15 January, 2015

Naturactor Foundation Meiko Original from Japan

Assalamualaikum

Aku rasa kan aku kena ubah belog ni dari semi-personal blog kepada beauty blog sebab banyak benau cerita pasal beautynya.Yelah perempuan dan kecantikan mana boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu kau dah kenapa kan.haha.Sebenarnya sejak kecik lagi weh aku memang minat main main mekap ni bayangkan time aku darjah enam dah pandai mekap time raya jangan cakaplah memang betul betul mekap badut pon kalah dengan aku tapi time tu mana tahu lagi apa istilah foundation just pakai bedak je tak tahu pun sebelum pakai bedak kena pakai foundation dulu baru nampak tantekkk.


Ni aku nak cerita sikit bab foundation.Siapa kat sini memang tiap kali keluar je mesti nak kena pakai foundation.Yes, kekalkan prestasi anda sebab memakai foundation sebagai make-up based sangat penting untuk menutup cela,parut jerawat dan noda hitam pada wajah especially time ada event hatta keluar rumah sekalipun.Tak semua orang dilahirkan mempunyai wajah yang suci mulus kan tapi kita ada hak untuk cantik sebab hak untuk kelihatan cantik adalah hak kita! hahaha eh ayat curi tagline Milo pulak kan.Over kau jah


Memperkenalkan Naturactor Meiko made in Japan merupakan sejenis foundation yang diektrak dari bunga Sakura (tumbuhan organik) tanpa bahan kimia yang berbahaya bahkan boleh memberi kebaikan pada kulit.Orang Jepun suka keringkan bunga sakura dan diminum bersama teh sebab dia ada countless of benefits. Naturactor ni ada dua jenis tau satu diperbuat dari Jepun lagi satu diperbuat dari China.Setahu aku kalau nak yakin benar benar original pilihlah yang dari Jepun macam yang aku pakai ni kalau China ni aku doubt sikit al maklumlah kan barang dari China. Aku tak bermaksud nak memperlekehkan produk dari China tapi kita semua tahu kualiti produk dia macam mana kan.


KELEBIHAN NATURACTOR Meiko 

- Anti kilauan / tidak berminyak

-100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam

- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation

- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi

- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit

- Long lasting & tahan sehingga 12 jam

- Tidak menutup pori-pori



Seperti yang diketahui fungsi foundation bukannya untuk jadikan kulit kita flawless tapi lebih kepada nak meratakan tona kulit kita dan dan dan yang paling penting ialah kita kena tahu pilih foundation yang sesuai dengan kulit kalau tak memang nampak pelik sebab warna tangan lagi gelap dari muka.Macam aku ni kulit hitam manis so aku pilih code 151 macam yang Neelofa pakai walaupun kulit aku takdelah macam Neelofa tapi sekurang kurangnya agaklah warna foundation tu satu tona lebih cerah dari kulit kita.


KANDUNGAN UTAMA NATURACTOR Meiko COVER CREAM

Jojoba Oil - Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap jadi dengan adanya kandungan ni ianya mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

Rice (Beras) - Naturactor meiko diperbuat daripada rice based powder untuk menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, dan menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

Vitamin E - Meningkatkan metabolisme kulit dan sistem imun tubuh

Seeloknya cara nak guna foundation ni sapukan menggunakan span yang lembap atau berus mekap khas untuk apply foundation dan setelah rata baru sapukan lose powder.


Naturactor Meiko Original dari Jepun ni ada 5 kaler je ye dengan code yang tertera kat atas kalau banyak sangat code tu memang dari China.Senang je nak kenalpasti just tengok melalui dari bentuk dia kita dah tahu.Kalau yang dari Jepun dia ada tulis perkataan naturactor pada penutup dan agak leper manakala dari China tulisan dia tulis kat atas penutup tu dalam bahasa China dan penutup dia berbentuk bulat macam kat gambar di bawah ni aku cari dekat google.


Kat bawah ni antara code yang available sesuai dengan jenis kulit.


Kalau beli mesti tak nak kena tipu kan so better check sama ada Naturactor tu tiruan atau yang Original so antara ciri ciri Naturactor tiruan ada seperti berikut

CIRI CIRI NATURACTOR MEIKO TIRUAN

1. Berminyak dan bila pakai nampak berminyak sangat.

2. Bila Apply banyak kali pun tidak akan menutup cela atau parut

3. Teksturnya sangat lembik tidak padat.

4. Disertakan dalam kotak kecik.

5. Harga lebih murah berbanding yang ori.

Rasanya dah banyak kan info yang aku bagi.Lagi satu untuk Naturactor Meiko ni tahan sampai 6 bulan ke setahun masyaAllah jimat sangat berbanding foundation lain kan.Harga dia pula memang sangat berpatutan aku cakap.Dalam banyak banyak foundation yang aku guna yang ni paling best yang aku pernah cuba. Nora bagi 5 bintang !! kalau boleh memang nak bagi 7 bintang haha serius tak tipu pakai mekap tipis pun nampak natural je muka tak berminyak langsung lepas ni kalau nak kawen pun aku nak syorkan mekap artis pakaikan foundation ni dulu sebab aku suka ciri ciri foundation ni yang mempunyai kelebihan 3 dalam satu iaitu sebagai bedak asas,pelembap dan sunblock.

Eh rasa macam banyak kali ambil background yang sama haha baiklah lepas ni kita buat photo-shot outdoor pulak okey.Ni muka aku lepas pakai Naturactor Meiko tak perlu dah nak mekap tebal tebal.

Mana nak cari Naturactor Foundation Meiko ni? Jangan risau wahai gadis gadis manis sekalian contact je sis kita ni through whatsapp dia sekejap je dia reply atau nak tahu more info terus je ke laman ig berikut

SMS/WhatssApp : +600132527619

Thanks for reading my entry
xoxo