16 April, 2015

Minuman Collagen untuk kurus dan cantikkan badan

Assalamualaikum

Siapa kat sini peminat kopi angkat tangan sikit kita satu geng!.haha.Aku memang boleh dikatakan addicted dengan kopi atau Nescafee ni sebabnya aku jenis yang cepat letih especially kalau ada kelas schedule yang tight sangat contoh balik pukul 5 6 petang lepas lab tu memang sentiasa terbongkang la aku tidur disebabkan kepenatan.Selain tu kalau dekat nak exam lagilah diperlukan Nescafee ni. Pendek kata memang wajib ada lah dalam drawer asrama aku hatta dekat rumah ni berlonggok longgok dalam kabinet kau pilihlah perisa yang macam mana creamy ke,pahit ke,yang ada cinnamon ke semua jenis ada.haha


Kita sering disogokkan dengan negative side of drinking cofee kan padahal banyak je kelebihan minum kopi ni.Pada aku tak rasa pun minum kopi ni tak elok cuma akan rasa dehydrated jelah so biasanya aku akan minum air kosong banyak banyak bagi menghilangkan haus lepas minum kopi tu.Lainlah kalau minum sampai 7 8 cawan sehari memang sengaja kau tak nak tidur semalaman kan nak kena insomnia ke apa.ihik dan lain lain masalah kesihatan akan menjelma la kalau dah terlampau addicted dengan kopi.Sederhana cukuplah sekadar nak menghilangkan rasa mengantuk tuu.


Bercerita tentang kopi ni kan pernah tak korang dengar kopi untuk kuruskan badan? macam pelik je kan bunyi dia ada ke kopi untuk langsing? Percayalah kawan kawan dunia sekarang makin maju jangan hidup dalam kepompong sendiri hingga tak tahu sekarang ni dah ada kopi yang berganda ganda manfaat dalam satu hatta kopi dalam bentuk collagen pun hado.hewhew.

Pergi mana mana sekarang semua orang asyik cerita pasal collagen kan.kalau dalam Wanita Hari Ini segmen iklan selalu tengok dorang asyik sembang tentang collagen drink sampai naik bosan dah.hahaPenting sangatkah collagen ni? yes sangat penting prinsipnya senang setiap manusia mempunyai collagen semuajadi tapi semakin lama collagen ni semakin berkurang.Semakin kurang collagen maka semakin cepat dimamah usia.Korang ingat hypothesis ni pun dah cukup sebenarnya tapi kalau nak tahu lebih detail rajin rajinkanlah diri scroll kat arkib blog aku ni sebab aku pernah cerita panjang lebar tentang kepentingan collagen ni :)


Oriya Cafelicious Collagen (Kolagen Premium) 15 sachet x 20 g
Adunan formula kulit wajah anjal remaja dan bebas masalah
Aku akan ceritakan satu persatu supaya senang orang faham okey.Aku bertuah sebab diberi peluang untuk cuba dua set Oriya Cafelicious Collagen dan Slims ni.Sebelum ni kalau yang perasan la aku pernah tulis 2 kali entry berkaitan dengan produk daripada Oriderm Malaysia sebab aku rasa produk dia memang bagus dan sesuai untuk kulit aku.Oriya Cafelicious Collagen ni pun sebenarnya salah satu branch oriderm jugak tapi dihasilkan dalam bentuk beverages.Kenapa aku tak teragak agak nak cuba kopi ni sebab tengok ramuan mostly daripada natural ingredients.Meh aku listkan ingredients yang terdapat dalam Oriya Cafelicious Collagen ni

Bahan Bahan Utama
1.Kolagen Marin :
Berfungsi sebagai antioxida bagi memulihkan kerosakan daripada sinaran UV dan proses penuaan untuk kulit,rambut,tulang dan sendi yang sihat

2.Kopi:
Meningkatkan tahap kecergasan,emosi dan fungsi otak.Kafein juga merangsang kadar metabolisme dan membantu pembakaran lemak.

3.Ektrak Beras
Oryzanol memperbaharui pigment,sel kulit dan mengurangkan ultraviolet.Kandungan vitamin E menyuburkan kulit agar kesihatan lebih muda.

