22 August, 2014

My Online Teacher

Assalamualaikum

Have you ever wonder where to learn English in a very fun and Interactive ways? Let me introduce to you my favorite interesting youtube channel teaching us English with Mr Duncan in England!! I discovered this video since 2011 and I am one of his students until now. I mean an online student. haha. I just attend his class whenever I want because I love the rhythm on how he delivered the message to the audience using simple and easy way.



I am not trying to give you any tips of how to learn English because I am not the expert but rather a simple version of how I get engaged with English and Alhamdulillah I scored A for all my English courses at the university.

I love to learn English Informally. My brain can easily absorb the message if I learn without any intense. Don’t ask me to do an English exercise on paper because normally it doesn’t work for me. I am not that eloquent even sometimes they say so (I think they might be the wrong person). I am not the gift of the gap but from time to time I discovered I get better in English even sometimes my language is upside down especially the grammar part but for me mistakes are life learning as long as it is not done deliberately.

The coercion from my father made me realized how important the English language even though sometimes it got into my nerves when he asked me to study online more than 4 hours every day!.haha Pengsan and I just can stay awake only for one hour and the rest either switching to other channel.hahaha Nevertheless, I have found my own way to learn it. Yes, Mr Duncan Youtube Video Channel made my day! Believe me it is an effortless way to route ourselves to learn English.

Mr Duncan uses  simple and easily understood words with the aid of subtitles to guide us to grab his sentences. I found this is the most effective way of learning so far. Besides, he also teaches us idioms and proverbs for each topic as including the witty examples so no wonder all of his students came across the globe. Just try to listen to one episode then you just need to complete all of his lessons. There are many so many of them so do find your time to get master in English with him okey.



I am trying to rule myself with English and hope can be master with it because we all know how importance the English language and also acquire a good comprehension of Malay Language too.

I hope this entry will benefit you

Thanks for reading

xo

13 August, 2014

Student Checklist

Assalamualaikum

Dari kecik sekolah rendah sampailah besar sekolah menengah aku akan pastikan kelengkapan sekolah dibeli dan cukup kesemuanya especially part stationery ni.habit ni terbawa bawa sampailah ke zaman universiti sekarang dah nak masuk tahun ketiga mesti ada semua alat tulis dalam pensil case.highlighter mestilah ada pelbagai warna dan pen warna warni menjadi kewajipan aku untuk memilikinya kalau takde bukanlah aku namanya walaupun aku bukanlah manusia yang rajin mencatat nota dengan pelbagai warna.haha.



Sila abaikan majalah diatas.gambar sekadar hiasan saja.Buku nota pelbagai mestilah dibeli setiap kali masuk sem baru kan.Pada korang yang rasa mencatat dalam buku nota dah ketinggalan zaman or tak penting  uolls buanglah stigma tu sebab walaupun sekarang zaman dah maju boleh je catat dalam handphone or Ipad tetap tak sama mencatat isi dalam buku nota ye.Just wonder orang yang dengar ceramah or talk tapi tak catat apa apa sewaktu mendengar mampu ke nak ingat semua fakta.Orang genius sekalipun mudah lupa dalam masa 24 jam inikan pula kita yang biasa biasa je kan.To be honest dulu memang aku tak suka sangat mencatat sebab fikir boleh ingat but when reminisce when I was in school how the teachers emphasis on the importance to put on paper then I realized and started with the habit.



Jangan ingat kahwin,bertunang je yang ada checklist barang keperluan sekolah mahupun sebagai student universiti pun ada checklist tau.haha.Mau tak tenteram hidup kalau takde salah satunya.Mungkin aku je kot yang rasa macam tu.Pernah beberapa kali liquid paper habis time tengah jawab essay waktu exam rasa macam kucing hilang anak sebab aku jenis manusia yang perlu bergantung dengan liquid paper bila menulis.kalau just padam dengan pen rasa macam comot je kertas aku tu.ok agak mengada disitu.



Simple je pensil case aku.Yang penting semua benda boleh muat dalam ni.Yang dalam botol biru tu Hand Hygiene Gel aku beli senang bila habis buat experiment terus pakai sebab experiment kan banyak bermain dengan bahan kimia dan banyak bergelumang dengan microbe.Kot kot la meletup tengah buat experiment kimia macam sem 1 dulu bolehlah kurangkan chemical absorption ke dalam kulit bagai menghalang mutation.haha.



