28 April, 2013

Pengarah Program

Assalamulaikum

Sebenarnya aku baru je habis test sebentar tadi jadi  aku rehat sekejap dengan menulis di  blog sementara menyusul presentation pulak esok.Life as a student biasalah kena buat assignment,presentation,test,quiz etc.

Baru baru ni lebih kurang dalam sebulan yang lepas nama aku naik untuk jadi Pengarah bersempena dengan sebuah program Kerohanian peringkat Kolej.Program ni berlansung selama seminggu dan setiap hari ada slot yang berlainan.Part aku adalah muhasabah diri.Sepatutnya nama dia kembara Barzakh tapi aku rasa Kembara Barzakh tu nampak macam berat je dan aku fikir kalau orang baca banner atau poster boleh meremang bulu roma so aku tukar kepada "Travelog Musafir"Nampak macam ada maksud yang tersurat kan.hehe.


Kiranya aku diamanahkan untuk buat program ni bagi  mengingatkan kita tentang kematian dan alam Barzakh.Lebih kurang macam tulah.Semua kertas kerja dan perancangan dibuat oleh Majlis Tertinggi Mahasiwa tapi mostly yang handle program adalah pelajar tahun pertama dan kedua.To be honest aku memang tak pernah handle event yang boleh dikatakan agak besar juga tapi bila fikir balik sampai bila aku nak buat hal sendiri duduk terperuk melayan perasaan dalam bilik."Bak kata ketua pengarah aku sampai bila kau nak jadi pengikut".


Even ni adalah kali kedua aku jadi Pengarah still lagi banyak benda yang aku perlu belajar dan banyak juga kelemahan yang perlu diperbetulkan.Berurusan sendiri dengan pihak penceramah dan bekerjasama dengan pelbagai pihak jawatankuasa sebenarnya telah banyak mematangkan aku.Seriously aku ni nama je pengarah tapi aku tak reti nak arah orang.Nak suruh orang buat kerja rasa macam was was je padahal kuasa ditangan pengarah kan nak point siapa suruh buat kerja so boleh dikatakan hampir 80% aku yang siapkan sendiri untuk slot aku.

Yelah time sekolah dulu aku nie jenis yang pasif dan pemalu.Aku tak pernah kot nak jadi pemimpin macam pengawas ke.Kalau cikgu offer selalu je reject and kalau cikgu suruh join pidato ke syarahan ke banyak je alasan aku konkonon takut tak dapat balance masa la,effect study la last last baru aku sedar potensi yang ada dalam diri ni dah lama berkarat hamparat.wakaka


Masa Ustaz Shaari bagi ceramah hari tu untuk slot Malam Pembukaan dia ada menyentuh selama kita bergelar student sebenarnya kita banyak menerima ilmu teori dalam kelas sahaja tapi ilmu melalui penglibatan dalam persatuan mahupun organisasi sama sekali tak kan sama dengan apa yang kita belajar time dalam kelas.Pengalaman tu lebih berharga.Memang terasa sangat bila dia cakap macam tu.Sekali rasa beruntung pun ada study kat UPM ni sebab kolej memang sentiasa buat banyak event termasuklah pihak UPM sendiri.Tinggal nak dengan tak nak je kau nak join atau handle aktiviti.


Macam aku I'm very selective juga dalam bab join aktiviti sebab memandangkan aku ni jenis yang tak reti nak berlakon dan menyanyi maka aku tak join aktiviti macam kebudayaan ke but there are a bundle more activities we can do seiring dengan kita punya minat.Macam aku adalah juga minat bab bab kerohanian ni walaupun aku ni bukannya sealim mana pun.So takde alasan kan tak nak bergaul dengan orang untuk cari pengalaman hidup sebagai pelajar?hehe.Sebenarnya perli diri sendiri sebab baru sekarang rasa nak aktif.


Minggu Upgrade Iman 2013