06 December, 2015

Hercalisya Jordan Mud Mask Part (i) amp ; kebaikan masker muka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


MashaAllah lama sangat aku ambil masa untuk type entry ni padahal kalau diikutkan memang dah lama aku nak update tapi masa tak mengizinkan. Pada aku biarlah ambil masa lama sikit untuk karang ayat as long penulisan berkualiti daripada pong pang pong pang tapi takde point pun walaupun hanya sekadar menulis di blog haha mohon lepas ni Dewan Pustaka tolong check tatabahasa blog ni eh. Lagipun Biasalah minggu akhir dekat dengan final memang selalu busy kalau tak busy tak sah lagi lagi bila buat fyp ni memang kadang tu aku rasa dah jadi macam zombie nak je aku lari ke kutub utara bila terlalu busy biar tenang sikit hati ni.haha


Baiklah malas nak membebel banyak kan so nak tanya siapa kat sini biasa pakai mask mesti korang tercari cari mask facial apa yang sesuai dengan kulit muka kan. Aku suggest bab bab skincare ni better go for organic product sebab biasanya bahan organic ni even pricey sikit tapi selamat untuk kulit.Sebelum ni aku ada tulis intro tentang Jordan Mud Mask kan. Entry kali ni adalah kesinambungan daripada entry yang lepas so kalau ada yang tak tahu sila baca sepintas lalu apa yang aku tulis tentang Jordan Mud Mask di post sebelum ni ya.


Biasanya masker yang aku selalu pakai adalah peel off  and cream mask tapi kali ni aku try pulak mud mask daripada Hercalisya ni. Apa yang aku tahu mud mask merupakan adik beradik clay mask yang dicipta mempunyai effect oil absorbing sesuai untuk semua jenis kulit. Hercalisya Jordan Mud Mask mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi terutamanya macronutrient seperti Kalsium, Bromine, Magnesium, Potassium, extrak patrolatum dan aloe vera dan ianya mempunyai hanya 15% sahaja kandungan garam (NaCI) berbanding (NaCI) di laut biasa dipenuhi dengan kandungan garam sebanyak  95%.


Kalau nak pakai mask ni kuncinya kenalah rajin je tak kira banyak mana manfaat dia kalau malas macam mana kulit nak maintain cantik kan so busy macam mana sekalipun aku akan peruntukan jugak masa untuk pakai mask seminggu sekali atau paling malas 2 minggu sekali walaupun kadang tu rasa rimas bila pakai especially jenis sheet mask yang bila pakai tu menitik air daripada ingredients dia haha sebab tu aku memang memilih bab bab jenis mask ni so mask yang betul betul aku suka ialah jenis yang peel off dan mask mud sebab nak bergerak pun senang dah tak perlu buat muka macam robot.ngehehe~ Gambar kat bawah ni nampak kan bila aku swatch pada tangan dia takde pun comot terus melekat je. Next entry aku akan demo macam mana aku pakai sebab tak sempat nak tunjuk dalam entry ni.


Jordan Mud Mask mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah mengatasi masalah jerawat, kulit berminyak, jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata dan ekzema yes masalah ekzema pun boleh dicegah dengan pemakaian Jordan Mud Mask secara konsisten. Aku rasa perkara yang paling kritikal yang takde pada produk lain tapi ada pada mask ni adalah ia mampu mengeluarkan toksin,lemak dan cecair terperangkap dalam kulit dengan merangsang peredaran darah dan membersihkan toksin keluar melalui liang roma so far belum pernah lagi aku dengar facial mask yang dapat keluarkan toksin lagi lagi dari permukaan kulit kalau keluarkan toksin secara detox tu kita dah biasa dengar kan.







Buat masa sekarang Jordan Mud Mask daripada Hercalisya menawarkan harga promosi iaitu

RM127

Dan sekarang ni mereka sedang mencari agen dropship so bagi sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang untuk menjana pendapatan sampingan.


Tak sabar aku nak share dengan korang testimoni aku menggunakan Jordan Mud Mask ni setelah hampir sebulan. Jangan lupa tunggu next entry ya. InshaAllah aku akan update dalam masa terdekat.


Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi talian yang tertera

  Whatsapp :011-12161109 / 012-5446221
Website:hercalisya.com

Thanks for reading
xoxo

04 November, 2015

Product Review: Hercalisya Jordan Mud Mask

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Sebelum ni aku pernah mention nak take off sekejap dari dunia blogging sebab agak busy dengan FYP tapi disebabkan aku ada berita baik untuk ladies kat luar sana so aku rasa excited nak tulis entry ni untuk korang walaupun submission aku bertimbun haha sebabnya aku rasa korang kena tahu apa yang aku nak share ni.hiks



Pernah tak dengar tentang laut mati yang terletak diantara Israel dan Jordan? Meh aku nak cerita sikit tentang Laut Mati ni.Untuk pengetahuan korang, laut mati di Jordan merupakan point paling terendah di dunia iaitu sejauh 411 meter dari paras laut yang mempunyai kandungan garam yang tertinggi di dunia. Tempat ini pernah diterbalikkan Allah sedalam 411 meter dari paras laut sewaktu kaum Nabi Luth kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis dan menolak ajaran Nabi Luth. Rasanya semua orang tahu tentang sejarah Islam ni kan tapi saja aku nak recap balik sebab cerita laut mati ni ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan.ngehe~.For those yang tak pandai berenang macam aku jangan risau kalau mandi kat laut mati ni confirm tak akan tenggelam.haha


Disebabkan kandungan garam yang terlalu tinggi tiada hidupan yang boleh hidup di laut ini.Kajian menunjukkan lumpur laut mati mempunyai khasiat yg tinggi untuk kesihatan dan kecantikan.Ia dapat membuang sel-sel kulit mati, melancarkan peredaran darah,membekalkan nutrien,memulihkan masalah kulit dan banyak lagi. Kebanyakan pelancong kalau korang tengok bila ke laut mati pasti dorang akan ambil peluang untuk melumurkan lumpur pada muka dan badan sebab dorang percaya dengan keajaibannya yang mampu memberi kebaikan dari sudut kesihatan.


Sekarang ni korang dah tak payah berhabis beribu duit untuk ke Jordan semata mata nak nikmati kehebatan lumpur laut mati ni sebabnya ada suatu produk terbaru di Malaysia yang mempunyai khasiat seperti yang kehendaki.Yes, Hercalisya Jordan Mud Mask merupakan produk berunsur mask yang pertama di Malaysia.Aku baru je cuba dan tak sabar nak share testimoni dengan korang.Untuk post kali ni aku cerita secara general je.Next entry aku akan cerita dengan lebih detail tentang cara penggunaan manfaat dan sebagainya so please stay tuned ya.


Thanks for reading my entry
xoxo

30 August, 2015

Sisterhood

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Yesterday we sent my sister off to KLIA who will be studying Bachelor Psychology Program in California USA.Alhamdulillah everything goes as planned.My mother and brother put a lot of effort sorting preparatory things for her while me only do the snooze.haha I don't want to write much let pictures do the talking because I still need to digest she is now far away from us.*emosi pulak* .


No no she's not travelling alone to San Fransisco but accompanied by other her MADPP friends. Anyhow, they will transit to Japan Osaka first before landing to US


Ready to weight to make sure the bags are not overweight if not we need to pay extra.heh


Busy girl


My dear sister, even we often quarrel like Tom and Jerry kakak loves you truckload and we are going to miss you! kakak believed you will be well adapted and treasured with a good environment.We always pray for it and lastly surely me and mama will be to USA upon your graduation day.That is my promise!

Thanks for reading
xoxo

15 August, 2015

5 Tips D.I.Y

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Aku merupakan seorang penggemar barangan D.I.Y sebab aku mempunyai jiwa yang sukakan kretiviti walaupun diri ini tiadalah sekreatif mana pun.Kedai fevret aku ialah Mr. DIY sebab ianya murah dan mempunyai pelbagai pilihan tak kira dari barangan hardware,barangan computer,pinggan mangguk mahupun alat tulis.Tiap kali melangkah ke kedai mahu kau berjam terperuk kat sana.Aku memang tak boleh tengok barang comel lagi murah geram tahu.


Aku tak tahu apa motif gambar chop stick ni makanya yang penting harganya cuma lima posen je giler kau tak murah.Lepas ni kalau tak reti makan pakai chop stick tak tahulah nak cakap apa.Terlari tajuk pulak cakap pasal chop stick kau dah kenapa.

#1. Compartment/Organizer


Baiklah back to the topic pada aku sangat penting untuk ada organizer untuk setiap barang keperluan macam kat atas ni adalah  ubat ubatan semuanya aku sumbat dalam satu bekas senang nak cari dan paling penting nampak kemas dan tersusun.handsock,makeup dan stationery juga aku sediakan organizers.Tolonglah jangan cakap korang suka letak barang bersepah aku sekeh baru tahu.


