13 December, 2014

Kepentingan Body Scrub dan Hair Mask

Assalamualaikum

Sementara cuti 4 hari kejap ni balik rumah ni nak update belog sebelum next week dah start study week memang aku akan deactivate semua account supaya boleh focus study.haha focuslah sangat kan.Rambut aku sangat lebat dan boleh dikatakan agak panjang jadi kalau berpeluh memang tak selesa lebih lebih lagi bila bertudung mesti nak kena jaga rambut dengan rapi tak nak kasi rosak.Sekarang ni memang susah nak cari saloon muslimah.Hari tu keluar dengan mak aku tawaf sekeliling mall semata mata nak cari kedai rambut muslimah tapi tak jumpa jumpa lepas tu dah malas cari then buat facial je kat saloon wanita.


Sekarang dengan adanya hair mask ni dah makin mudah sebab boleh rawat rambut sendiri macam spa kat rumah.yuhoo.punyalah best tak perlu nak habiskan duit beratus semata mata nak rambut cantik berkilat dan sihat.Mesti jarang kan dengar hair mask ni lebih lebih lagi yang home made punya. Haa, aku pun first time jugakk dengar hair mask selama ni ingat masker untuk muka je.Rambut aku tebal jadi sekali sekala kena buat hair treatment tak cukup sekadar pakai shampoo dan conditioner je.Memang hazabb jugaklah nak jaga rambut panjang dan tebal ni tapi bila guna hair mask masyaAllah rambut jadi lebih lembut dan berkilat seperti buat rawatan di saloon ecewah ayat macam copy paste iklan Rejoice pulak.tehee~


Jangan kata rambut je yang kena jaga body pun nak kena maintain gak kan jadi tolonglah jangan malas nak sental segala tok nenek impurities pada badan tu kasi licin sikit dengan scrub. Aku try yang chocolate kat kat atas tu sebab aku kan penggemar tegar chocolate. Best gila guna sebab rasa macam dapat lumur coklat pada seluruh badan.gehehe~


Rub Rinse Slushy Pepper Mint Home made Hair treatment Mask
benefits:
helps to control excess oil on the scalp
very effective to control dandruff
Price
RM40 including postage


tekstur Rub Rinse ni sama je macam conditioner lembut sangat dan bau di macam pepper mint dan paling penting bila rub pada rambut rasa cool dan fresh sangat,Biasanya aku akan make sure biarkan selama beberapa minit sebelum bilas dengan air nak bagi dia betul betul meresap ke dalam rambut.


Bila guna mask ni aku kena pakai banyak bukan sejemput macam atas ni untuk balance dengan kapasiti rambut yang tebal tapi bukannya pakai sekali gus ambil sikit sikit  je dan ratakan pada keseluruhan rambut.Rub Rinse ada macam macam jenis tau pilihan ada untuk moisturize, stimulate hair growth, shiny,soften dan macam macam lagi. Perisa pun pelbagai macam green tea, grape, strawberi,coklat memang rambang la mata tengok rasa nak borong je semua Rub Rinse kat bawah ni.






Home made Sugar Scrub Chocolate


Mula mula tengok Sugar Scrub chocolate ni dah konfius macam jem chocolate nak je aku salut buat makan dengan roti kalau letak kat dalam peti ais gerenti orang ingat boleh makan.haha.Sugar Scrub ni diperbuat daripada bahan bahan yang best tau macam olive oil,fragrance oit,oat,oriza sativa dan lain lain lebih lebih lagi homemade scrub ni mestilah bebas daripada bahan kimia dan preservatives sebab tu aku suka selain kita boleh pilih perisa apa dan tekstur yang pelbagai.Aku noticed lepas pakai rasa moisturized and freshy nak buat kerja pun ada mood bila tubuh wangi dan bersih kan.



Sekarang ni dah tak kisah dah rambut nak menggerbang macam Lorde sekalipun asalkan kena tahu jaga rambut dengan baik dan betul supaya sentiasa wangi,sihat.lembut dan berkilat cuma nak kena rajin je resipi dia.mudah! kalau rajin senang je nak jaga kalau malas terimalah seadaanya rambut macam hantu mak limah belakang rumah tuu.




