24 June, 2014

Persiapan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Kalau post lepas aku cerita tentang sedikit sebanyak persiapan raya dan kali ni pula lebih kepada persiapan untuk bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari je lagi .Jangan fikir bulan raya je ada persiapan tau bulan Ramadhan pun kena buat persiapan mental mahupun fizikal jugak kan.Korang excited tak nak sambut bulan Ramadhan ni ?Aku excited sangat dan setiap tahun mesti akan ada checklist apa benda nak buat dibulan ramadhan walaupun takdelah 100% tercapai apa yang disenaraikan dalam checklist tu tapi sekurang kurangnya usaha tu ada.Kadang kadang aku fikir sempatkah aku menjadi tetamu di bulan Ramadhan kot kot la allah nak ambil nyawa kita mungkin tak sempat nak merasa bulan Ramadhan.Ya kita sering leka dengan nikmat masa.allahuakbar.

Oklah kot kot yang dah lupa niat puasa yang setahun sekali ni jom kita pakat hafal la ni jugakkk.iya iya sekarang.jangan lengah lengah.ok.bismillah..



Mak aku selalu pesan jangan lupa doa banyak banyak bila dah dekat azan maghrib sebab doa hampir berbuka puasa insya-Allah makbul.Aku sampaikan kena tarik lengan dengan mak duduk berdoa dekat meja makan walaupun selalu je aku ni ketandusan idea nak doa apa depan ramai ramai.hehe.Kat sini ada dinyatakan sendiri dalam hadis tau bukan ikut teori je.

 "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"
( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sahih)

Kesimpulannya,rugi tau kalau tak perbanyakkan doa di bulan puasa especially dekat dekat nak buka puasa.jom jom kita buat nanti

Aku ada satu tips untuk rasa seronok nak sambut bulan ramadhan ni.Kalau raya kita beli baju baru,perabot baru,langsir baru why not kalau ramadhan ni kita beli sejadah baru,al quran baru mahupun kain telekung baru then baru semangat sikit nak buat ibadah.Tips ni aku dapat dari Wardina.Dia hadiahkan anak anak telekung baru setiap kali menjelang ramadhan untuk menaikkan semangat setiap kali sambut bulan puasa.Ok ada anak nanti aku pun nak ajar dorang macam tu.hehe.

Bersempena dengan bulan ramadhan ni aku hadiahkan diri sendiri Al-Quran Tajwid Pelangi . Sebenarnya dah lama ada dalam senarai wishlist cuma baru sekarang berkesempatan untuk beli.Ia tersangatlah affordable.Korang pun kena ada jugak satu sebab senang dan mudah dibawa ke mana mana



pink and baby blue.Comel kan



Checklist

Aku nak bagi tips cuba senaraikan satu persatu apa yang kita nak buat sepanjang bulan ramadhan dalam diari atau kalau malas print checklist siap siap dan tampal kat dinding.Kat google image banyak checklist yang boleh dicari.Buat atau tak buat lain cerita asalkan nampak la setiap kali kedatangan bulan ramadhan ada something yang kita nak upgrade bukannya hanphone je kena upgrade iman pun kena upgrade jugakk kan.hewhew


"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu Syurga, dikunci segala pintu Neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berertilah telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan. " (Riwayat: Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)

Mudah mudahan bulan ramadhan pada kali ini merupakan bulan terbaik dan ramadhan terbaik bagi kita agar mendapat rahmat,kasih sayang dan pengampunan dari allah s.w.t.masyaallah rindunya nak bertemu dengan bulan ramadhan 
thanks for reading my entry
xoxo

22 June, 2014

Tema Raya 2014 yang menarik

Assalamualaikum

Siapa yang kenal aku akan tahu kaler fevret yang selalu aku pakai adalah kaler terang.Ya kawan kawan aku jenis suka mencuba pelbagai warna mix and match especially shocking colour tapi sekarang aku dah boring asyik bergelumang dengan warna warna terang so tahun ni tema raya 2014 aku pilih pastel.Aku tengok sekarang ni warna pastel dah jadi trending.Kalau wedding pun selalu tengok ramai yang pilih dusty pink,grey,peach dan macam lagi warna yang menarik.Pada aku warna pastel ni sejuk mata memandang.

 

Biasanya kami satu family  takde tema raya.Semua main caca marba je.haha termasuklah tahun ni tapi bagi aku tahun ni nak kasi ada pendirian sikit so aku dah tetapkan kaler apa nak pakai untuk raya.Biasanya aku lebih suka gayakan baju yang simple je macam last year pakai dress ready made je yang takde manik yang sarat sarat and same goes with this year too.Aku suka buat preparation awal awal sebelum Ramadan sebab nanti bulan terus boleh focus pada ibadah je.inshaallah so tema raya aku tahun ni ialah PEACH & MINT GREEN ecewah dah rasa macam nak pilih tema kahwin pun hadoo.haha 


Memandangkan last year dah decide untuk pakai dress maka this year adalah theme baju kurung pahang dan skirt kembang yang ditempah.Untuk raya kedua ketiga dan keempat dan juga untuk open house nanti pakai dress yang ready made je.Dah siap siap beli online tinggal nak jahit kerawang je.hehe


 Cantikkan.I think for those who are searching for wedding or engagement theme should try this colour too

Dah nampak kan gambaran keceriaan di situ so sekarang kita tengok contoh baju pula.


Dalam banyak banyak dress yang ni paling aku suka sebab dia nampak simple tapi tetap elegant dan sesuai digayakan untuk semua majlis especially engagement atau Hari Raya tapi baju raya aku nanti bukan macam ni pun sebab I have decided untuk buat baju kurung.For the open house it would be very nice and awesome

thanks for reading my entry

happy weekend

xoxo