16 January, 2015

Shower Gel paling wangi dan best:Cathy Choo 24-K Active Gold Fragrance Shower Gel

Assalamualaikum

Setiap orang mesti ada fevret perfumes, lotions, syampu dan juga shower gel kan. Untuk shower gel memang aku prefer something yang berbau wangi dan tahan lama.Yes,mesti nak kena wangi dan antara wangian kesukaan aku ialah ros,lavender dan lemon.Rasanya kalau shower gel yang jual kat hyper-market tu memang bau yang typical kan susah nak cari bau yang betul betul wangi luxury dan memberi khasiat yang terbaik pada kulit so aku mulalah mencari shower gel perfumes sebegini kat pasaran dengan harapan mampu membelai kulitku dengan aroma yang menyegarkan dan meninggalkan impak maksima pada si pemakai.Ayat aku dah macam nak feature dalam rancangan Nona pulak kan.ehem ehem kata nak memartabatkan Bahasa Melayu ke pentas Nusantara kan.geezz!


Sambil melayari internet layan cerita Bang Bang Hrithik Rosyan dengan Katrina Kapoor tuu tu pause kejap terpandang iklan tentang Shower Gel fragrance Cathy Choo ni.Mula mula tengok showel gel ni macam biasa je lepas tu bila baca je description dia eh tak boleh ni mesti nak kena ada jugak dalam collection toiletries dahku.haha.Apa yang trigger aku untuk try Cathy Choo ni sebab nama dia Cathy Choo 24-Active Gold Fragrance Shower Gel pun dah kebabom.Ni first time aku dengar shower gel yang diperbuat daripada ramuan gold ingatkan Safi Rania Gold je yang wujud.haha


24-K Active Gold Fragrance Shower Gel (330ml)

Kalau nak tahu produk ini telah diuji oleh FDA dan ISO 9002 .Fungsi utama 24k emas aktif aroma gel mandi ni ia mengandungi 99.9% bahan foil emas tulen yang diperbuat menggunakan konsep teknologi nano yang membolehkan ia diserap kedalam kulit dengan cepat dan pantas.Sekarang ni kita biasa dengar kaedah Nanotechnology digunakan dalam penghasilan produk kecantikan sebab ia menggunakan skala nanometers yang lebih kecil dari sel sebab tu ia boleh diserap oleh kulit sepenuhnya.Berpandukan hierarchy kat bawah ni mesti korang lagi faham apa yang aku cuba nak explain.Biasanya produk kecantikan dan kesihatan diperbuat daripada aktif nanostructure methods.


Unsur-unsur mineral semulajadi yang menembusi terus ke dalam kulit mampu mengaktifkan sel sel kulit,menjauhkan dari faktor penuaan,menggalakkan metabolisme sel dan menghalang penuaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Pada masa yang sama, produk ini mempunyai pelbagai minyak wangi tumbuhan yang boleh menyegarkan badan selepas mandi.Pada aku apa yang penting aroma dia yang berpanjangan akan membuat kulit menjadi sihat dan rasa macam pakai minyak wangi padahal pakai shower gel je pun tapi wangian dia memang superb luxury.

Testimoni Pengguna Cathy Choo 24-Active Gold Fragrance Showel Gel


Cathy Choo ni dirumus oleh 3 bahan utama iatitu Gold+Glutahione dan Placenta.Fungsi utama Glutathione adalah untuk mencerahkan kulit jika guna secara berterusan selama 18 hari insyaAllah kulit akan jadi lebih cerah manakala fungsi Placenta adalah untuk melembap,melicinkan kulit dan membantu peredaran darah dengan lebih baik.


Cathy Choo ni ada dua size iaitu (330 ml) dan (750 ml) tapi aku dapatkan yang 330 ml dari online shop.Biasanya kat instagram memang banyak dijual ada dengan set dia sekali so korang boleh borong kalau ada bajet lebih harga insyaAllah lagi murah.Cara penggunakan tersangatlah simple letakkan sejumlah Cathy Choo 24-K ni kat tangan kalau letak pada span is much better sebab span kan menghasilkan buih yang banyak ratakan selama beberapa minit bilas dan siap!


Sebarang pertanyaan boleh terus contact owner kat instagram.Dia ada jual macam macam lagi.Kalau korang peminat contact lens survey la kat online shop ni korang boleh dapat dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.


Instagram: @genielens

thanks for reading my entry
have a nice day
xoxo