Selalu je nak letak gambar yang takde motif.k bye

Kalau nak tahu details tentang Hair Mask dan Body Scrub ni bolehlah terus ke page kat bawah ni.Sekarang ni beli online lagi senang macam macam option ada boleh pilih ikut citarasa hati lagipun owner dia baik tau jadi jangan segan silu nak bertanya


Thanks for reading 
have a nice weekend
till then
xoxo

11 December, 2014

Produk Kecantikan terbaik : Oriderm Malaysia

Assalamualaikum


Aku akui memang susah nak jumpa product skincare yang sesuai dengan kulit wajah tapi selagi kita tidak mencuba selagi itulah kita takkan jumpa product yang sesuai dengan kita.Mahal atau murah sesuatu product tu bukan ukuran pada kualiti tapi yang penting adalah kesesuaian dengan kulit muka.Seriously dulu kulit aku memang takde masalah halus mulus je tanpa sebiji jerawat pakai bedak baby pun dah cukup tapi sekarang dah tak macam dulu dah sebab hormon berubah kot.Amboi beria nak salahkan hormon pulak padahal banyak je faktor lain penyumbang pada masalah kan.Aku takdelah kata kulit aku bermasalah cuma kadang kadang tu jerawat baby gatal naik sebiji dua kat muka ni naik rimas derr.Lepas tu bila naik bukannya reti hilang parut tuu.Aku ada masalah resdung (diagnos sendiri sebab hari hari bersin) so kadang kadang bila jerawat nak tumbuh ni tak boleh nak elak walau dah jaga kulit tahap kebabomm punya.gezzz


Kita semua tahu banyak faktor yang menyumbang pada kesihatan kulit antaranya ialah pemakanan,hormon,stress level pun nak kena kira jugak kan.haha dan dan dan the mainstream ialah product yang kita pakai.Aku beri kepercayaan pada diri sendiri untuk try Oriderm Malaysia.Tau tak yang Oriderm ni ada Spa dia yang tersendiri location kat area KL.Dia ada tawarkan perkhidmatan detox dan penjagaan wajah jadi nampaklah yang Oriderm dah ada establish rangkaian kat Malaysia ni so dia bukan sebarangan produk okey.Oriderm pun ada produced masker muka jugak so far aku pernah cuba clear bamboo mask ni.Sebaiknya pakai dulu mask lepas dah basuh muka at least seminggu sekali untuk bersihkan muka secara deep surge.


Clear bambo mask.Cara nak pakai mask ni ikut langkah langkah di bawah ye.

1. Koyakkan mask kemudian masukkan separuh je ke dalam mangkuk.Selebihnya boleh simpan untuk pakai pada waktu malam atau bila bila masa
2.Masukkan pek vitamin warna merah tu ke dalam mangkuk yang sama
3.gaul sehingga sebati
4.dah boleh tepek tepek masker tu kat muka.dia punya tekstur sama je macam charcoal mask
5.tunggu sehingga 30 minit sampai mask tu kering
6.Peel off mask perlahan lahan


Picture credit to blog Namee Roslan

Aku tak tunjuk demo pakai mask sebab macam bertarabur je dibuatnya time pakai mask tu sebab tak expert pakai peel off mask macam pelik je muka aku nanti korang kata aku ni worang minyak pulak kang tapi jangan risau step dia simple je.Biasanya aku pakai mask ni pada waktu malam sebelum tidur.Kalau korang nak tahu boleh refer gambar kak Namee ni dia pun dah cuba bamboo mask tau.Nak tahu lebih banyak info boleh visit blog dia pun salah satu pengguna setia Oriderm jugakk.oh patutlah kulit dia flawless putih gebu jee senantiasa.



 Set Remaja / Teenager Set

Cantik kan packaging dia.Nampak exclusive gituu.haa,nak bagitau yang Oriderm ni diformulasi dari ektrak tumbuh tumbuhan Marin dan duji secara dermatologi in Italy Laboratory yang boleh merawat sel kulit mati dan menghilangkan kesan parut di wajah.Oriderm ni sebenarnya ada 2 Sets.Set Remaja dan Set Penuaan.Aku pilih set remaja sebab aku kan still remaja.haha.kat bawah ni aku senaraikan turutan pemakaian dia one by one.


1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah kita.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.


2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah


Untuk clear balancer ni ada dua jenis.Memandangkan kulit aku jenis yang tak begitu sensitif maka aku guna yang normal ni.Lagi satu warna dia biru untuk kulit muka yang jenis sensitif.Bau dia best je dan tak melekit langsung macam air titis titis kat muka tak rasa macam pakai apa apa sebab tekstur dia light je sesuai dengan semua jenis kulit yang normal.



3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.

Cara pemakaian

Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai!