Nak menangis jugaklah tengok jadual sem depan setiap hari berderet lab macam sem lepas tapi nak buat cemana dah nama student hadap jelah semua tu kan even ambil 18 jam kredit je cukup lah setakat tu malas aku nak tambah jam kredit sebab aku tahu tahap kemampuan aku tahap mana.The best part is ada Statistic.Maths will hunt you (me) foreverrrr..Dah memang takde harapan nak lari dari maths.haha.Ok bagai aku laluan untuk tarik nafas kejap.Moga moga kalau tak dapat B bolehlah dapat A.


Last but not least, ni bukan iklan berbayar ke apa saja nak kongsi dengan readers semua tentang supplement yang aku consumed as a student.Aku consumed ESP shaklee sejak sem 4 dan sekarang dah pun repeat order sebab ESP shaklee ni sangat bagus sebagai minuman sebelum sarapan ke kelas sebab ia memberi tenaga.Kurang rasa letih dan penat dan yang paling aku noticed kurang mengantuk bila lecturer mengajar.Boleh bertahan 4 jam dengar lecture kot kalau sebelum ni 2 jam lecture dah mengantuk.haha.Selain tu banyak lagi kebaikan dia.Aku sangar recommend for student untuk consume shaklee ni memang sangat bagus bukan hanya untuk orang yang dah kahwin atau nak berumah tangga je tau.Satu canister ni boleh tahan 2 bulan lebih.Jimat kan.Harga dia RM120++ tapi kena pandai cari dealer nego harga sebab sekarang dengar cerita shaklee dah tak pakai harga runcit melainkan bila dah jadi ahli.




Thanks for reading
that's all from me
xoxo

04 August, 2014

My Cousin E-Day

Assalamualaikum

Memandangkan cuti sem aku berbaki kurang sebulan je lagi maka aku akan guna peluang ni untuk update blog sekerap mungkin sebab bila dah naik sem jangan harap lah aku nak menulis serajin ni.haha.Ok entry lepas aku ada cakap nak update tentang majlis pertunangan sepupu aku kan so post kali ni memang khas bersempena majlis pertunangan cousin perempuan aku aka anak saudara kembar mak aku yang berlangsung pada 3 syawal baru baru ni.To be honest memang dah lama gila aku tak attend majlis semeriah dan sebesar ni dalam family.Majlis tunang sepupu aku ni agak besar jugalah macam majlis perkahwinan and the best part is semua dibuat sendiri especially part makanan.Semua anak beranak turun padang gotong royong melainkan aku yang agak pemalas nak buat kerja.haha.Post ni penuh dengan gambar tau so jom cuci mata tengok gambar kami semua.


Jadi camerawoman kejap tapi takdelah macam prefesional gambar yang aku ambil ni sekadar nak buat simpanan peribadi oklah.Lawa kan sepupu aku ni.



Tersnap sekali abang official photographer.Tapi sekali tengok nampak cantik pulak gambar ni.



Yang ni family abang mak aku.Semua yang nak bergambar kena ikut turn sebab kaum family pun dah ramai apatah lagi sanak saudara.Ok jom kita layan gambar gambar seterusnya.



Spot where is me.yuhoo.Saja guna effect HDR sebab gambar ni agak blur bila ambil guna smartphone aku.



The big family



Cousins



Selfieee..time ni orang semua dah balik tinggal anak beranak je maka bermulalah sesi berangan duduk atas pelamin.Sebagai seorang lagend selfie haruslah uolls kena ambil gambar camni.haha.Ok for this engagement dah ditetapkan theme colour belah family warna light blue or dark blue.So bagi memenuhi tema majlis aku pilih jaket dark blue dengan inner dan skirt flowy blue dipadankan dengan light blue wide shawl.Dah macam berbelit belit dah ayat aku kan.Baju yang aku pakai ni just koleksi mix and match je bukannya beli baru pun.



Pak mak sedara aku.Nampak tak kebiruan menyerlah disitu.ngehee



Bersama mak enon atau lebih tepat adik perempuan aku.Gelaran tu saja je aku panggil untuk usik dia.haha.jahat giler kan aku.Ok aku tau korang nak kata muka kitaorang sama kan.Dah nama adik beradik kan so mestilah ada iras.



Korang janganlah terpedaya tengok gambar ni macam aku tukang chef pulak dok sibok nak hidangkan makanan.Memang tipu giler la kan aku yang nak buat semua ni.Time ni just nak merasa kueh lompat tikam.Orang luar tak tahu pulak apa dia panggil nama kueh ni.Kat kelantan agak famous jugak lompat tikam yang kueh kaler hijau tu.



