16 March, 2015

Perubahan

Assalamualaikum

Hari hari memang aku akan monitor overview blog aku dekat dashboard lepas tu barulah aku akan baca updated blog lain yang appear kat timeline blog aku ni.Bila fikir balik hobi yang tak membina apakah yang sedang kutanam ini?haha mungkin sebab aku gemar nak tahu topik apa yang orang suka baca kat blog aku yang tak seberapa ni.Malangnya ramai yang google resipi weh dahla dalam senarai list resipi tu ada 3 je.hahaha aku macam oemjeeee post yang aku tulis penuh dengan idea typikal dan run-of-the-mill  tulah orang nak baca.Anyway apa aku heran kan.gahaha

Semakin hari aku semakin sedar betapa pentingnya untuk menghargai orang disekeliling termasuklah family,mak ayah,adik beradik dan kawan baik dan bersyukur kita masih lagi mempunyai mereka untuk terus rasa disayangi dan menyayangi.Dulu ya aku mungkin seorang yang agak mementingkan diri sendiri.Selalu pertikaikan kenapa aku tak dapat itu kenapa aku tak dapat ini, kenapa kalau kita buat baik dekat orang tapi orang baling taik kat kita tapi semakin lama aku sedar perlu ke kita nak mempersoalkan benda yang kita tak dapat dan musibah yang allah uji sedang banyak lagi nikmat yang allah bagi kan.

Dulu bila tengok orang pakai baju cantik cantik,branded nak jugak ada koleksi baju penuh almari macam kaler luna.Tengok orang makan kat restoren yang luxurious nak jugak merasa macam dorang.Tengok orang pergi melancong tempat best best nak jugak pergi melancong tapi yang herannya beli benda keduniaan beratus ratus tak jadi masalah tapi nak derma sehengget dua fikir 134x padahal allah dah bagitau semakin banyak kita menderma maka kita jadi semakin kaya (point untuk diri sendiri) and at one point aku realize semua benda tu tak beri ketenangan pun pada hati kalau hari hari nak compare hidup kita macam orang lain.Instead of fikir apa yang aku ada dan boleh tunjukkan pada orang better fikir apa yang aku ada dan boleh berikan pada orang.


Seriously aku memang tak faham dengan orang yang hipster dah tu reti menghabiskan duit mak bapak je beli baju memahal kasut and handbag memahal like hello student mampu ke beli semua tu?hahaha ayat aku memang selalu tak puas hati.Tapi pada aku to be honest kalau berkemampuan dan semua yang kau beli tu hasil titik peluh usaha sendiri takpe takde masalah hatta nak beli barang satu kedai sekalipun tapi kalau mak ayah kerja pun cukup cukup nak sara keluarga je tak payah la nak demand sangat macam anak orang kaya sebab aku rasa macam nak muntah.Kata kata ni tak tujukan pada sesiapa ye tapi kalau siapa rasa cili memang dia rasa pedaslah.kah

Aku bukannya nak kata diri ni tawadduq baik sangat tapi aku memang tak kesah kalau pergi kelas pakai baju yang dirotate dari sem satu sampai sem enam sekalipun dan pakai tudung bawal 5 hengget tu.Dah tak kesah apa orang nak kata tahun ketiga pun pergi kelas jalan kaki dari kolej ke fakulti sedang orang lain berduyun duyun bawak kereta besar besar pulak tu.Memang sedih jika keluarga kita berkemampuan tapi sebagai seorang anak kau tak dapat nak rasai kemewahan yang ada pada family kau sendiri tapi aku ingat satu je kalau kita dibesarkan tanpa disogokkan dengan kemewahan,kita akan membesar menjadi seorang anak yang berdikari dan tahu untuk menghargai sebuah pemberian.

Lagi satu pada aku cukuplah ada 2 3 orang kawan tapi kehadiran dia dapat mengingatkan kita pada pencipta.Tak perlulah nak bangga ada ramai teman atau kenalan at the end orang tu bagi masalah pada kau sebab aku tengok ramai gak jenis manusia yang rasa diri macam glamer bila dikenali ramai dan pandang kami orang yang tak berapa nak ada kawan ni macam loser.We aren't a loser but we hate to be friend with foolish people and we are not anti-social but we selectively made friend with people.Mungkin kata kata aku ni mewakili orang yang dilihat anti-social tapi pada hakikatnya kami bukan seperti yang mereka sangka.haha


Cukuplah berhenti kat sini kang nanti macam macam topik pulak aku cerita yang tak berkait.

Thanks for reading
xoxo
Post a Comment