17 July, 2013

Resipi Muffin Chocholate

Di hening pagi yang mulia di bulan Ramadhan ni Chef Yasmin<*perasan* nak ajar korang semua bagaimana cara membuat Muffin Chocolate.Sebenarnya Muffin yang aku buat ni sebelum puasa lagi tapi apa salahnya kalau ada sesiapa yang nak cuba di bulan puasa ni.Bolehlah dinikmati ketika berbuka atau selepas solat Terawikh ataupun ketika bersahur atau kalau nak buat waktu raya nanti pun lagi bagus.



Okeylah aku tak nak berceloteh panjang.Go straight to the point jela kan.Sebenarnya nak buat Muffin ni bukannya susah sangat pun kita just kena tahu guna weigher untuk timbang bahan *unit gram* dengan accurate ya dan juga kena pandai bermain dengan suhu oven.Kalau dah master dua perkara ni confirm jadi punya Muffin korang selain mempunyai bahan-bahan yang mencukupi.

Step Pertama pastikan anda mempunyai bahan-bahan di bawah:
Peralatan penting:
Oven Pensonic (tak kesah jenama apa pun :p)
kertas Muffin (Aku guna yang kecil je macam cupcake)
Penimbang(aku guna jag yang dah ada scale *unit gram* penimbang tepung seperti dibawah)



bahan-bahan:
340 gram tepung naik sendiri
perhatian:Kalau tak ada tepung gandum pun tak apa tapi pastikan kena masukkan baking soda dan baking powder untuk tujuan menggelembungkan Muffin kalau tidak ia akan jadi leper dan tak cantik tapi kalau guna tepung naik sendiri tak payah la hang guna baking soda dan powder lagi.
240 gram gula(seeloknya pakai gula halus tapi gula biasa pun ok)
240 gram margerin atau planta
telur 4 biji
160 gram susu cair 
satu camca esen vanilla
10 gram sebuk koko(tak kisah jenama apa tapi kalau boleh belilah yang 100+ gram)
chip chocolate

 Step kedua bila dah sedia semua alatan dan bahan-bahan bolehlah bersedia untuk membuatnya :)
1.Pertama sekali ayakkan margerin dan gula bersama sehingga putih.Aku pakai manual je tapi kalau guna mesin kek lagi bagus.

2.Pecahkan telur satu persatu dan masukkan kedalam adunan pertama tadi

3.Lepas dah kacau tu masukkanlah tepung naik sendiri/tepung gandum ke dalam ke dalam adunan sambil berselang seli dengan susu cair.Maksudnya janganlah masuk sekali gus tapi masuk sikit lepas tu kacau masuk lagi sampailah habis.Faham tak?baguslah kalau faham

4.Bagi yang guna tepung gandum mungkin ada yang tertanya-tanya banyak mana nak masukkan baking soda dan baking powder?Okey aku just pakai main agak-agak je(mama kata biasanya kita masuk satu sudu besar pun dah cukup).kalau kau tamak nak taruh satu botol pun boleh tapi tunggulah Muffin melimpah bila bakar nanti.

5.Last sekali masukkan esen vanilla dan serbuk koko.Pada aku 10 gram tak cukup so aku masukkan lebih sikit untuk lebih rasa koko.So terpulanglah pada awak dan awak nak letak banyak mana.Kalau terlebih atau terkurang jangan salahkan aku pula.

6.Part nilah memerlukan kesabaran tahap maksimum iaitu untuk masukkan tepung kedalam kertas acuan sebab ia agak lembik tapi kalau dah biasa sekejap buat dah siap.Masukkan 3/4 penuh.

7.Akhir sekali jangan lupa taburkan chocolate chips seberapa banyak yang anda mahu.Kalau ikut falsafah aku lagi banyak lagi sedap :p

8.Step terakhir bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius menggunakan heat oven atas dan bawah.

9.Selamat mencuba!
Post a Comment