21 November, 2014

La Fraiche Malaysia Poket Perfume Pertama di Malaysia

Assalamualaikum

Rindunya dengan belog.Ayat cliche biasa setiap kali menulis.gezz.Kalau boleh hari hari aku nak update tapi disebabkan time constraint aku kena update entry yang aku rasa penting je dulu buat masa sekarang.InshaAllah cuti nanti aku regularly update ya.hee.Untuk pengetahuan semua aku adalah manusia yang sensitif bab bab bau ni so pergi mana mana kena pakai perfume.Memanglah orang kata perempuan tu tak elok sebenarnya pakai wangi wangian tapi tak salah kalau pakai sekadar untuk memberi kesegaran pada diri bukannya pakai untuk menarik perhatian orang.Nak nak lagi waktu berpeluh mesti badan rasa tak best kalau tak spray dengan perfume tapi takdelah nak spray satu badan sampai semua orang pengsan dengan bau yang terlampau.haha


Pernah tak dengar La Fraiche Pefume?Tahu tak La Fraiche adalah perfume poket yang makin hot kat Malaysia sekarang ni.Nak tahu kenapa?sebab perfume ni kecil molek didatangkan dalam bentuk pen.Tak pernah kan korang tengok perfume boleh menjelma dalam bentuk pen kan kan haa itulah sebab yang membuatkan aku nak cuba perfume ni.Lagipun ia adalah 100% buatan Malaysia why not kita support product tempatan kan.Dulu memanglah aku peminat setia DKNY tapi bila tahu DKNY dengan CK tu Israel based product terus switch off tukar kepada perfume jenama Melayu dah.


Dah jatuh cinta dah dengan perfume ni

La Fraiche perfume poket ni ada 4 haruman yang berbeza antaranya adalah Matured,Sweet,Feminin dan Maskulin khas untuk lelaki tau.Kalau korang rasa pening ishh tak taulah nak pilih haruman apa meh aku bagi description sikit.Yang kaler purple tu MATURED wangian yang diispirasikan daripada gabungan aroma semulajadi Fragipani,apricot,honeysuckle orchid dan lotus.Wangian ni sesuai ditonjolkan kematangan dan wanita berkerjaya.Dah nama matured so untuk wanita yang dah bekerja memang sesuai sangat.Wangian dia macam memberi karisma dan inspirasi pada si pemakai gituu.





Yang kaler PINK kat atas tu ialah Feminin diinspirasikan daripada aroma bunga Rose dan Osmanthus sesuai untuk menonjolkan ciri ciri kewanitaan,elegan dan bergaya dan dan dan yang paling aku suka warna hijau SWEET sebab bau dia macam kena dengan jiwa aku.Yang lain pun semua best tapi yang hijau tu tetap menjadi fevret aku maybe sebab wangian ni diispirasikan daripada gabungan aroma bunga bungaan dan buah buahan Exotic Framboise,Black Cherry,Plum,Orchid,Freesia dan Iris.Kat manual dia tulis sesuai untuk golongan remaja yang ingin tampilkan keyakinan diri.Aku ni still remaja ke?ehem perasan kejap walaupun dah masuk 20 series.kah kah


Kalau beli perfume ni sangat jimat tau sebab dia ada banyak jenis wangian boleh pilih sendiri bau jenis apa yang kita suka.Yang penting boleh simpan dalam handbag bawa pergi mana mana tak kiralah ke kelas atau shopping.Tak terjejas langsung kapasiti handbag kalau hangkut perfume ni sebab ia sangat ringan.Memang superb laa baunya pulak masyaAllah jangan cakap la best sangat.Bau dia tak kuat tapi mild and gentle je sesuai dengan kaum Hawa macam kami ni.hehe


La Fraiche ni dah masuk paper tau.Aku tengok banyak sangat feedback positif dari Instagram dan Facebook La Fraiche ni.Artis popular macam Felixia Yeap, Elfira Loy dan Ainan Tasnim pun pakai perfume ni jugak so no wonder la kan.Yang bestnya bau dia tahan lama tapi kalau agak agak rasa macam dah berkurang ke masuk poket keluar poket spray je pastu masuk poket balik.lahaiii senangnya.



Satu beratnya 9 ml dan terbaruLa Fraiche ada keluarkan rangkaian limited Edition 30 ml bagi sesiapa yang prefer other option.Untuk yang poket perfume ni satu harga dia RM18 je.La Fraiche pun ada menawarkan pakej ekonomi untuk poket perfume 10 cuma RM150 boleh pilih wangian apa yang kita suka.Berbaloi kan.Lepas ni dah boleh borong terus lepas tu hadiahkan kat mak adik beradik ke atau hari jadi kawan dan selebihnya buat stok untuk diri sendiri.Bijak kan cadangan aku ni.haha


Walaupun zaman selpie aku dah berakhir haruslah dengan La Fraiche ni kasi impak maksima sikit.ayat nak minta penampo je kan.wink wink

Bagi yang berminat nak jadi dealer boleh terus contact through page La fraiche ni yelah sekarang kan semua harga dah naik kalau buat part time manalah tahu boleh dapat duit poket lebih.



Untuk sebarang pertanyaan atau inquiry boleh terus direct ke alamat La Fraiche Malaysia kat bawah 



Thanks for reading my entry
have a nice weekend
toodles!