04 April, 2015

Demam Telenovela

Assalamualaikum

Dulu waktu awal tahun 2000 femes cerita kat TV tayang drama telenovela dari Mexico.Time tu tak silap umur aku baru darjah satu atau dua tapi dah pandai tengok telenovela uolls.hewhew.First cerita Mexico La Usurpadora tayang kat nTV7 tahun 2001 masa tu kan baru lagi nTV7 bila bertambah siaran baru kat tv selepas tv 1,2 dan 3 dah rasa seronok sangat dah sebab time tu mana ada lagi astro.TV 8 dan 9 pun takde lagi.

Aku selalu tengok mak aku layan telenovela setiap petang apa lagi joinlah sekaki tapi ayah aku cukup marah kalau tengok drama ni maklumlah kecik lagi time tu takut kitaorang ni terpengaruh la kunun.haha.tapi aku selalu je curi curi tengok kalau ayah aku keluar rasa macam heaven gila sebab boleh layan telenovela.Kalau dia balik aku buat buat jela tidur tak pun tengok kat rumah sepupu aku sebelah rumah je pun.

Kalau ayah dapat tahu memang meletuslah perang dunia ketiga sebab dia cukup control kitorang ni dari tengok cite yang tak berpekdah.Aku peduli apa pandai pandai la reka cerita buat alasan tak pun diamkan diri bila ayah bebel.haha tapi bukan yang tu nak cerita sebab lebih 10 tahun dah berlalu dan sekarang ni dah dewasa *eh yeke* so freelah nak tengok cerita apa pun mak ayah susah dah nak control anak anak di zaman teknologi yang serba canggih ni melainkan diri kita sendiri kena tahu filter cerita hak jenis yang apa yang patut nengok dan tak patut nengok kan.

Aku selalu ponteng kelas Fardu Ain setiap minggu sebab ketaksuban melayan telenovela Mexico ni yang selalu ditayangkan pukul 2-3 petang.demm haha.Lepas tu aku siap ada satu buku khas translation bahasa Spain-Melayu konon suatu hari nanti nak pergi Mexico jadi pelakon sebab tu kena fasih bahasa latin.hahaha nampak tak betapa tingginya imaginasi waktu kanak kanak dulu.

Dulu pergi mana mana semua orang asyik bercerita pasal telenovela especially Rosalinda tu memang tak payah cakap la shopping pon lengang, mak anak sanggup bergaduh berebut channel TV sebabnya mak nak tengok Rosalinda anak nak tengok karton.Kalau boleh satu episod pun tak nak terlepas bukan macam astro terlepas satu episod 14 ribu kali boleh tengok siaran ulangan.Aku membesar dengan drama ni dari darjah satu sampailah late 2006 tak silap TV dah mula stop dah cerita Mexico ni dan mula import drama dari seberang yang pada aku ntahpape dia punya storyline tak best langsung.kah

Sekarang ni aku ada habit baru iaitu setiap petang aku suka tengok drama La Usurpadora lakonan Gabriela Spanic dan Fernando Colunga kat youtube yang aku pernah tengok masa kecik dulu.Drama ni box office kalah cerita hollywood tau dan diexport ke lebih 100 buah negara.Translation takde pun kat youtube tapi buat buat faham jelah sebab aku suka tengok hero dan heroin dia yang lawa gila and plot cerita yang rare tentang adik beradik kembar.

Jenuh aku cari english subtitles tak jumpa jumpa.Ingatkan aku sorang je yang cari rupanya ramai lagi yang tercari cari english subtitlesnya pada tahun 2015 ni walaupun ceritanya dah classic.Nampak tak kerelevenan drama Mexico ni walaupun hampir 20 tahun pun orang masih nak tengok.Pada aku cerita sekarang tak kisahlah negara apa sekalipun tak boleh lawan zaman 90'an dulu sebab dia ada sentimental value, sarat dengan nilai pengajaran dan takde babak yang berlebihan.Ni pada akulah pada tanggapan orang lain tak tahulah macam mana.



p/s:habit sekarang tengok balik drama classic mexico..layan lagu mexico
haha

Thanks for reading
xoxo
Post a Comment