09 April, 2013

Boucher Buku Satu Malaysia

So far aku dah guna RM100 Voucher Buku Satu Malaysia untuk beli buku Organic Chemistry.Sebelum dapat voucher tu dalam hati dah berkira kira nak borong RM150 untuk novel,RM50 untuk hadiahkan buku pada adik dan RM50 untuk stationary tapi bila lecturer kata semua student wajib beli buku tu so terpaksalah aku korbankan RM100 tu.Mak kau nak beli buku untuk pelajaran pun kedekut ke?.Masalahnya kalau beli buku tu pakai pun satu sem je sebab aku ni bukannya budak kimia yang boleh pakai sampai final year.Amboi pandai bagi alasan.Biasanya aku lebih suka pinjam buku kat library je dan renew renew sampailah ke final exam.hehe.Jarang sangat aku guna duit untuk beli sebab aku rasa terlalu mahal.

At least aku ada lagi balance RM150 untuk beli barang yang aku nak kan.Akhirnya wishlist aku tercapai juga untuk beli novel seperti di bawah


Paling kiri ialah buku my mama.Aku hadiahkan mama la konon ni.Siap bagitau lagi kat mama masa kat MPH."mama pilih je buku apa yang berkenan".Bajet pakai duit sendiri la konon kan padahal pakai voucher je.Yang tengah tu adalah novel Sunan Musafir.Novel ni sebenarnya adalah kesinambungan kepada novel Kisah Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.Memandangkan aku dah baca kedua dua novel tu maka haruslah aku beli novel ni untuk mengetahui kesudahan cerita kan.Aku memang suka sangat novel karya Ramlee Awang Mursyid sebab kisah dia nampak sangat real even it is a thriller novel dan paling penting ada unsur islamik ulloss.Yang paling kanan tu adalah Cinta High Class.Rasanya semua dah tahu siapa penulis novel ni kan iaitu Dr Farhan Hadi dan Dr Fatimah Syarha.Siapa yang pernah baca buku Pemilik cintaku Selepas Allah dan Rasul pasti akan berminat dengan karya Dr Fatimah Syarha kan.hee.Semua ni harga RM50

Yang jeans dan Mustajab pati halia haruman Ros tu mungkin tiada kaitan tapi alang alang shopping sekali semua nak juga masuk dalam gambar kan.Hee.Anyway I have heard lots of blogger yang promote cream ni sebab diorang kata bagus so aku pun rasa la juga tergoda nak cuba satu.Aku ni jenis yang selalu lenguh dan banyak angin so I think maybe it suit me too.Harganya RM20 satu.Jeans tu memandangkan dah lama giler aku tak tukar so aku belilah.Sebelum ni asyik pakai seluar jeans zaman pak kaduk punya.hee



Seterusnya RM50 aku guna untuk beli hadiah kepada adik aku.Terasa seperti kakak mithali sebentar.hee.Memandangkan dia dah lama nak tafsir Al-Quran dan English Teen Novel maka aku beli jelah kat dia.lagi pun aku belum hadiahkan apa apa lagi pada dia untuk PMR 8A and for Award as the best MRSM student.