Aku memang puas hati dengan Oriderm ni.Sekarang dah kurang pakai makeup.Tak nak la orang kata cantik sebab makeup kan sebab semua orang pun lawa bila makeup hatta orang paling hodoh dalam dunia ni pun boleh cantik dengan makeup jadi sebagai langkah keamanan kawalan pencegahan akta 0.00 kanun keseksaan better jaga je kulit dengan produk yang bersesuaian.Alhamdulillah kulit makin okey jerawat makin kurang parut jerawat pun dah makin hilang.



Mesti korang curious kan mana nak dapat Oriderm ni kat Farmasi Guardian atau Watson ada ke? Oriderm ni produk dia limited edition hanya boleh didapati thru online je kalau nak beli terus je ke laman Instagram atau facebook dorang.senang! harga untuk set remaja ni ialah RM150 dan harga untuk set penuaan ialah RM280. Jom jom singgah website Oriderm tengok ramai feedback customer


Kalau interest nak tahu details produk ni boleh terus call talian 0164224439 atau terus direct link kat bawah


Thanks for reading and have a nice day
till then
toodles!

21 November, 2014

La Fraiche Malaysia Poket Perfume Pertama di Malaysia

Assalamualaikum

Rindunya dengan belog.Ayat cliche biasa setiap kali menulis.gezz.Kalau boleh hari hari aku nak update tapi disebabkan time constraint aku kena update entry yang aku rasa penting je dulu buat masa sekarang.InshaAllah cuti nanti aku regularly update ya.hee.Untuk pengetahuan semua aku adalah manusia yang sensitif bab bab bau ni so pergi mana mana kena pakai perfume.Memanglah orang kata perempuan tu tak elok sebenarnya pakai wangi wangian tapi tak salah kalau pakai sekadar untuk memberi kesegaran pada diri bukannya pakai untuk menarik perhatian orang.Nak nak lagi waktu berpeluh mesti badan rasa tak best kalau tak spray dengan perfume tapi takdelah nak spray satu badan sampai semua orang pengsan dengan bau yang terlampau.haha


Pernah tak dengar La Fraiche Pefume?Tahu tak La Fraiche adalah perfume poket yang makin hot kat Malaysia sekarang ni.Nak tahu kenapa?sebab perfume ni kecil molek didatangkan dalam bentuk pen.Tak pernah kan korang tengok perfume boleh menjelma dalam bentuk pen kan kan haa itulah sebab yang membuatkan aku nak cuba perfume ni.Lagipun ia adalah 100% buatan Malaysia why not kita support product tempatan kan.Dulu memanglah aku peminat setia DKNY tapi bila tahu DKNY dengan CK tu Israel based product terus switch off tukar kepada perfume jenama Melayu dah.


Dah jatuh cinta dah dengan perfume ni

La Fraiche perfume poket ni ada 4 haruman yang berbeza antaranya adalah Matured,Sweet,Feminin dan Maskulin khas untuk lelaki tau.Kalau korang rasa pening ishh tak taulah nak pilih haruman apa meh aku bagi description sikit.Yang kaler purple tu MATURED wangian yang diispirasikan daripada gabungan aroma semulajadi Fragipani,apricot,honeysuckle orchid dan lotus.Wangian ni sesuai ditonjolkan kematangan dan wanita berkerjaya.Dah nama matured so untuk wanita yang dah bekerja memang sesuai sangat.Wangian dia macam memberi karisma dan inspirasi pada si pemakai gituu.





Yang kaler PINK kat atas tu ialah Feminin diinspirasikan daripada aroma bunga Rose dan Osmanthus sesuai untuk menonjolkan ciri ciri kewanitaan,elegan dan bergaya dan dan dan yang paling aku suka warna hijau SWEET sebab bau dia macam kena dengan jiwa aku.Yang lain pun semua best tapi yang hijau tu tetap menjadi fevret aku maybe sebab wangian ni diispirasikan daripada gabungan aroma bunga bungaan dan buah buahan Exotic Framboise,Black Cherry,Plum,Orchid,Freesia dan Iris.Kat manual dia tulis sesuai untuk golongan remaja yang ingin tampilkan keyakinan diri.Aku ni still remaja ke?ehem perasan kejap walaupun dah masuk 20 series.kah kah


