13 December, 2014

Kepentingan Body Scrub dan Hair Mask

Assalamualaikum

Sementara cuti 4 hari kejap ni balik rumah ni nak update belog sebelum next week dah start study week memang aku akan deactivate semua account supaya boleh focus study.haha focuslah sangat kan.Rambut aku sangat lebat dan boleh dikatakan agak panjang jadi kalau berpeluh memang tak selesa lebih lebih lagi bila bertudung mesti nak kena jaga rambut dengan rapi tak nak kasi rosak.Sekarang ni memang susah nak cari saloon muslimah.Hari tu keluar dengan mak aku tawaf sekeliling mall semata mata nak cari kedai rambut muslimah tapi tak jumpa jumpa lepas tu dah malas cari then buat facial je kat saloon wanita.


Sekarang dengan adanya hair mask ni dah makin mudah sebab boleh rawat rambut sendiri macam spa kat rumah.yuhoo.punyalah best tak perlu nak habiskan duit beratus semata mata nak rambut cantik berkilat dan sihat.Mesti jarang kan dengar hair mask ni lebih lebih lagi yang home made punya. Haa, aku pun first time jugakk dengar hair mask selama ni ingat masker untuk muka je.Rambut aku tebal jadi sekali sekala kena buat hair treatment tak cukup sekadar pakai shampoo dan conditioner je.Memang hazabb jugaklah nak jaga rambut panjang dan tebal ni tapi bila guna hair mask masyaAllah rambut jadi lebih lembut dan berkilat seperti buat rawatan di saloon ecewah ayat macam copy paste iklan Rejoice pulak.tehee~


Jangan kata rambut je yang kena jaga body pun nak kena maintain gak kan jadi tolonglah jangan malas nak sental segala tok nenek impurities pada badan tu kasi licin sikit dengan scrub. Aku try yang chocolate kat kat atas tu sebab aku kan penggemar tegar chocolate. Best gila guna sebab rasa macam dapat lumur coklat pada seluruh badan.gehehe~


Rub Rinse Slushy Pepper Mint Home made Hair treatment Mask
benefits:
helps to control excess oil on the scalp
very effective to control dandruff
Price
RM40 including postage


tekstur Rub Rinse ni sama je macam conditioner lembut sangat dan bau di macam pepper mint dan paling penting bila rub pada rambut rasa cool dan fresh sangat,Biasanya aku akan make sure biarkan selama beberapa minit sebelum bilas dengan air nak bagi dia betul betul meresap ke dalam rambut.


Bila guna mask ni aku kena pakai banyak bukan sejemput macam atas ni untuk balance dengan kapasiti rambut yang tebal tapi bukannya pakai sekali gus ambil sikit sikit  je dan ratakan pada keseluruhan rambut.Rub Rinse ada macam macam jenis tau pilihan ada untuk moisturize, stimulate hair growth, shiny,soften dan macam macam lagi. Perisa pun pelbagai macam green tea, grape, strawberi,coklat memang rambang la mata tengok rasa nak borong je semua Rub Rinse kat bawah ni.






Home made Sugar Scrub Chocolate


Mula mula tengok Sugar Scrub chocolate ni dah konfius macam jem chocolate nak je aku salut buat makan dengan roti kalau letak kat dalam peti ais gerenti orang ingat boleh makan.haha.Sugar Scrub ni diperbuat daripada bahan bahan yang best tau macam olive oil,fragrance oit,oat,oriza sativa dan lain lain lebih lebih lagi homemade scrub ni mestilah bebas daripada bahan kimia dan preservatives sebab tu aku suka selain kita boleh pilih perisa apa dan tekstur yang pelbagai.Aku noticed lepas pakai rasa moisturized and freshy nak buat kerja pun ada mood bila tubuh wangi dan bersih kan.



Sekarang ni dah tak kisah dah rambut nak menggerbang macam Lorde sekalipun asalkan kena tahu jaga rambut dengan baik dan betul supaya sentiasa wangi,sihat.lembut dan berkilat cuma nak kena rajin je resipi dia.mudah! kalau rajin senang je nak jaga kalau malas terimalah seadaanya rambut macam hantu mak limah belakang rumah tuu.




Selalu je nak letak gambar yang takde motif.k bye

Kalau nak tahu details tentang Hair Mask dan Body Scrub ni bolehlah terus ke page kat bawah ni.Sekarang ni beli online lagi senang macam macam option ada boleh pilih ikut citarasa hati lagipun owner dia baik tau jadi jangan segan silu nak bertanya


Thanks for reading 
have a nice weekend
till then
xoxo