13 August, 2014

Student Checklist

Assalamualaikum

Dari kecik sekolah rendah sampailah besar sekolah menengah aku akan pastikan kelengkapan sekolah dibeli dan cukup kesemuanya especially part stationery ni.habit ni terbawa bawa sampailah ke zaman universiti sekarang dah nak masuk tahun ketiga mesti ada semua alat tulis dalam pensil case.highlighter mestilah ada pelbagai warna dan pen warna warni menjadi kewajipan aku untuk memilikinya kalau takde bukanlah aku namanya walaupun aku bukanlah manusia yang rajin mencatat nota dengan pelbagai warna.haha.



Sila abaikan majalah diatas.gambar sekadar hiasan saja.Buku nota pelbagai mestilah dibeli setiap kali masuk sem baru kan.Pada korang yang rasa mencatat dalam buku nota dah ketinggalan zaman or tak penting  uolls buanglah stigma tu sebab walaupun sekarang zaman dah maju boleh je catat dalam handphone or Ipad tetap tak sama mencatat isi dalam buku nota ye.Just wonder orang yang dengar ceramah or talk tapi tak catat apa apa sewaktu mendengar mampu ke nak ingat semua fakta.Orang genius sekalipun mudah lupa dalam masa 24 jam inikan pula kita yang biasa biasa je kan.To be honest dulu memang aku tak suka sangat mencatat sebab fikir boleh ingat but when reminisce when I was in school how the teachers emphasis on the importance to put on paper then I realized and started with the habit.



Jangan ingat kahwin,bertunang je yang ada checklist barang keperluan sekolah mahupun sebagai student universiti pun ada checklist tau.haha.Mau tak tenteram hidup kalau takde salah satunya.Mungkin aku je kot yang rasa macam tu.Pernah beberapa kali liquid paper habis time tengah jawab essay waktu exam rasa macam kucing hilang anak sebab aku jenis manusia yang perlu bergantung dengan liquid paper bila menulis.kalau just padam dengan pen rasa macam comot je kertas aku tu.ok agak mengada disitu.



Simple je pensil case aku.Yang penting semua benda boleh muat dalam ni.Yang dalam botol biru tu Hand Hygiene Gel aku beli senang bila habis buat experiment terus pakai sebab experiment kan banyak bermain dengan bahan kimia dan banyak bergelumang dengan microbe.Kot kot la meletup tengah buat experiment kimia macam sem 1 dulu bolehlah kurangkan chemical absorption ke dalam kulit bagai menghalang mutation.haha.



Nak menangis jugaklah tengok jadual sem depan setiap hari berderet lab macam sem lepas tapi nak buat cemana dah nama student hadap jelah semua tu kan even ambil 18 jam kredit je cukup lah setakat tu malas aku nak tambah jam kredit sebab aku tahu tahap kemampuan aku tahap mana.The best part is ada Statistic.Maths will hunt you (me) foreverrrr..Dah memang takde harapan nak lari dari maths.haha.Ok bagai aku laluan untuk tarik nafas kejap.Moga moga kalau tak dapat B bolehlah dapat A.


Last but not least, ni bukan iklan berbayar ke apa saja nak kongsi dengan readers semua tentang supplement yang aku consumed as a student.Aku consumed ESP shaklee sejak sem 4 dan sekarang dah pun repeat order sebab ESP shaklee ni sangat bagus sebagai minuman sebelum sarapan ke kelas sebab ia memberi tenaga.Kurang rasa letih dan penat dan yang paling aku noticed kurang mengantuk bila lecturer mengajar.Boleh bertahan 4 jam dengar lecture kot kalau sebelum ni 2 jam lecture dah mengantuk.haha.Selain tu banyak lagi kebaikan dia.Aku sangar recommend for student untuk consume shaklee ni memang sangat bagus bukan hanya untuk orang yang dah kahwin atau nak berumah tangga je tau.Satu canister ni boleh tahan 2 bulan lebih.Jimat kan.Harga dia RM120++ tapi kena pandai cari dealer nego harga sebab sekarang dengar cerita shaklee dah tak pakai harga runcit melainkan bila dah jadi ahli.




Thanks for reading
that's all from me
xoxo
Post a Comment