13 December, 2014

Kepentingan Body Scrub dan Hair Mask

Assalamualaikum

Sementara cuti 4 hari kejap ni balik rumah ni nak update belog sebelum next week dah start study week memang aku akan deactivate semua account supaya boleh focus study.haha focuslah sangat kan.Rambut aku sangat lebat dan boleh dikatakan agak panjang jadi kalau berpeluh memang tak selesa lebih lebih lagi bila bertudung mesti nak kena jaga rambut dengan rapi tak nak kasi rosak.Sekarang ni memang susah nak cari saloon muslimah.Hari tu keluar dengan mak aku tawaf sekeliling mall semata mata nak cari kedai rambut muslimah tapi tak jumpa jumpa lepas tu dah malas cari then buat facial je kat saloon wanita.


Sekarang dengan adanya hair mask ni dah makin mudah sebab boleh rawat rambut sendiri macam spa kat rumah.yuhoo.punyalah best tak perlu nak habiskan duit beratus semata mata nak rambut cantik berkilat dan sihat.Mesti jarang kan dengar hair mask ni lebih lebih lagi yang home made punya. Haa, aku pun first time jugakk dengar hair mask selama ni ingat masker untuk muka je.Rambut aku tebal jadi sekali sekala kena buat hair treatment tak cukup sekadar pakai shampoo dan conditioner je.Memang hazabb jugaklah nak jaga rambut panjang dan tebal ni tapi bila guna hair mask masyaAllah rambut jadi lebih lembut dan berkilat seperti buat rawatan di saloon ecewah ayat macam copy paste iklan Rejoice pulak.tehee~


Jangan kata rambut je yang kena jaga body pun nak kena maintain gak kan jadi tolonglah jangan malas nak sental segala tok nenek impurities pada badan tu kasi licin sikit dengan scrub. Aku try yang chocolate kat kat atas tu sebab aku kan penggemar tegar chocolate. Best gila guna sebab rasa macam dapat lumur coklat pada seluruh badan.gehehe~


Rub Rinse Slushy Pepper Mint Home made Hair treatment Mask
benefits:
helps to control excess oil on the scalp
very effective to control dandruff
Price
RM40 including postage


tekstur Rub Rinse ni sama je macam conditioner lembut sangat dan bau di macam pepper mint dan paling penting bila rub pada rambut rasa cool dan fresh sangat,Biasanya aku akan make sure biarkan selama beberapa minit sebelum bilas dengan air nak bagi dia betul betul meresap ke dalam rambut.


Bila guna mask ni aku kena pakai banyak bukan sejemput macam atas ni untuk balance dengan kapasiti rambut yang tebal tapi bukannya pakai sekali gus ambil sikit sikit  je dan ratakan pada keseluruhan rambut.Rub Rinse ada macam macam jenis tau pilihan ada untuk moisturize, stimulate hair growth, shiny,soften dan macam macam lagi. Perisa pun pelbagai macam green tea, grape, strawberi,coklat memang rambang la mata tengok rasa nak borong je semua Rub Rinse kat bawah ni.






Home made Sugar Scrub Chocolate


Mula mula tengok Sugar Scrub chocolate ni dah konfius macam jem chocolate nak je aku salut buat makan dengan roti kalau letak kat dalam peti ais gerenti orang ingat boleh makan.haha.Sugar Scrub ni diperbuat daripada bahan bahan yang best tau macam olive oil,fragrance oit,oat,oriza sativa dan lain lain lebih lebih lagi homemade scrub ni mestilah bebas daripada bahan kimia dan preservatives sebab tu aku suka selain kita boleh pilih perisa apa dan tekstur yang pelbagai.Aku noticed lepas pakai rasa moisturized and freshy nak buat kerja pun ada mood bila tubuh wangi dan bersih kan.



Sekarang ni dah tak kisah dah rambut nak menggerbang macam Lorde sekalipun asalkan kena tahu jaga rambut dengan baik dan betul supaya sentiasa wangi,sihat.lembut dan berkilat cuma nak kena rajin je resipi dia.mudah! kalau rajin senang je nak jaga kalau malas terimalah seadaanya rambut macam hantu mak limah belakang rumah tuu.




Selalu je nak letak gambar yang takde motif.k bye

Kalau nak tahu details tentang Hair Mask dan Body Scrub ni bolehlah terus ke page kat bawah ni.Sekarang ni beli online lagi senang macam macam option ada boleh pilih ikut citarasa hati lagipun owner dia baik tau jadi jangan segan silu nak bertanya


