16 February, 2015

10 Make-up Basic & amp, Lipstick

Assalamualaikum


Tahun baru hari tu aku ganti semua make-up dengan yang baru sebab biasanya make-up macam lipstick,foundation atau eye shadow mostly mampu bertahan selama setahun ke dua tahun je.Dulu lipstick tahun 2011 pun aku simpan sebab sayang nak buang.kahkah tapi entah dimana semangatnya tengok orang lain semua ada make-up baru pastu dah ada kesedaran sikit tentang bahayanya pakai make-up yang dah tamat tempoh ni maka aku terus buang je make-up yang dah lama tuu.

Aku bukannya jenis yang suka mengumpul macam macam jenis make-up dalam pouch.Cukup yang asas je dah memadai yang penting make-up simple dan tak over sekadar nak enhance kulit je bukan nak ubah diri jadi Kim Kardashian so aku senaraikan 10 jenis benda yang ada dalam pouch make-up.

1.Naturactor Meiko Foundation
2.Maybelline compact powder
3.Kiss Proof lipstick
4.MN long lasting lipstick
5.Compact puff/spounge blender
6.eye shadow dark tone
7.blusher pink/peach
8.Nivea Lip Balm fruity Shine
9.NYX soft lip Matte Cream antwerp
10.Vitamin E for lips

Dalam banyak banyak yang aku senarai rasanya semua penting especially compact puff ni memang penting kalau nak sapu foundation kasi balance.Kalau pakai tangan memang ambil masa sikit nak ratakan tapi kalau pakai compact puff ni kejap je dah rata.Aku beli 5 hengget kat shopping mall.Kalau beli online mahal sikit RM10 tak silap.


Dalam banyak banyak lipstick antara fevret aku of course lah NYX soft lip matte cream.Kalau macam aku memang tak sesuai pakai lipstick yang ada effect shimmery just yang cream macam NYX je yang sesuai sebab dia tak menonjol sangat pastu makan gelojoh pun tak hilang tekstur dia.Kalau boleh sekodi aku nak borong tapi aku kan student so duit tu takdelah banyak sangat so beli sikit sikit je dulu.Memang agak susah nak cari yang original kat online shop tapi aku dapatkan yang ori RM29 je tau setelah bersusah payah geladah online shopping yang jual NYX original dengan harga yang berpatutan.

sumber:google

Kalau yang rasa nak bajet dan jimat tapi nak ada effect macam NYX MN long lasting lipstick penyelesaiannya.Harga RM10 je tapi lebih kurang sama macam NYX bahkan lebih tahan lama sampai berjam jam kalau nak tanggal tu memang ambil masa sikit.Minum air ke makan ke memang tak akan hilang.Dia akan rasa macam pakai cat bila pakai tu.haha

sumber:google

sumber:google


Cantik kan kaler kaler dia so akhir sekali kiss proof pakai macam pensil je.Pada aku untuk kiss proof aku lebih prefer warna pastel sebab bila pakai nampak natural.Kiss Proof ni kalau nak dibandingkan dengan MN long lasting tekstur dia agak kering sikit so kalau bibir yang jenis kering tu memang akan nampak merekah sikit kalau tak jaga dan pakai betul betul but overall suka still suka Kiss Proof ni.

sumber:google

harga:RM8 je


sumber:google

Rasanya tu je kot yang aku nak share yang lain macam eye shadow aku tak berapa nak pakai sangat just kalau ada occasion yang tertentu macam raya ke baru aku pakai.Yang penting eye shadow atau blusher tu tak shinny shinny sebab aku memang tak suka nak vibes sangat dan lebih prefer dark kaler untuk eye shadow sebab kalau kita tahu blend instead of smoking eyes boleh juga buat jadi effect usual tak terlalu exceptional.

thanks for reading
xoxo
Post a Comment