Kalau beli perfume ni sangat jimat tau sebab dia ada banyak jenis wangian boleh pilih sendiri bau jenis apa yang kita suka.Yang penting boleh simpan dalam handbag bawa pergi mana mana tak kiralah ke kelas atau shopping.Tak terjejas langsung kapasiti handbag kalau hangkut perfume ni sebab ia sangat ringan.Memang superb laa baunya pulak masyaAllah jangan cakap la best sangat.Bau dia tak kuat tapi mild and gentle je sesuai dengan kaum Hawa macam kami ni.hehe


La Fraiche ni dah masuk paper tau.Aku tengok banyak sangat feedback positif dari Instagram dan Facebook La Fraiche ni.Artis popular macam Felixia Yeap, Elfira Loy dan Ainan Tasnim pun pakai perfume ni jugak so no wonder la kan.Yang bestnya bau dia tahan lama tapi kalau agak agak rasa macam dah berkurang ke masuk poket keluar poket spray je pastu masuk poket balik.lahaiii senangnya.



Satu beratnya 9 ml dan terbaruLa Fraiche ada keluarkan rangkaian limited Edition 30 ml bagi sesiapa yang prefer other option.Untuk yang poket perfume ni satu harga dia RM18 je.La Fraiche pun ada menawarkan pakej ekonomi untuk poket perfume 10 cuma RM150 boleh pilih wangian apa yang kita suka.Berbaloi kan.Lepas ni dah boleh borong terus lepas tu hadiahkan kat mak adik beradik ke atau hari jadi kawan dan selebihnya buat stok untuk diri sendiri.Bijak kan cadangan aku ni.haha


Walaupun zaman selpie aku dah berakhir haruslah dengan La Fraiche ni kasi impak maksima sikit.ayat nak minta penampo je kan.wink wink

Bagi yang berminat nak jadi dealer boleh terus contact through page La fraiche ni yelah sekarang kan semua harga dah naik kalau buat part time manalah tahu boleh dapat duit poket lebih.



Untuk sebarang pertanyaan atau inquiry boleh terus direct ke alamat La Fraiche Malaysia kat bawah 



Thanks for reading my entry
have a nice weekend
toodles!

08 November, 2014

Looking up to make a website?

Assalamualaikum

I want to talk about a new website builder where I found it really appealing and would like to share with all of you.



Bored with the normal blog templete? Wix.com is for you! for those who keen on writing and looking to make a new website. Yes it's like a blog but the features are more stunning and with more options for theme design and the most important it's free! yay, tell me nowadays where can you find something free but wix is remarkable website offers you with no charge at all.You can choose any theme you want for example if you are obsessed with photography choose the photography theme or if you have an idea to open up an online store just click it and it will customize for you! believe me you may be dumbfounded with the features if you are a blogger then it will be more easier because you already have the html skill. hey, I should tell my brother to design another for the homestay too.I 'm sure it will be an eye opener for the readers.



For those newbie, don't worry because it is very easy and simple to establish a blog or a website. Not more than 5 minutes you can have your own website!! Interesting am I ? No programming skill are required. Hello, me too I don't reach that programming level yet.haha



Not sure you can write or not? remember nothing is achieved without the first step.Let's boost your creativity.uncover your hobby through this amazing website.55 891 043 users already sign up so don't forget to make yours too okey.

Thanks for reading and have a nice weekend!

22 October, 2014

Facial Cleanser dan Serum untuk Travel

Assalamualaikum


Curi masa kejap update blog sementara nak menyiapkan assignment waktu cuti mid sem ni.Pernah tak korang fikir pentingnya untuk ada set toiletries yang kecik time travel?walaupun benda ni nampak simple je tapi penting sebab nak elakkan kain baju menjadi terlebih muatan.anyoyo yelah takkan bila travel nak harung semua barang keperluan yang besar gedabak kan?Kalau diikutkan memang susah nak cari set facial cleanser sekali dengan serum dalam bentuk yang kecil dan mudah dibawa kemana mana sebab tu aku nak perkenalkan satu set kecantikan Fiorina untuk semua wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah walau dimana saja kita berada.cewwah!



Comel kan Set Fiorina Cleanser dan Serum Mist ni kan?kecil molek je senang boleh sumbat dalam pouch terus masuk dalam handbag.Facial cleanser ni 3 in 1 tau dimana ia bertindak membersih,melembut serta melindungi kulit agar kekal segar dan bersih.Lepas je apply Facial cleanser terus boleh pakai serum dia.kalau nak pakai toner dulu pun boleh tak ada masalah.Entry yang lepas aku ada cerita tentang kelebihan serum penting sebab ia membantu untuk merawat kulit kita.Kat bawah ni ada listkan semua kelebihan Fiorina Facial Cleanser dan Serum mist ni.Bagi korang yang ada masalah jerawat aku sangat syorkan beli Set Advanced Fiorina sebab ia bertindak menghapuskan segala masalah jerawat yang kita ada inshaallah.