Segala alatan stationery aku letakkan dalam satu bekas.Sedap je mata memandang bila barang barang kecik macam ni tersusun.Bekas ni pun dibeli di kedai Mr.DIY tak cecah RM3 pun.

#2 Kotak/Bekas Terpakai



Aluminium box ni macam baru dibeli kan padahal aku main rembat dalam kabinet mak aku buat simpan segala khazanah washi tapes.Mak aku seorang yang sangat menghargai pemberian orang kadang tu kotak barang hadiah yang dah lama orang bagi mak aku boleh simpan sampai bertahun tahun.Aku selalu pelik kenapa mak suka simpan barang lama tapi akhirnya aku juga yang terkedek mencari kehulu dan kehilir apabila ingin menggunakannya.hahaha!


Yang ni pulak bekas kaca adik aku beli masa birthday aku bulan lepas so aku letak semua daily skincare dalam ni.Katanya dia tahu aku sukakan something yang simple dan lain daripada yang lain cenggini.Bijak betul adik aku dah tahu citarasa hakak dia yang penting wujud unsur pink disitu.keh

#3. Cara susunan


Percaya tak susunun memainkan peranan yang penting dan ianya sangat mempengaruhi mood aku. Bila tengok tempat bersepah rasa nak mencarut pada diri sendiri pasal apa malas sangat nak kemas hence aku akan make sure dressing table ni sentiasa kemas walaupun kedudukannya sentiasa bertukar selang seminggu akibat kerajinan yang melampaui batas.


Contoh aku letakkan satu bahagian nails department la konon tak bercampur dengan part yang lain dalam satu almari.

#4.Kreativiti

Aku hias kotak terpakai ni guna wallpaper sticker ye kawan kawan.Aku ternampak ada lebihan wallpapar dan kotak yang terpakai dalam drawer maka aku transformkan lalu menjadi kotak bagi menyimpan sticky notes yang bertimbun.Guys, it is all about a matter of creativity!



#5.Rajin


Sebenarnya kalau nak buat D.I.Y ni petuanya kenalah rajin kan nama lagi tujuan utamanya bagi menjimatkan kos.Banyak sangat video D.I.Y di youtube jadi silalah  merajinkan diri mencari idea yang bernas untuk menghasilkan pekerjaan D.I.Y yang ohsem ini.


Thanks for reading my entry
xoxo

02 August, 2015

Neesya Hydrating Serum Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

This is my last entry talking about Neesya Skincare so untuk kali ni aku nak review tentang Neesya Hydrating Serum. Pada aku pemakaian serum perlu diberi perhatian serius sebab ia merupakan salah satu sistem untuk melambatkan aging proses yang akan dilalui oleh semua orang.Aku tak la cakap tak nak langsung hadapi faktor penuaan tu tapi kalau boleh biarlah aging gracefully gitchew kan.Cakap macam nenek nenek sangat kan aku ni.haha takpelah at least kita kena bersedia untuk menghadapi the nature proses of the skin ni secara berhemah dan bijaksana.

Neesya Hydrating Serum (30 ml)
RM125

  
Kebanyakan diantara wanita akan menghadapi masalah penuaan kulit bermula pada awal usia 30-an (Harian Metro 26/5/2011) maka ramai yang ambil jalan pintas untuk suntuk kolagen la vitamin C la dan suntikan yang kita sendiri tak pasti risikonya so daripada nak ambil risiko yang mungkin akan membahayakan nyawa better guna jelah serum cuma perlu disapu pada bahagian luaran je.Setahu aku serum ni mempunyai molekul yang jauh lebih kecik berbanding cream atau moisturizer so memang pantas diserap kedalam kulit berbanding suntikan biasanya akan masuk kedalam saluran darah dan kemungkinan memberi kesan pada organ dalaman.


Neesya Hydrating Serum ni mempunyai tekstur yang lebih kurang sama dengan Illuminating Essence cumanya lebih cair sikit.Bahan utamanya ialah Aquacell yang penting untuk memberi kelembapan kulit dengan lebih sempurna.Bila aku swatch sekejap je dah kering dan dia punya soothing effect tu sama macam pakai Illuminating Essence jugak.Bila aku surf mostly kandungan bahan pun sama sebab tu lepas pakai je Neesya Illuminating Essence aku akan sapu Neesya Hyrating Serum sebelum tidur bagi menggandakan kuasa penyerapan kedalam kulit.


