20 January, 2015

Mana nak cari tudung bawal bidang 60 yang murah?

Assalamualaikum

Boleh dikatakan hampir 80% aku beli barang melalui online tak kiralah baju ke atau tudung sebab mudah dan senang.Boleh shopping sambil baring baring atas kerusi tengok tv siap minum kopi lagi kalau ada je yang berkenan terus boleh order.Kalau pergi shopping mall kena siap siap pakai baju pin tudung belum lagi kira dengan jam lepas tu nak cari tempat parking lagi kan dah la aku ni takde lesen kereta jadi setiap kali nak keluar kena buat muka manja dengan mak dengan abang suruh drive kalau tak memang merajuk la aku.huahaha


Sekarang ni online shoppping tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ceh dah macam takde peribahasa lain kan. Kadang kadang memang pening nak pilih online shop mana sebab tu sebelum beli apa apa barang aku akan compare harga kadang kadang nak beli tudung je pun sampai 10 kedai aku cari dan fevret online shop aku mestilah melalui instagram sebab senang nak order thru whatsapp orang reply lagi cepat daripada beli melalui website.


Kalau kita rajin compare harga memang kita boleh dapat barang dengan kualiti yang sama tapi dijual dengan harga yang lebih murah terutamanya tudung.Sebelum adik aku masuk preparation studies A level kat Ledang tu hari dia suruh aku tolong carikan tudung bawal bidang 60 katanya tak sempat nak beli kat kedai al maklumlah dah offer letter dia dapat seminggu sebelum masuk ke Kolej memang kelam kabut jugaklah dia nak settle borang pengajian dia lagi maka si hakak nilah yang kena carikan tudung untuk dia so apa lagi dengan gigihnya aku scroll instagram cari tudung bawal bidang 60 dan kebanyakannya berharga RM19 tapi disebabkan aku nak beli dengan kuantiti yang banyak mestilah nak cari dengan harga yang lebih murah kan kata nak jadi pengguna bijak.


Cari punya cari baru tahu @mzkcollection ada menjual tudung bawal bidang 60 dengan harga yang rendah.Kalau beli borong lagilah murah.Dah la tudung bawal dia tak jarang kain pun tak kasar memang berbaloi la kalau nak beli.Aku pun dah mula terfikir nak pakai tudung bawal bidang 60 sebab sekarang ni pun biasa turn on off kejap tudung labuh masa kat rumah tapi masa pergi kuliah pakai tudung bawal yang 5 hengget tu.Kununnya nak berhijrah dengan slow and steady tapi sekarang ni dah masuk tahun 2015 tak kan nak stagnant je mesti kena ada perubahan imej yang lebih positif yang penting segala perubahan adalah lillahita’ala.InshaAllah


@mzkcollection bukan hanya menjual tudung bawal bidang 60 je tapi bidang 55 pun ada.Kalau beli borong boleh dapat sehingga RM11 tau.Murah giler kan dan setiap pembelian tudung RM1 akan didermakan kepada mangsa banjir.Sambil membeli sambil beramal dah berapa banyak pahala yang kita dapat kan.Apa yang paling best order sehari selepas tu dah terima parcel walaupun jaraknya antara Kelantan dan Melaka.wallah

Untuk sebarang info atau keterangan lanjut sila layari instagram @mzkcollection atau whatsapp pada no berikut 011 2262 3039

Thanks for reading
xoxo