Jangan tak tahu yang Fiorina Skin Rejuvenating Facial Cleanser ni mengandungi moisturizer dan juga antioxidant untuk pamper kulit kita jadi gebu halus macam retiss.hehe.Ia mengandungi Sodium Lactate dan Sodium Gluconate sebagai superior moisturizer dimana dia bertindak mengimbangkan paras minyak dan air pada kulit ditahap yang optimum.Selain tu juga Grape Seed Extract nilah yang bertindak sebagai antioxidant lagi sekali aku beritahu antioxidant penting untuk menghalang radical bebas.Lastly ia dirumus oleh D-Panthenol dan Aloe Vera extract untuk melembutkan kulit dan juga Citrus Orange Extract untuk mengurangkan outbreak blemishes.



kesimpulannya ia telah diuji secara clinical sesuai dan selamat untuk semua jenis kulit.Pada aku harga Set Florina ni affordable sebabnya mana nak cari harga serum yang murah di pasaran sekarang kan?Mak aku kata dalam banyak banyak jenis skincare sesuatu produk tu serumlah yang paling mahal sebab dia mempunyai kuasa yang menakjubkan pada kulit.Tak percaya korang pergilah mana mana Farmasi check mostly harga serum RM70 dan keatas.glurrrrp.Tu baru serum je so fikirlah dah berapa banyak kita save kalau beli Set Facial Cleanser sekali dengan serum ni.



yuhooooo.Facial cleanser dan serum mist yang senang dibawa kemana mana saja bersama dengan buku.haha.Sebenarnya saja je letak gambar buku tu propa konkonon boleh berjemur kat Pantai Hawaii sambil baca buku ke.haha.inshaallah soon akan pergi melancong.buat masa sekarang tengah kumpul duit poket sendiri dulu. 


Hai hai hai.ngee~.Wajah tanpa secalit makeup ada orang kata muka aku sebijik macam bapak aku bila pakai spec.haha.iyalah kuah kalau tak tumpah ke nasi nak tumpah kemana lagi kan.lalala~

Sekian.


Untuk sebarang info sila layari facebook FIORINA ya

Thanks for reading my entry
wait for my next update ya
xoxo
toodles!

19 October, 2014

BeautyOat Collagen Plus Supplement untuk kekal langsing

Assalamualaikum

Aku ada berita baik untuk orang yang nak slim tapi still nak kekal sihat tanpa diet yang melampau.BeautyOat Collagen satu satunya Beauty collagen pertama dia Malaysia ada jawapannya.First time dengar Oat pun ada collagen juga?ya ya ini bukan drama wahai kawan kawan semua.Ramai yang tanya aku kenapa sejak dari zaman sekolah sampailah sekarang badan aku tak pernah naik asyik maintain selim je.Aku memang malas sebenarnya nak bagitahu yang  aku memang suka consume supplement.Aku makan supplement bukan nak kekalkan paras kekedingan tapi nak tambahkan nutrient pada tubuh aku ni tapi secara tak sengaja supplement ni turut menjadikan badan aku tak naik naik lagi haha



Bila consume BeautyOat Collagen makan untuk breakfast je pun kenyang sampai ke maghrib.Terlupa terus nak makan lunch haha.Mak aku marah dia kata aku dah kecik tak payah nak mengada makan supplement yang membuatkan aku bertambah kecik maka supplement pun beralih tangan pada mak aku sekarang.Okey fine mama pun nak kurus juga.ngee~


Untuk pengetahuan semua BeautyOat ni walaupun masih baru di pasaran namun semakin dikenali lantaran ia merupakan satu satunya Oat Drink formula yang diformulasi daripada bahan bahan terpilih seperti Marine Collagen,Pomegranate,Extract Sakura dan Delima.Aku dapat bayangkan dah yang extact Sakura ni boleh bagi effect pinksih gituu sesuai sangatlah dengan kotak dia pink yang comel ni.hehe


Yang best tentang BeautyOat Collagen Plus ni ia bukan hanya berperanan sebagai weight control je bahkan banyak lagi khasiat yang lain seperti mencantikkan dan menyihatkan rambut,menguatkan tulang dan gigi,mengawal paras kolestrol,merawat masalah kulit atau pigmentasi dan banyak lagi.