5 saat kemudian nah tengok bahagian yang aku bulatkan especially bahagian kanan cepat kan meresap.Mesti ada yang tertanya tanya apa beza Neesya Illuminating Essence dan Neesya Hydrating Serum walaupun ia mempunyai bahan actif yang sama? yang mana lagi penting kena ke pakai dua dua? Boleh tak kalau pakai salah satu je? Ceh macam tau tau je apa persoalan korang kan.


Kalau diikutkan Neesya Hydrating Serum ni mempunyai fungsi Intensive Hydation bagi sesiapa jenis yang mempunyai kulit kering aku sangat syorkan guna Hydarting Serum tapi macam aku walaupun kulit jenis combination skin+ oily still jugak guna both of those products kerana dengan pemakaian serum secara konsisten insyaAllah dapat juga mengurangkan kulit kusam dan tona kulit yang gelap sekaligus menghilangkan bintik bintik hitam.It is an added value if we purchase both.hehe

Tak semestinya kulit yang jenis oily tak tidak sesuai digunakan bahkan lagi elok sebab biasanya kulit jenis berminyak ni kalau bangun pagi pagi mesti rasa macam tak selesa kan tapi once malam hari pamper kulit dengan serum ni keesokan pagi tu bila bangun kulit kau akan rasa lembap semulajadi bukannya lembap minyak masak tu ye.

Nampak tak pelekat halogram silver pada penutup kat atas tu? Senang je kalau nak tahu sesuatu produk tu original dan selamat make sure dia ada pelekat ya.Walaupun Neesya Hydrating Serum ni cuma memiliki volume 30 ml tapi sangat sangat jimat tau sebab dah hampir dua bulan aku guna belum lagi sampai suku hokayy nak bawa kemana mana pun senang tak berat pun.


Untuk cara penggunaan biasanya aku letak 3 titik satu didahi, 2 dipipi dan urut kulit dari bawah menghala ke atas bukannya dari atas menghala ke bawah tak kiralah apa pun produk yang digunakan memang macam tu teknik dia.Aku pun baru tahu selama ni main tenyeh je kat muka.haha patut la orang lawa lawa dan awet muda ni teknik sapuan pun dorang ambil concern kan.

Neesya Hydrating Serum akan menunjukkan 35 % hasil kelembapan biasanya dalam masa dua mingu. Aku beri satu analogi kenapa pentingnya untuk kulit retain the moisture katakan kita ambil kertas dan soak kedalam bekas berisi air bila kertas berisi air tu dikeluarkan dan dibiarkan kering pada permukaan meja agak agak ada kesan kering tak pada kertas tu? mestilah ada kan macam tu jugalah fungsi pada manusia kertas tu ibarat kulit kita bila kita sentiasa balance dengan air dia akan regain the moisture tapi bila tidak mendapat air yang mencukupi maka ia akan menghasilkan kesan dan kesan tu adalah kedutan.Faham kan

Selepas 6 minggu


Alhamdulillah my skin getting better and better.To sum up, aku suka kesemualah Neesya Skincare ranges ni.Kalaulah diberi peluang untuk try kesemua set memang raya sampai tahun depanlah aku.haha


Sebarang maklumat sila layari


Thanks for reading
xoxo

26 July, 2015

Neesya Illuminating Essence Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi semua! I'm back home.Aku baru je sampai Melaka pagi semalam setelah hampir 10 hari beraya di Kelantan.Lama tuu serius nilah raya paling lama aku balik Kampung.Memang puas hatilah beraya kat kampung sendiri.Kalau aku rajin nanti aku update tentang raya ok! Hari ni aku nak cerita tentang Neesya Illuminating Essence.Dah sebulan lebih dah rasanya aku cuba produk ni dan aku ambil masa lama sikit untuk update blog sebab aku nak tengok sendiri effect dia dan berkongsi dengan korangss.

Neesya Illuminating Essence (60 ml)
RM129


Biasanya lepas aku cuci muka dan pakai toner setiap malam akan pakai Neesya Illuminating Essence ni.Tak tahulah dalam banyak banyak produk Neesya yang nilah paling menambat hati aku selain ia mempunyai packaging yang menarik.Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil lepas tu dia punya tekstur water-based macam SK-ii so sweet je pakai sebelum tidur walaupun dalam description kata kena pakai setiap pagi dan petang.Aku guna sekali sehari sebab sayang kot nak pakai banyak banyak.haha.


