksaan dia kata macam ada bengkak pada leher aku.Time tu sehari sebelum aku melangkah ke u.Dia kata awak kena rujuk ke hospital besar sebab saya risau awak ada thyroid.Whhhhhhaaaaaat??thyroid?Bila doktor kata macam tu meremanglah bulu roma aku.Dia tanya aku awak perasan tak leher awak macam bengkak.Aku kata la yang selama ni aku tak perasaan bengkak.Dalam hati aku kata Omaaaaigod macam mana aku boleh tak perasan padahal tiap tiap hari mengadap cermin.

I was started blaming myself.Doktor siap tulis surat rujuk supaya aku terus buat pemeriksaan as soon as possible.Time aku buat medical cheak up tu kat Melaka so memandangkan aku dah kesuntukan masa untuk ke Hospital Besar Melaka maka aku kena buat pemeriksaan di u dulu sementara ke hospital Besar Serdang dekat UPM


Lepas selesai semua dan dapat result medical cheak up maka aku baliklah dengan perasaan hiba.Time tu abang aku tengah tunggu dalam kereta.Abang aku kata everything is fine?aku dengan muka monyok kata takkkkkk.Aku kena suspect thyroid weh.Dia katalah kat aku alah jangan risau tak ada apa apalah tapi kata kata dia langsung tak menenangkan hati akuuuuuuuu.

Balik rumah mama tanya macam mana result medical cheak up.Aku bagitahu perkara yang sama.Mama kata jangan main main dengan thyroid bahaya tau! maka mendengarkan jawapan mama memang tertelanlah air liur aku tapi aku bertindak tenang konon konon tak takut padahal bermula hari tu aku tak puas hati risau apa yang doktor cakap adalah betul.

Aku start google tentang thyroid dan menemui banyak info.Selama ni pun bukan aku tak pernah belajar pasal penyakit ni.Berbekalkan sedikit sebanyak ilmu Biologi setahu aku thyroid ni terbahagi kepada dua iaitu hipothyroid dan hyperthyroid dan ada dua lagi kategori thyroid iaitu sama ada malignin atau benign.Kalau benign dia tak bahaya tapi kalau malignin sel tu adalah tumor dan berpotensi menjadi cancer dan mesti dibedah secepat mungkin!!Sebelum ni pun ada seorang bekas senior di sekolah aku meninggal dunia disebabkan menghidap cancer thyroid stage 3 so bertambah tambah la takut aku.Apa yang aku terbayangkan hanyalah mati dalam masa yang sama memikirkan kalaulah betul aku berpenyakit mesti aku tak berpeluang nak kahwin dan kalau kahwin pun susah nak dapat anak.Siapa nak tahu sedikit sebanyak tentang thyroid boleh baca ni


Selagi kita tak tahu keputusannya selagi tu kita kena bersikap positif.Aku cuba bersikap positif dan berbaik sangka dengan allah tapi selama di u minggu orientasi aku tak berjalan dengan lancar sebabnya aku asyik termenung dan berfikir tentang ni.Kadang kadang aku tak boleh nak fokus apa aktiviti yang diorang buat sebab banyak menggelamun punya pasal.Lepas dua minggu barulah aku sempat pergi pusat kesihatan buat pemeriksaan.Doktor suruh aku buat blood test dan selepas seminggu doktor tunjuk blood test untuk TSH3 TSH4 adalah normal.TSH stands for Thyroid Stimulating hormone.Alhamdulillah aku bersyukur tapi lepas jumpa doktor dia kata suruh jugak pergi hospital sebab dia kata walaupun thyroid aku normal tapi dia risau aku menghidap thyroid cyst.Dalam hati aku kata apa lagi nie.Baru je nak tarik nafas lega suspect benda lain pulak.Then terpaksa buat appoinment di Hospital Serdang

Untuk pengetahuan Thyroid cyst adalah sejenis bengkak di leher disebabkan kandungan cecair.Ia tak berbahaya tapi jika dibiarkan boleh menyebabkan thyroid dan juga cancer.Boleh dikatakan thyroid cyst ni macam pra-thyroid la.Biasanya doktor boleh kesan thyroid cyst ni dengan memegang dan memicit micit kawasan tekak.Itulah yang doktor buat masa appoinment di hospital kat aku.Doktor tanya sakit tak?memanglah sakit kalau dia asyik tekan tekan je tekak aku.hehehe.dia gelak je.


Next,belum selesai lagi dia suruh pulak aku buat ultrasound untuk confirmkan betul betul sebab doktor tak dapat nak kesan apa apa pada leher.Dia kata mungkin thyroid cyst tu kecik je dan tak bahaya.So tunggu pula appoinment untuk sebulan.Kiranya ultrasound adalah kaedah yang paling berkesan untuk detect thyroid bukan thyroid je malah penyakit lain sekalipun.

Setelah naik turun hospital hampir 10 kali tiba hari terakhir pada aku kira hari penentu apakah benar aku menghidap thyroid setelah doktor buat pemeriksaan ultrasound alangkah bahagianya aku bila dia cakap awak tak ada apa apalah.Aku tanya dengan muka blurrr.Maksudnya doktor?dia kata ya awak normal dan tak ada apa apa.Ya allah engkau telah memberikan aku peluang kedua untuk meneruskan hidup.Balik terus sujud syukur.Minggu depan adalah follow up terakhir untuk result.

Bayangkan apa perasaan anda bila disyaki menghidap penyakit dan bila buat pemeriksaan demi pemeriksaan anda adalah normal?Mesti korang kata kenapa kalut sangat padahal tak ada apa apa pun.Macam mana aku tak kalut sebab ada juga beberapa simptom thyroid ada pada aku.Antaranya adalah aku sebenarnya underweight dan boleh dikatakan sangat kurus,kadang kadang makan berselera tapi tak gemuk,tangan selalu basah dan berair,kadang kadang nebes tak tentu pasal.Itu semua tanda tanda hyperthyroid tau.

Untuk makluman aku ada listkan simptom-simptom thyroid dengan video sekali.Manalah tau kot kot kita boleh semak ada tak tanda tanda thyroid ni pada kita.Setuju tak kalau aku cakap walaupun kita rasa tak sakit tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang berlaku dalam tubuh kita sebenarnya so better take a precaution than cure.Mari sama sama kita mensyukuri nikmat allah dengan menjaga kesihatan kita.Lives Live to the fullest kerana hidup hanya sekali!







Thyroid Self Exam