02 August, 2014

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435 H kepada seluruh umat Islam.Ok just a quick updates from me regarding raya.Pada aku raya tahun ni agak kelam kabut macam ribut taufan kalah El Nano sebabnya kitaorang sampai kampung pagi raya yes pagi raya time orang semua sedang sebok nak pergi solat sunat Aidilfitri.Kiranya malam raya tu kitaorang beraya dalam bas bila tot tot dapat tahu esoknya tu memang dah sahih raya memang frust jugaklah aku,adik dan mama tapi nak buat cemana kan.haha.redha jelah.


First raya I'm wearing baju kurung nude with olive green chiffon wide shawl.Nasib baik dengan bantuan teknologi bridge camera dapat control eye bag semangkuk aku sebab malam tu masa dalam bas aku tak tido pun.Insomnia tiba tiba sebab tempat duduk sebelah tu ada lelaki yang membuatkan aku tak dapat lelapkan mata.Haruslah berjaga jaga uolls kot kot kepala aku terhantuk kat bahu dia ke or dia nak buat tak senonoh kat aku ke.Maruah haruslah dijaga.haha tapi ghupanya baik jugak mamat sebelah aku kasi pinjam jaket dia.agaknya sebab dia tengok aku menggigil tak tentu pasal sebab terlupa bawa selimut.ok kelaut pulak ceritanya.


Perkenalkan adik dan mama aku.Kan aku dah kata kitaorang tiap tiap tahun memang takde tema.Men caca marba je.Cuma aku je ubah sikit dulu kata nak pakai mint green dengan peach kan.haha.well you know me pendirian tak pernah tetap.Siapa kawan dengan aku tahulah cemana tak statiknya pilihan aku tapi at least ada jugaklah persamaan sikit sikit kan.Entah kenapa raya tahun ni aku just prefer untuk pakai yang simple simple so memang kenalah dengan suasana raya tahun ni yang suam suam kuku je.haha.pulak dah !


Time ni kat rumah mak long aku.Tiba tiba nampak budak budak datang beraya suruh diorang join sekaki bergambar.nasib baik budak budak ni dengar cakap.haha.


Cer teka mana mak aku?bila ada mak kembar dah rasa dua dua mak kau sampaikan anak anak tengok sekali imbas pun boleh tertukar.haha.rapat dorang ni dah seperti like you are a mirror of me.Anyway I love them both.ecewah macam la mak aku tahu apa yang aku tulis ni


Real candid



Aku pun tak tahu apa caption yang sesuai untuk gambar ni.hehe.what I know I love her so much


Inilah nenek aku sebelah mak tu.Alhamdulillah anak 10 tetap maintain cun dan sihat walafiat tapi kenapa muka aku dengan adik nampak kelakar.



Yang ni pulak family mak sedara.Kiranya yang tiga orang tu sepupu aku.Lawakan dorang 


from left che pah,che ros dan che nah.

entry ni dah macam introducing sorang sorang family member aku.haha.anyway sebenarnya gambar raya banyak lagi tapi malas nak upload semua.


Untuk entry yang seterusnya my cousin engagement on third syawal
have a nice day