Apa yang aku boleh katakan Illuminating Essence ni mempunyai multi-functions tapi lebih kepada nak jadikan kulit lebih glowing.Sebelum ni kulit aku biasa je tapi lepas guna Neesya Illuminating Essence secara istiqamah selama lebih 4 minggu memang nampak perbezaan dia especially bila aku snap gambar raya compare dengan last year punya last year sebab sebelum ni guna produk pun main campur je.haha tahun ni baru ada kesedaran nak guna produk kena try satu satu dulu tak boleh harung semua jenis sekaligus lebih lebih lagi time raya ni siapa tak nak kulit cantik kan.


Illuminating Essence ni mempunyai empat fungsi utama iaitu Hydrating,Whitening,Radiance dan Renewal.Selain itu, ia menggunakan proses Biotechnology extract yeast protein,mineral diamond,mother pearl dan pelbagai lagi untuk menghasilkan kulit yang bebas daripada keletihan, tona kulit yang tak sekata, dehydrated dan paling penting seperti namanya illuminated ia akan menglowingkan kulit kita.


Salah satu faktor kenapa aku suka water-based essence ni sebab dia tak thick macam cream.Aku bukan penggemar cream muka so sapuan daripada Illuminating Essence sudah cukup bagiku.yehuu.


Nampak tak bila swatch terus bersinar kan.Hal ini kerana Neesya Illuminating Essence menggunakan teknologi untuk menghasilkan diamond-like-skin.Tapi janganlah pulak fikir dalam masa 24 Jam kulit  kulit boleh bertukar of course mana mana produk yang bagus akan mengambil sedikit masa untuk beri effect kan.


Lepas sapu kulit kau akan rasa tingling kerana kandungan Alpha Melight memberi sentuhan soothing disamping mengandungi melanin inbihition+ inflammatory effect.Susah sebenarnya aku nak explain haha rasa dia macam sejuk sejuk panas atau warmth tapi still manageable hokayy.


Untuk cara penggunaan follow je gambarajah di atas ya tapi aku biasa guna sekali sehari je waktu malam diikuti dengan serum Neesya sebab pagi aku prefer pakai foundation.Next entry aku update Neesya Night Serum pulak ok.


Antara kandungan aktif Neesya Illuminating Essence ialah Silver Vine Extract bertindak sebagai anti-protein oxidation.Pada kulit kita terdapat lapisan protein yang dipanggil stratum hence pada lapisan inilah struktur kulit diperbaiki untuk meningkatkan tahap metabolism supaya lebih energized.Selain itu,kandungan aquacell dan aquabiomin digunakan untuk menghasilkan kulit yang lebih lembap dan mengurangkan kedutan dalam masa 2 minggu sekaligus mennyerap pantas kedalam kulit hingga ke lapisan epidermis.

Selepas 4 Minggu
Raya 2015(1 Syawal)


Ramai tegur kata makin cantik like yeke ni? haha Aku bukannya artis weh soalan pun agak agaklah keke biasalah siapa siapa pun bila dah besar mesti dah pandai bergaya kan takdelah nampak serabai macam budak hingusan dulu kehkeh tapi rasalah kulit tu makin glowing lepas guna Neesya.ahaks nak jugak bagi tipsnya.puiih sikit tapi serius Neesya is one of my favourite products.Tak pandailah aku nak bagi gambar sebelum dan selepas rasa macam tak menjadi je nak cari angle yang sama pakai camera tapi serius memang rasa beza dulu kulit agak dull sekarang menyerlah sikit.hiks, terpuji diri pulak.kahkah


Rasa macam jimat dah aku guna tapi 1/4 daripada kuantiti telahpun habis digunakan haha mungkin time sapu tu shok sangat sampai lupa nak tuang tu jangan melebih sangat.lels

Sebarang maklumat sila layari


Thanks for reading
xoxo

08 July, 2015

Neesya Eye & Lip Makeup Remover Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni aku nak buat review lagi tentang Neesya.Lepas ni korang akan tengok update beberapa lagi produk Neesya so please jangan boring okey.Dari dulu lagi aku tercari cari makeup removal yang senang tanggal tapi pemilihan makeup remover ni tak semudah yang disangka.Ada dua jenis makeup remover yang dijual iaitu water based atau oil based.Neesya Eye & Lip Makeup Remover merupakan oil based makeup remover.Aku lebih prefer oil based makeup remover sebabnya dia lebih effective untuk menanggalkan makeup.Biasanya aku akan guna Silky Girl face water based makeup remover lepas tu barulah guna Neesya Eye & Lip makeup remover sebabnya Neesya Eye & Lip Makeup remover ni hanya specifik untuk bahagian sensitif seperti mata dan bibir saja tapi kadang kadang aku main redah gunakan untuk keseluruhan kulit muka.haha jangan tiru aku sebab takut effect tak sama dengan setiap orang tapi kulit aku still bearable.haha