Masa terbaik untuk ambil supplement ni adalah setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur.Rasa dia just nice macam oat bancuh dengan susu yang kita selalu minum tu.Untuk student aku memang highly recommend ambil supplement setiap pagi sebelum ke kelas inshaallah badan lebih energetic tak mudah lesu buat kerja.Kalau yang tak sempat nak sarapan bancuh je dengan air biasa tak sampai 2 minit dah siap terus boleh pergi kelas atau kerja dengan hati yang senang.huaaha.In case kalau tak sempat nak makan lunch tu jangan risau BeautyOat boleh backup kita punya hormone leptin dalam badan iaitu sejenis hormone yang mengawal rasa lapar anda.Ya korang tak akan rasa lapar sepanjang hari! so bagi yang  berpuasa lagilah double recommended untuk ambil time sahur.



Satu kotak BeautyOat ni mengandungi 18 sachets x 30 gm.Harga dia pula sangat affordable RM79 semenanjung Malaysia dan RM89 bagi Sabah dan Sarawak.Jangan tak tahu BeautyOat Collagen ni diperbuat daripada 100% natural ingredients dan mendapat sijil halal jadi bolehlah guna tanpa rasa ragu ragu.

Okey kat bawah ni aku ada sertakan video khas untuk semua tentang cara cara nak ambil makan.Make sure minum dengan air suam tau bukannya air panas sebab air panas akan denature protein dan segala nutrient yang terkandung dalam sachet ni.Ambil dua kali sehari pagi dan malam lepas dah habis satu kotak ambil satu kali sehari saja untuk kotak seterusnya sebab peringkat permulaan mestilah ambil lebih untuk perbaiki sel sel kita kan manakala peringkat seterusnya tinggal nak maintain je.

                                   . video

Sebarang info atau pertanyaan boleh ke 

Talian Hotline:+6012 244 4014/ +6012 244 4041
Alamat:Address: 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia


Thanks for reading my entry
wait for my next update ya
till then
toodles!

18 October, 2014

Panacea Beauty Serum Biowhite Collagen 2 in 1

Assalamualaikum

Aku sememangnya tak fikir sangat betapa pentingnya merawat kulit muka menggunakan serum.Pada aku pakai sunblock, moisturiser,cream muka atau foundation cukup lah tapi berangan nak kulit cantik macam Aishwarya Rai.pffftttt.haha tapi baru aku tahu sejak dah mula masuk 20 series ni yang moisturiser saja tak cukup untuk melembapkan kulit kita sebab itu serum dicipta kerana ia mampu menambahkan nutrient pada lapisan kulit paling dalam. sebabnya ianya mempunyai kuasa penetration yang tinggi berbanding moisturizer yang hanya mampu membekalkan air saja pada kulit disebabkan molekulnya yang lebih besar.haa gituu.dah masuk molecular level pulak dah.



Tercari cari jugalah serum apa yang sesuai dengan kulit muka aku ni.One day aku terjumpa page Panacea Beauty Serum sewaktu tengah godek godek google sambil dengar lagu Fynn Jamal Arjuna Beta yang entah ke berapa puluh ribu kali dah ulang lagu tu.First impression aku okey fine semua beauty produk macam sama je tapi lepas baca description baru aku tahu yang serum ni lain daripada yang lain sebab dia adalah 2 in 1.Mana kau nak jumpa serum yang boleh minum dan lumurkan kat muka pada masa yang sama?






Setiap kali sebelum cuba sesuatu produk aku akan baca dulu apa main ingrediants dia kot kot la ada bahan yang tak familiar at least sixsenth ni boleh spot something tapi ternyata Panacea Beauty serum ni mengandungi bahan bahan yang super hebat seperti Aloe Vera,Sarang burung walid,Collagen seaweed,air Suling,madu dan pati oren yang bertindak 5x lebih berkesan.




Cara pengambilan serum biowhite collagen ni ialah ambil beberapa titis dan ratakan pada seluruh muka atau kawasan yang bermasalah sebelum tidur.Untuk kesan yang lebih baik minum satu sudu sebelum sarapan dan sebelum tidur.Biasanya aku akan lumurkan pada kulit yang ada kesan parut jerawat setiap kali sebelum tidur.Sekali sekala aku akan minum mengikut tahap kerajinan.Boleh juga sapu untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.Mesti korang fikir orang yang dah berumur je patut ambil serum ni untuk melewatkan proses penuaan but people said prevention is better than cure.Tak kan la kulit dah mula berkedut baru terfikir untuk cari solusi pada kulit yang bermasalah kan.Tak salah kita berbelanja sikit untuk hasil yang berpanjangan.