Real candid.Mula mula real candid pastu suruh adik aku snap banyak banyak dah tak jadi candid dah.haha



The real candid taken by my camera.Caption macam kering je.haha



Camerawoman tak bertauliah.haha.Time ni camera dah habis bateri sebabnya lupa beli charger.Just pakai bateri AA biasa so tak tahan lama..frust nonggeng gak la tapi nasib baik sempat jugak snap gambar dua tiga keping.Ok take as a lesson kena banyak lagi belajar tentang camera ni lepas ni baru boleh beli Nikon D7100 kan.haha.



Sesi bermonopod bersama kanak kanak ribena geng sepupu


layankan aje.kikiki


Ok aku tahu gambar kitaorang memang tak boleh blah.



again


and again


Sebenarnya time ni aku nak buat peace tapi dah tak macam peace je dibuatnya sebab tengah pejam mata.hehe.



For my cousin tak tahulah dia baca ke tidak I am really happy for you.Rasanya hari tu lupa nak ucap tahniah.hehe.Just one step closer towards your marriage.Rasa cepat sangat masa berlalu.Dulu masa kecik main sama sama sekarang dah jadi tunangan orang at the age of 22.Mashaallah.Semoga allah permudah segala urusan.amin.

thanks for reading
xoxo

02 August, 2014

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435 H kepada seluruh umat Islam.Ok just a quick updates from me regarding raya.Pada aku raya tahun ni agak kelam kabut macam ribut taufan kalah El Nano sebabnya kitaorang sampai kampung pagi raya yes pagi raya time orang semua sedang sebok nak pergi solat sunat Aidilfitri.Kiranya malam raya tu kitaorang beraya dalam bas bila tot tot dapat tahu esoknya tu memang dah sahih raya memang frust jugaklah aku,adik dan mama tapi nak buat cemana kan.haha.redha jelah.


First raya I'm wearing baju kurung nude with olive green chiffon wide shawl.Nasib baik dengan bantuan teknologi bridge camera dapat control eye bag semangkuk aku sebab malam tu masa dalam bas aku tak tido pun.Insomnia tiba tiba sebab tempat duduk sebelah tu ada lelaki yang membuatkan aku tak dapat lelapkan mata.Haruslah berjaga jaga uolls kot kot kepala aku terhantuk kat bahu dia ke or dia nak buat tak senonoh kat aku ke.Maruah haruslah dijaga.haha tapi ghupanya baik jugak mamat sebelah aku kasi pinjam jaket dia.agaknya sebab dia tengok aku menggigil tak tentu pasal sebab terlupa bawa selimut.ok kelaut pulak ceritanya.


Perkenalkan adik dan mama aku.Kan aku dah kata kitaorang tiap tiap tahun memang takde tema.Men caca marba je.Cuma aku je ubah sikit dulu kata nak pakai mint green dengan peach kan.haha.well you know me pendirian tak pernah tetap.Siapa kawan dengan aku tahulah cemana tak statiknya pilihan aku tapi at least ada jugaklah persamaan sikit sikit kan.Entah kenapa raya tahun ni aku just prefer untuk pakai yang simple simple so memang kenalah dengan suasana raya tahun ni yang suam suam kuku je.haha.pulak dah !


Time ni kat rumah mak long aku.Tiba tiba nampak budak budak datang beraya suruh diorang join sekaki bergambar.nasib baik budak budak ni dengar cakap.haha.


Cer teka mana mak aku?bila ada mak kembar dah rasa dua dua mak kau sampaikan anak anak tengok sekali imbas pun boleh tertukar.haha.rapat dorang ni dah seperti like you are a mirror of me.Anyway I love them both.ecewah macam la mak aku tahu apa yang aku tulis ni


Real candid



Aku pun tak tahu apa caption yang sesuai untuk gambar ni.hehe.what I know I love her so much


Inilah nenek aku sebelah mak tu.Alhamdulillah anak 10 tetap maintain cun dan sihat walafiat tapi kenapa muka aku dengan adik nampak kelakar.



Yang ni pulak family mak sedara.Kiranya yang tiga orang tu sepupu aku.Lawakan dorang 


from left che pah,che ros dan che nah.

entry ni dah macam introducing sorang sorang family member aku.haha.anyway sebenarnya gambar raya banyak lagi tapi malas nak upload semua.


Untuk entry yang seterusnya my cousin engagement on third syawal
have a nice day