14 January, 2015

KANA DNA Snail and Starfish overnight Turbo booster mask

Assalamualaikum

Nak dapatkan kulit glowing,lembap dan tanpa ada sebarang masalah bukannya semudah A,B,C tapi ada caranya.Nak cantik kena struggle jugak macam struggle nak ambil final exam haha okey tak lawak aku tahu tapi apa yang penting kena ada ilmu kan.Siapa kat sini memang malas gila nak pakai mask at least once a week ? Korang bukan keseorangan tau aku pun malas jugak kadang kadang tu sampai 2 minggu sekali baru nak pakai tapi kan dengan KANA mask ni dah tak payah nak malas malas lagi dah sebab ia merupakan mask yang boleh dipakai overnight bukannya tunggu 20-30 minit baru nak kena buka so dia punya penyerapan pun lebih pantas ke dalam kulit untuk menghapuskan segala datuk nenek jerawat dan menghasilkan kulit yang lembut,licin dan flawless.


Samples KANA D-NA SNAIL& STARFISH Ovenight Turbo booster mask

Kana mask (washed off sleeping mask) ni mempunyai kuasa 3R iaitu Restore,Restructure & Repair kulit kita secara mendalam kerana ia menggunakan teknologi terbaru dari Jepun. Sewaktu kita tidur kulit kita akan bekerja untuk memperbaiki sel sel dan waktu ni adalah waktu yang terbaik untuk kita rawat kulit menggunakan mask untuk maintain the basal of the body optimum at the level.


KANA mask dirumus khas oleh bahan bahan yang terpilih antaranya ialah Tranexamic Acid yang bertindak untuk untuk menghapuskan pigmentasi dan mencerahkan kulit selain dihasilkan sesuai dengan semua jenis kulit dan seperti yang diketahui DNA daripada SNAIL ni mengandungi hyaluronic acid dimana ia mampu melembabkan kulit secara menyeluruh.Ni nak habaq tak payah la nak geli dengan product cosmetic yang diextract dari binatang ya sebabnya hampir 90% produk kecantikan di pasaran yang korang guna tu memang menggunakan based dari Haiwan especially serum sebab kitorang pun dah pernah guna serum dari lembu sebagai nutrients yang terbaik waktu lab  Animal Cell and Tissue Culture last sem tapi memang tak samalah dengan beauty products sebab dia melalui proses pembersihan secara menyeluruh baru boleh dapat certificate dan diyakini selamat digunakan.


Kebaikan KANA mask ni aku copy paste je cari dekat google

KANA D-NA Snail & Starfish Overnight Turbo Booster Mask Benefits: 
Reduce wrinkle.
Reduce acne redness
Reduces the appearance of dark spots, age spots, signs of sun damage, and po
st-acne marks.
Helps brighten & even out skin tone and promotes long-term radiance revealing a more radiant glow
Moisturizes the Skin, Reduces the Fine Lines and Wrinkles.



Kalau nak tahu tentang cara pemakaian dia ikuti je langkah langkah pada gambar kat atas. Sapu secara perlahan pada keseluruhan muka dengan ketebalan yang sederhana lepas cuci muka dan boleh tidur dengan senang hatinya.Keesokan pagi boleh basuh muka macam biasalah dan bersedialah menikmati kulit yang gebus ya.hehe.Oh ya sebelum aku lupa mask ni dia akan absorb dengan cepat tau masa kita tidur tu so tak perlu risau takut tercolet kat bantal ke selimut ke sebab dia memang moisture-free.Untuk hasil yang terbaik disyorkan guna seminggu dua kali tapi kalau nak guna hari hari pun lagi bagus sebenarnya :)


Sejujurnya aku memang suka dengan mask ni lagipun bau dia memang wangi.Kulit yang sebelum ni dull pun nampak lebih bertenaga. Parut jerawat pun makin kurang dan kulit rasa hydrated sebab aku jenis yang memang malas nak minum air so kadang kadang kulit nampak tak bermaya tapi sekarang dah makin ceria! yihaha


For those yang interested nak dapatkan full mask dari KANA ni bolehlah ke alamat yang tertera seperti dibawah dan nikmatilah saat kesegaran yang tak terhinggaaa.Sekarang pun dah ramai blogger popular yang try KANA mask ni tau so cepat cepat dapatkan stok untuk korang jugak.


Cakk! saja je aku ambil gambar tempat cerah supaya korang boleh zoom tengok gambar aku dengan lebih jelas lepas pakai KANA mask ni.Okeylah tak nak buang masa so silalah layari alamat yang tertera untuk keterangan lanjut ye.

Line/wechat: huhuhpama
Whatsapp : 012 - 5253626
E-mail : kanamaskmalaysia@gmail.com
Instagram : kanamaskmalaysia

thanks for reading my entry
xoxo