Texture serum ni tak pekat melikat just nice je dan rasa dia tak pula pahit atau manis mahupun masam.Rasa dia memang betul betul mild dan tak pelik pun so tak payahlah nak rasa janggal untuk minum sebab aku rilex je minum rasa nak teguk lagi dan lagi.Pada aku harga serum ni is affordable iaitu RM95 sebab sangat jimat satu botol boleh tahan berbulan jugak tau.

Untuk sebarang info atau pertanyaan boleh terus direct facebook page Panacea Beauty official atau whatsapp no ni 013-4449531 senang! Aku suka service dorang sebab dia entertain kita dengan efficient tak macam certain online shop mak aih lambatnya reply.Sebelum tu aku akan tinggalkan korang dengan satu video ni.Jom cuci mata kejap manalah tahu kot kot boleh menang hadiah misteri dari Panacea beauty dengan hanya menjawab soalan yang mudah senang kacang tutup mata pun dah boleh jawab.


Selamat mencuba!

Thanks for reading my entry

toodles!

Secret Skin White Kawaii Collagen

Assalamualaikum

Rindunya nak menulis kat blog ni kalau boleh tiap hari nak update namun apakan daya sebab minggu ni memang minggu yang super busy dengan exam,assignment dan presentation.Sekarang baru berpeluang tarik nafas sikit sebab cuti mid sem telahpun bermula..horayyy!! entry ni adalah entry balas dendam jadi bersiap sedialah untuk membaca ayat yang berjela jela ya.haha.Sejak jadi student universiti ni kan aku realize yang menjaga kesihatan tu amatlah penting.

Sebelum ni aku pernah cerita aku selalu je demam terutamanya bila buat kerja melebihi workload sebab tu lah aku mula mencari supplement yang sesuai dengan diri sendiri.Kalau boleh supplement yang boleh memberi aku tenaga dan meningkatkan immune sistem dan tahap kekebalan badan terhadap penyakit dan juga boleh mengekalkan kecantikan kulit..Korang semua kalau kata consume supplement tu tak penting tolonglah buang stigma tu sebab choosing a right supplement to our body is the most vital to maintain the body metabolism.

Pada siapa yang pernah baca blog ni aku ada mention dulu yang aku consume shaklee tapi baru aku tahu Shaklee is a pro Jews so apa kata kalau kita cuba supplement tempatan pula lagi selamat rasanya.Any Jews based product will be no longer purchased anymore so aku nak share dengan korang supplement yang aku consume sekarang.Yes it's Secret Skin White Kawaii Collagen.Aku Jadi confident try product ni sebab aku came across melalui blog Dr Halina bercerita tentang salah satu tips dia menjaga kecantikan ialah dengan amalkan supplement ni.Patutlah kulit dia putih gebu dan glowing je rupanya ini rahsianya maka tanpa membuang masa maka haruslah aku mencubanya juga.ngeee




Apa yang best tentang Secret Kawaii Collagen ni sebab ia mengandungi sehingga:

36x Ant- Oxidant 
14x Stem extract Cell 
20x  Super Fruits




Okey apa kepentingan anti oxidant dan extact Fruits ni? Mostly collagen products adalah based on Biotechnology process methods so aku boleh explain sedikit sebanyak mengikut pengetahuan aku sebagai pelajar tahun ketiga degree Biotech uwahaaa.bagak kejap mementang ambil course Cell and Molecular Biology cuba suruh aku explain bab nak sambung wayar lektrik ke macam budak engineer gerenti fail.haha.


Nampak tak Ingredients dia banyak menggunakan extract buah buahan dan dirumus menjadi antioxidant.Sebelum korang nak kenal antioxidant ni kena kenal dulu mengenai fungsi sel badan kita.Badan manusia dibina dari berjuta juta sel yang terdiri sebagai unit terkecil binaan.Sel ini mempunyai dinding sel yang melindungi sel daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan kulit kita yang dipanggil sebagai sel membrane.Unsur perosak ini dipanggil radikal bebas jadi bahan antioxida ini mempunyai fungsi melawan radikal bebas yang boleh membawa pelbagai penyakit termasuklah cancer.Biasanya bahan anti-oxidant boleh didapati banyak pada buah buahan yang mengandungi vitamin C dan vitamin E.