Thanks for reading 
have a nice weekend
till then
xoxo

11 December, 2014

Produk Kecantikan terbaik : Oriderm Malaysia

Assalamualaikum


Aku akui memang susah nak jumpa product skincare yang sesuai dengan kulit wajah tapi selagi kita tidak mencuba selagi itulah kita takkan jumpa product yang sesuai dengan kita.Mahal atau murah sesuatu product tu bukan ukuran pada kualiti tapi yang penting adalah kesesuaian dengan kulit muka.Seriously dulu kulit aku memang takde masalah halus mulus je tanpa sebiji jerawat pakai bedak baby pun dah cukup tapi sekarang dah tak macam dulu dah sebab hormon berubah kot.Amboi beria nak salahkan hormon pulak padahal banyak je faktor lain penyumbang pada masalah kan.Aku takdelah kata kulit aku bermasalah cuma kadang kadang tu jerawat baby gatal naik sebiji dua kat muka ni naik rimas derr.Lepas tu bila naik bukannya reti hilang parut tuu.Aku ada masalah resdung (diagnos sendiri sebab hari hari bersin) so kadang kadang bila jerawat nak tumbuh ni tak boleh nak elak walau dah jaga kulit tahap kebabomm punya.gezzz


Kita semua tahu banyak faktor yang menyumbang pada kesihatan kulit antaranya ialah pemakanan,hormon,stress level pun nak kena kira jugak kan.haha dan dan dan the mainstream ialah product yang kita pakai.Aku beri kepercayaan pada diri sendiri untuk try Oriderm Malaysia.Tau tak yang Oriderm ni ada Spa dia yang tersendiri location kat area KL.Dia ada tawarkan perkhidmatan detox dan penjagaan wajah jadi nampaklah yang Oriderm dah ada establish rangkaian kat Malaysia ni so dia bukan sebarangan produk okey.Oriderm pun ada produced masker muka jugak so far aku pernah cuba clear bamboo mask ni.Sebaiknya pakai dulu mask lepas dah basuh muka at least seminggu sekali untuk bersihkan muka secara deep surge.


Clear bambo mask.Cara nak pakai mask ni ikut langkah langkah di bawah ye.

1. Koyakkan mask kemudian masukkan separuh je ke dalam mangkuk.Selebihnya boleh simpan untuk pakai pada waktu malam atau bila bila masa
2.Masukkan pek vitamin warna merah tu ke dalam mangkuk yang sama
3.gaul sehingga sebati
4.dah boleh tepek tepek masker tu kat muka.dia punya tekstur sama je macam charcoal mask
5.tunggu sehingga 30 minit sampai mask tu kering
6.Peel off mask perlahan lahan


Picture credit to blog Namee Roslan

Aku tak tunjuk demo pakai mask sebab macam bertarabur je dibuatnya time pakai mask tu sebab tak expert pakai peel off mask macam pelik je muka aku nanti korang kata aku ni worang minyak pulak kang tapi jangan risau step dia simple je.Biasanya aku pakai mask ni pada waktu malam sebelum tidur.Kalau korang nak tahu boleh refer gambar kak Namee ni dia pun dah cuba bamboo mask tau.Nak tahu lebih banyak info boleh visit blog dia pun salah satu pengguna setia Oriderm jugakk.oh patutlah kulit dia flawless putih gebu jee senantiasa.



 Set Remaja / Teenager Set

Cantik kan packaging dia.Nampak exclusive gituu.haa,nak bagitau yang Oriderm ni diformulasi dari ektrak tumbuh tumbuhan Marin dan duji secara dermatologi in Italy Laboratory yang boleh merawat sel kulit mati dan menghilangkan kesan parut di wajah.Oriderm ni sebenarnya ada 2 Sets.Set Remaja dan Set Penuaan.Aku pilih set remaja sebab aku kan still remaja.haha.kat bawah ni aku senaraikan turutan pemakaian dia one by one.


1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah kita.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.


2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah


Untuk clear balancer ni ada dua jenis.Memandangkan kulit aku jenis yang tak begitu sensitif maka aku guna yang normal ni.Lagi satu warna dia biru untuk kulit muka yang jenis sensitif.Bau dia best je dan tak melekit langsung macam air titis titis kat muka tak rasa macam pakai apa apa sebab tekstur dia light je sesuai dengan semua jenis kulit yang normal.



3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.

Cara pemakaian

Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai!

Aku memang puas hati dengan Oriderm ni.Sekarang dah kurang pakai makeup.Tak nak la orang kata cantik sebab makeup kan sebab semua orang pun lawa bila makeup hatta orang paling hodoh dalam dunia ni pun boleh cantik dengan makeup jadi sebagai langkah keamanan kawalan pencegahan akta 0.00 kanun keseksaan better jaga je kulit dengan produk yang bersesuaian.Alhamdulillah kulit makin okey jerawat makin kurang parut jerawat pun dah makin hilang.



Mesti korang curious kan mana nak dapat Oriderm ni kat Farmasi Guardian atau Watson ada ke? Oriderm ni produk dia limited edition hanya boleh didapati thru online je kalau nak beli terus je ke laman Instagram atau facebook dorang.senang! harga untuk set remaja ni ialah RM150 dan harga untuk set penuaan ialah RM280. Jom jom singgah website Oriderm tengok ramai feedback customer


Kalau interest nak tahu details produk ni boleh terus call talian 0164224439 atau terus direct link kat bawah


Thanks for reading and have a nice day
till then
toodles!