Neesya Eye & Lip Makeup Remover
RM49


Guys, please don't ever go to sleep with the makeup on sebab makeup kan ada banyak bahan kimia bayangkan kalau tak tanggal betul betul liang pori mudah tersumbat dan boleh menjerumus kepada masalah kulit especially senang nak tumbuh jerawat.Kalau malas bak hang sekalipun jangan lupa untuk tanggalkan makeup benda lain tu macam moisturizer lupa pakai still boleh dimaafkan lagi hewhew.Sekadar bersihkan muka guna pencuci muka belum cukup untuk menanggalkan makeup sepenuhnya kalau perasan lepas cuci muka then pakai toner akan nampak kesan makeup kan tu maknanya sisa sisa makeup masih belum ditanggalkan so please jangan abaikan penggunaan makeup remover ya.


Kalau tengok pada botol Neesya Eye & Lip Makeup Remover ni mengandungi dua phase.First layer adalah oil sebab minyak kan less denser daripada air sesuai digunakan untuk menanggalkan waterproof makeup.Yelah sekarang ni  mostly makeup waterproof kalau berpeluh makeup tak senang cair dan tahan lebih lama even simbah berkilo kilo air pun makeup still tak hilang tapi when it comes to the part nak menanggalnya then it comes the effort with technique.ceit.haha tapi yang baiknya bila pakai Neesya Eye & Lip Makeup remover ni tak payah dah nak rub harshly kesian kulit tau just sapukan sikit je senang gila nak tanggal.


Tiap kali aku review mesti nak kena listkan apa ingredients dia.Dah jadi trademark dah haha so basically Neesya Eye & Makeup Remover diperbuat daripada Sunflower oil baik untuk melembapkan kulit,Pro Vitamin B,Vitamin E,A dan D.

Cara Penggunaan


Paling penting ialah untuk menggoncangkan terlebih dulu botol tu sehingga oil yang kaler biru dengan water betul betul sebati barulah ambil cotton and apply pada bahagian mata dan bibir je.Aku ulang elakkan sapu pada bahagian lain selain daripada dua bahagian ni.pH yang diformulasi mungkin berbeza untuk setiap bahagian kulit so untuk muka gunalah apa apa brand barulah cuci menggunakan Neesya Eye & Lip Makeup remover.

Aku dah test guna lipstick yang sangat pekat melikat pun boleh tanggal sekali sapu je tak perlu nak tuang banyak banyak.Sebelum ni punyalah payah giler nak tanggal waterproof lipstick rasa nak je sapu mulut kat dinding macam adik aku suka buat waktu dia kecik kecik dulu.haha Habis satu sudut dinding tu penuh dengan kesan sapuan lipstick dekat rumah sampaikan kena tutup dengan dinding besar.hak3 boleh buat bahan cerita balik dekat dia mesti gelak berbahak bahak.hahaha!


Memang rasa bersih sebersihnya lepas tanggalkan makeup pada bahagian mata ni.Beza makeup remover dengan pencuci biasa membersihkan pada permukaan je tapi makeup remover membersih hingga ke liang pori.Aku sebenarnya tak suka pakai eye shadow just kat sini pakai untuk demo je.Biasanya time raya or ada occasion penting je aku pakai sebabnya mesti takes time lama giler nak balancekan mata tu lagi lagi kalau buat effect smoky eyes.kah

To sums up makeup remover ni sangat penting untuk memastikan kulit betul betul bersih dan sihat so proses pembaharuan kulit boleh berjalan dengan lancar.Tak pakai makeup tak semestinya tak perlu guna tak kiralah pakai atau tak kena jugak bersihkan sebabnya setiap hari dimana pun kita kita mesti terdedah pada kotoran.Keluar je rumah nak beli bawang kat kedai runcit je pun kulit sure terdedah pada panas matahari,debu debu,asap,bacteria dan bermacam kotoran lain.heh penat aku membebel korang pun mesti dah bosan kan.hewhew

                                                      Untuk sebarang maklumat sila layari


Selamat Menjalani ibadah puasa
Thanks for reading
xoxo