01 November, 2013

Tips Pengurusan Kewangan Pelajar Kampus

Assalamualaikum

Ehem.Aku bukanlah seorang yang expert menguruskan kewangan tapi rasa nak jugak berkongsi dengan kawan kawan bagaimana aku uruskan wang sebagai seorang pelajar Universiti.Penting tau pengurusan kewangan ni lebih lebih lagi bila kita dah meningkat dewasa dan bergelar mahasiswa.Aku tengok ramai kawan kawan aku sem belum pun habis tapi dah pokai so ada yang terpaksa ikat perut..Kesian aku tengok bila dah jadi kes kena berlapar sebab simpanan dah nak habis.Biasa bila kawan tanya aku berapa ada dalam bank dan aku cakap jelah secara jujur dan dorang punya reaksi selalu macam ni .haha




Alhamdulillah so far aku tak pernah ada masalah kewangan walaupun aku ni PTPTN holder bukannya JPA pun.Aku jugak tak buat bisnes or whatsoever.Hidup aku hanya bergantung dengan duit PTPTN je.sobs tapi so far aku boleh uruskan duit dengan baik.Ramai jugak yang hairan sebab aku ni kaki shopping .Kalau shopping tu memang tak hengat dunia.haha.Makan lagilah banyak giler tapi badan maintain keding so kat sini aku nak kongsi tips dengan korang semua semua dapat benefit dan at the end of sem still ada simpanan.

Insya ALLAH



1)BELI IKUT KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK
Make surelah kita beli benda yang penting dan perlu dulu.Kalau boleh cut off la bajet yang kurang penting macam tengok wayang ke,karoake ke atau beli banyak baju atau tudung terutamanya perempuan.Seriously aku pun boleh jadi meroyan kalau tengok baju dan tudung cantik cantik yang dijual kat kedai atau sekarang banyak jual online.Boleh pengsan uolls tapi bila fikir balik kalau dah cukup buat apa nak penuhkan almari dengan kain baju lagipun kita kan masih belajar so nak melawa kena pk dua tiga kali jugak kan.Macam aku kalau pakai baju cecantik hanya bila ada event tertentu je.Kalau nak pergi kelas biasanya aku pakai pakaian paling simple dan kemas.Ingat kita nak belajar bukan melawa.Tengok cikgu dah tegur dah..hehe

2)BELI BUKU TERPAKAI
Aku bukanlah anak orang kaya setiap kali sem nak kena beli buku baru so biasanya aku beli je daripada akak akak senior.Boleh dapat sampai separuh harga dan kalau yang baik sikit kau boleh dapat free.Kan dah untung tapi macam cos time degree aku takde ramai sangat senior so buku mostly aku pinjam je library as suggested by lecturer.Bukan susah sangat pun nak pinjam kan so manfaatkanlah peluang yang ada uolls.Pernah tak korang photostat buku teks untuk jimatkan cost beli buku?sebenarnya cara ni bukan tak boleh cuma kurang elok jelah.Bukannya apa,kan authornya dah bersusah lelah nak terbitkan buku tu dan kita tanpa rasa bersalah wat ilek men photostat je buku dia.Hargailah sikit usaha orang ya.Lecturer aku ada pesan kalau nak berkat belajar jangan buat cara tu.

3)BANDINGKAN HARGA
Sangat sangat penting untuk bandingkan harga waktu membeli.Macam aku kalau nak beli mesti nak kena tunggu discount.haha.kalau ada discount kasut misalnya sampai 70% memang aku tak akan lepaskan peluang.Cuma kena belajar bersabarlah walaupun dalam wishlist tu kasut memang dan lama nak beli tapi tunggulah harga durian runtuh dan surveylah kedai yang ok.Dia punya nikmat berbaloi baloi tau.hehe.

4)NAIK BAS PERGI KELAS
Kalau ikutkan hati dah lama aku memberontak nak kenderaan sendiri pergi kelas sebab senang dan mudah dan tak membazir masa tapi masalahnya minyak pulak yang membazir so bersabar jelah kan.Nak minta dengan mak ayah segan pula sebab dah banyak dorang berhabis duit nak besarkan kita.Kalau boleh hentikanlah budaya meminta minta dengan mak ayah tapi biar kita pula yang belajar memberi pada mereka.ecewah.Alternatifnya aku pergi kelas naik basikal.Ya naik basikal wahai kawan kawan.Kadang kadang penatnya lebih daripada orang bertani tapi aku selalu pesan pada hati kalau nak senang kenalah belajar susah..betul dak?

5)TAK PAYAH NAK ADA PAKWE
Haha.Tak tahu kenapa benda ni kena jadikan salah satu tips tapi betul apa.Kalau dah ada aweks jangan haraplah boleh berjimat.Nak kena beli ceklat ferrero rocher ,teddy bear lagi,hadiah,tiket wayang,men ice skating bla bla bla...

6)AMALKAN PERATURAN 10%
Secara amnya, Peraturan 10% bermakna kita perlu menyimpan 10% daripada wang yang setiap bulan. Contohnya, jika kita mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan kita simpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan pelaburan pada masa depan tau.Aku pun dah praktise cara ni dan rasa duit tak pernah habis.haha

7)JANGAN GUNA KAD KREDIT
Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika kita memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah aku memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!Guna je kad debit instead of kad kredit sebab kad debit kita spend base on duit yang ada pada current account tapi kad kredit adalah hutang!!