24 June, 2014

Persiapan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Kalau post lepas aku cerita tentang sedikit sebanyak persiapan raya dan kali ni pula lebih kepada persiapan untuk bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari je lagi .Jangan fikir bulan raya je ada persiapan tau bulan Ramadhan pun kena buat persiapan mental mahupun fizikal jugak kan.Korang excited tak nak sambut bulan Ramadhan ni ?Aku excited sangat dan setiap tahun mesti akan ada checklist apa benda nak buat dibulan ramadhan walaupun takdelah 100% tercapai apa yang disenaraikan dalam checklist tu tapi sekurang kurangnya usaha tu ada.Kadang kadang aku fikir sempatkah aku menjadi tetamu di bulan Ramadhan kot kot la allah nak ambil nyawa kita mungkin tak sempat nak merasa bulan Ramadhan.Ya kita sering leka dengan nikmat masa.allahuakbar.

Oklah kot kot yang dah lupa niat puasa yang setahun sekali ni jom kita pakat hafal la ni jugakkk.iya iya sekarang.jangan lengah lengah.ok.bismillah..



Mak aku selalu pesan jangan lupa doa banyak banyak bila dah dekat azan maghrib sebab doa hampir berbuka puasa insya-Allah makbul.Aku sampaikan kena tarik lengan dengan mak duduk berdoa dekat meja makan walaupun selalu je aku ni ketandusan idea nak doa apa depan ramai ramai.hehe.Kat sini ada dinyatakan sendiri dalam hadis tau bukan ikut teori je.

 "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"
( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sahih)

Kesimpulannya,rugi tau kalau tak perbanyakkan doa di bulan puasa especially dekat dekat nak buka puasa.jom jom kita buat nanti

Aku ada satu tips untuk rasa seronok nak sambut bulan ramadhan ni.Kalau raya kita beli baju baru,perabot baru,langsir baru why not kalau ramadhan ni kita beli sejadah baru,al quran baru mahupun kain telekung baru then baru semangat sikit nak buat ibadah.Tips ni aku dapat dari Wardina.Dia hadiahkan anak anak telekung baru setiap kali menjelang ramadhan untuk menaikkan semangat setiap kali sambut bulan puasa.Ok ada anak nanti aku pun nak ajar dorang macam tu.hehe.

Bersempena dengan bulan ramadhan ni aku hadiahkan diri sendiri Al-Quran Tajwid Pelangi . Sebenarnya dah lama ada dalam senarai wishlist cuma baru sekarang berkesempatan untuk beli.Ia tersangatlah affordable.Korang pun kena ada jugak satu sebab senang dan mudah dibawa ke mana mana



pink and baby blue.Comel kan



Checklist

Aku nak bagi tips cuba senaraikan satu persatu apa yang kita nak buat sepanjang bulan ramadhan dalam diari atau kalau malas print checklist siap siap dan tampal kat dinding.Kat google image banyak checklist yang boleh dicari.Buat atau tak buat lain cerita asalkan nampak la setiap kali kedatangan bulan ramadhan ada something yang kita nak upgrade bukannya hanphone je kena upgrade iman pun kena upgrade jugakk kan.hewhew


"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu Syurga, dikunci segala pintu Neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berertilah telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan. " (Riwayat: Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)

Mudah mudahan bulan ramadhan pada kali ini merupakan bulan terbaik dan ramadhan terbaik bagi kita agar mendapat rahmat,kasih sayang dan pengampunan dari allah s.w.t.masyaallah rindunya nak bertemu dengan bulan ramadhan 
thanks for reading my entry
xoxo

Post a Comment