07 February, 2015

Pilihan masker muka: Oriderm Malaysia

Assalamualaikum

Aku dah pernah cuba bermacam jenis masker yang ada di pasaran tapi setiap ciri masker yang dijual biasanya mempunyai fungsi yang berlainan jadi kena observed dulu kulit baru boleh cari masker apa yang sesuai.Macam kulit aku jenis yang berminyak seeloknya kena elak penggunaan moisturizing masker dengan terlalu kerap sebab moisturizing masker lebih sesuai untuk orang yang mempunyai kulit kering tapi kadang kadang tu aku pakai je.lolz.

Aku tengok ramai yang visit post Tips Pemilihan Masker Muka yang aku pernah tulis dulu padahal saja je buat bodo bodo tapi harapnya this time aku boleh share pemilihan masker dengan lebih berhemah dan bertamadun bagi yang mencari masker apa yang terbaikkk!


Dalam banyak banyak masker aku boleh cakap peel off mask yang paling menambat hati aku sebabnya ia didatangkan dalam bentuk mudah tanggal (peel off).Aku difahamkan masker sebegini mampu membantu memperbaiki peredaran darah pada permukaan kulit dan menggiat proses membaik pulih kulit dan dan paling penting sesuai untuk semua jenis kulit,Dah tak yah risau kulit combination ke,oily ke atau kulit kering semua boleh pakai sebab tu aku pilih Oriderm Clear Bamboo Mask sebab ia mempunyai peranan membersih kulit secara mendalam,Dulu pun aku pernah share post tentang Oriderm kan so kali ni kita pergi lebih detail sikit nak cerita pasal masker muka dia yang memang deabak ni!


Bahannya simple je make sure kena ada mangkuk,sudu dan juga Oriderm Clear Bamboo Mask

Penggunaan Oriderm Clear Bambo Mask

1.Asingkan vitamin (warna merah) dengan mask
2.Tuangkan mask separuh sahaja ke dalam mangkuk.Selebihnya boleh simpan untuk malam
3.Masukkan vitamin/thickener (warna merah) separuh sahaja ke dalam mangkuk berisi mask 
4.Kacau mask bersama dengan vitamin sehingga sebati
5.sapukan keseluruhan vitamin pada muka

p/s:Make sure time sapu pada muka tu jangan nak berlengah ya sebab vitamin tu akan cepat mengeras kalau tak sapuan dia jadi tak cantik.


Oriderm Clear Bamboo Mask ni sama je seperti pakai peel off mask yang lain macam sheseido dan charcoal mask.Aku ambil masa kot nak pakai mask ni kasi terletak cantik je kalau tak sebelum ni memang comot gila aku pakai.haha.Lepas pakai mask ni akan nampak segala black/white head akan keluar.Gelinya tsk tsk rasanya kat area hidunglah paling banyak tapak pembinaan white/black head ni

[IMG_1803.JPG]

Kalau siapa pernah pakai peel off mask pernah tak rasa macam susah gila nak cabut? kalau pernah maknanya pakai dah lebih had masa.Mask paling sesuai pakai untuk 30 minit je ya tak payah la nak mengada pakai hingga 4 5 jam konon rasa kulit menyerap lagi lama lagi bagus.haha.Rasa macam aku je tu.Lepas pakai mask ni liang roma pun rasa lebih kecil memang beza sebelum dan selepas pakai kalau sebelum kulit rasa macam kasar je.Peel off mask macam Clear Bamboo ni jugak mempunyai kuasa hyperpigmentasi bagi membantu menghalang kerosakan kulit akibat dari cahaya matahari urm rasanya part ni yang paling penting kalau kulit dah rosak kat celah mana lagi nak ganti kulit baru kan.


Oriderm Malaysia ni bukan je ada skincare dengan mask tapi ada menawarkan perkhidmatan detox toxin facial tau.Kulit kita kan dah banyak terdedah pada produk jadi chemical tu still ada terkumpul pada lapisan dalam kulit jadi detox facial ni akan buang segala kotoran yang terkumpul untuk menjadikan kulit lebih cerah dan bersih.Spa Oriderm baru dibuka di Bandar Puteri Puchong so let's figure out our fine time and dates with the detox toxin facial!

Kalau interest nak tahu details produk ni boleh terus call talian 0164224439 atau terus direct link kat bawah ni ya.Next entry nak cerita tentang kiwi mask pulak.Stay tune!
Instagram: @Oriderm_Malaysia
Facebook: Oriderm Malaysia

Thanks for reading and have a nice day
till then
toodles!