Untuk melindungi kulit kita dari kejahatan free radicals maka ia perlu dinyahtinjakan oleh antioxidant macam kat diagram di atas.harap ia membantu korang memahami dengan lebih detail.


Jom kita tengok apa lagi kebaikan Secret Kawaii Collagen ni.Banyaknya tak terhingga.jyeahh

KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN untuk kulit :

• Merangsang kolagen asal kulit
• Menghalang sinar UV matahari
• Mengaktifkan penghasilan kolagen
• Melambatkan penuaan
• Meningkatkan stem cell kulit
• Pemutihan kulit lebih pantas
• Kulit lebih anjal & muda
• Menghilangkan kedutan
• Menghilangkan kulit sun-burn
• Menghilangkan jerawat
• Menghilangkan parut hitam
• Mengurangkan jeragat
• Mengatasi kulit bersisik
• Kulit kering menjadi lembap
• Kulit kasar menjadi halus
• Mengatasi penyakit kulit
• Mengatasi masalah kulit rosak
• Mengatasi masalah tumit kaki pecah
• Mengatasi masalah kulit merekah

KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN utk kesihatan:

• Mengatasi sakit sendi tulang
• Mengatasi sakit senggugut
• Mengatasi masalah mata
• Sesuai untuk ibu mengandung
• Sesuai untuk ibu menyusu
• Mengurangkan stretchmark
• Mengurangkan selulit
• Menurunkan kolestrol
• Mengatasi rambut gugur
• Mengatasi bibir mengelupas
• Memberi tenaga kpd badan yg letih
• Membuang toksin
• Sesuai untuk masalah sakit darah tinggi & kencing manis
• Tingkatkan pengeluaran susu ibu
• Melangsingkan badan

KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN untuk para ibu:

• Menambahkan susu badan
• Menaikkan HB wanita hamil
• Memutihkan & menggebukan kulit bayi bagi ibu hamil & ibu menyusu
• Memberi tenaga kpd ibu hamil & menyusu• Memberi nutrien penting yg diperlukan oleh ibu hamil & menyusu


TESTIMONI PENGGUNA SECRET KAWAII COLLAGEN 





CARA PENGAMBILAN SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN:


Minggu pertama :2x
Bancuh / kemam 
1 scoop sblum tdo masa perut kosong. 
1 scoop lagi sebelum sarapan 
Minggu kedua:1x
Bancuh / kemam 
1 scoop dgn air biasa 
Mnum masa perut kosong sebelum tidur


p/s:Cara kemam adalah lebih effective jika inginkan kesan yang terbaik ya semua tapi aku prefer bancuh dan shake dengan air biasa sikit buat macam jus gitu..yummy!

SIJIL PENGESAHAN HALAL DARI JAKIM DAN KKM

Janganlah  risau takut takut nak consume supplement ni sebab ia mendapat kelulusan sijil halal dari JAKIM dan KKM jadi product ni tidak terdapat bahan kimia dan hanya mengandungi buahan buahan semulajadi dan bahan yang dibenarkan saja.




PACKAGING YANG MENARIK


Ada berita baik untuk korang sebab Secret Skin White Kawii Collagen ni sekarang ni dah boleh didapati dalam bentuk sachet.Lagi mudah dan senang bagi yang malas nak minum yang serbuk macam yang dalam botol tu.Senang juga nak bawa kemana mana.Satu kotak ni ada 60 sachets boleh tahap sampai dua bulan dengan harga RM250 tapi kalau promosi boleh dapat dalam RM170 Lagi satu kalau beli boleh dapat free gift 1 botol kapsul cinonet tu yang ada 30 tablet so sangat sangat berbaloi jah rugi tak cuba tau.Untuk yang jar/botol yang macam aku consume pun sama boleh tahan sampai dua bulan jugak so korang pilihlah yang mana satu pack yang disukai.


To be honest sejak consume supplement ni memang rasa lain berbanding tak consume apa apa sebabnya aku notice kulit aku makin lembut even baru beberapa hari guna lagi satu badan pun rasa lebih bertenaga aku yang selalu selsema ni dah makin berkurangan sejak makan supplement ni.I rate 5 stars for Secret Skin White Kawaii Collagen.Lepas ni memang ada harapanlah nak masuk program realiti TV.ecewah berangan pulak dah.


Untuk sebarang info dan maklumat lanjut mengenai produk ni korang boleh ke



atau terus ke 


Thanks for reading my entry

wait for more updates from me ya

toodles !