4.Calcium Phosphate
Keluarga ion yang diperlukan sebagai ramuan utama bagi pembentukan tulang dan enamel gigi yang lebih kuat.

5.Minyak kelapa
Mengawal kadar gula dalam darah dan meningkatkan rembesan insulin.Risiko penyakit buah pinggang,pundi hempedu dikurangkan serta melarutkan batu karang


Basically Oriya Cafelicious Collagen dihasilkan bagi meransang peminum kopi untuk menjadi lebih cantik dan sihat.Kalau cantik saja tak sihat tak guna jugak kan ibarat debu debu yang berterbangan di udara haha sebab tu Kolagen Premium ni diformulasi salah satunya untuk meningkatkan pengaliran darah yang baik ke seluruh badan,memberi tindak balas imunisasi yang baik yang ni paling penting pada aku sebab kalau sistem imun tak kebal sel badan tak dapat nak kenalpasti antara foreign sel dan sel sendiri alamatnya sel sendiri dikatakan foreign lepas tu tak pasal pasal sel yang sihat dibunuhnya habislah badan kalau tak imun semua jenis penyakit boleh terjadi.

Lagi yang bagusnya ia dapat mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan kesihatan usus,tulang dan sendiri.MasyaAllah banyaknya khasiat dia.Insyallah kalau diamalkan selalu bukan saja dapat cantik tapi sihat sekali.Yang penting tak kesahlah apa apa produk yang kita ambil jangan lupa selawat 3x ya :)


Cara Penggunaan
Cara penggunaan dia macam kopi biasa tapi make sure jangan larutkan dalam air yang terlalu panas sebab protein=collagen ni pantang larang dia akan hilang fungsi kalau terdedah pada suhu yang tinggi so kalau suam suam tu eloklah tapi janganlah tak panas langsung nanti tak best pulak kan.Tekstur kopi dia memang agak pekat dan rasanya sedikit pahit pada aku kalau tak taruk gula sebab kalau mana mana kopi aku minum pun mesti aku letak susu pekat lebih but not with this cafe ya sebab takut nanti disturb ingredients dalam kopi ni.Jangan risau rasa dia takdelah pahit sangat kata nak jaga kesihatan kan kalau nak lebihkan manis dalam senyuman takpe asalkan jangan lebihkan manis dalam minuman sudahlah.gehee


Oriya Cafelicious Slimms (Pelansingan Plus) 15 sachet x 20 g
Adunan formula bentuk badan langsing dan sempurna
Untuk second box Oriya Cafelicious Slimms ni pulak sesuai digunakan for those yang nak kuruskan badan.Ehem aku sebenarnya bukan orang yang sesuai nak cerita bab bab cara nak kuruskan badan ni sebab aku memang dah sedia maklum kurus sejak azali lagi.haha.seumur hidup aku tak pernah diet tapi kalau terdiet tu pernahlah gahaha jadi kopi ni aku bagi pada mak aku untuk try sebab mak aku yang beria nak kurus katanya.

Bahan Bahan Utama
1.Kopi Hijau
Menurunkan berat badan dan tekanan darah.Kafein berkesan untuk kecergasan otak dan emosi

2.Teh Hijau
Minuman paling sihat bagi mengurangkan risiko kanser,membakar lemak badan dan meningkatkan prestasi aktiviti fizikal.

3.Kekacang Putih
Membekalkan nyahtoksin molybdenum,fiber,protein, dan magnesium.kawal penyimpanan lemak dalam badan.

4.Kopi
Berfungsi sebagai antioksida bagi memulihkan kerosakan daripada sinaran uv dan proses penuaan untuk kulit,rambut,tulang dan sendi yang sihat.

5.Minyak inti kelapa sawit/kernel oil
Minyak bebas kolestrol bagi asas tenaga.Mengandungi vitamin K yang bertindak sebagai faktor penggumpalan darah.


Oriya cafelicious Slimms ni dipanggang secara rawatan khas dengan ramuan istimewa yang aku sendiri pun tak tau cemana cara dia panggang mungkin macam ayam panggang la kot dimana ia dapat memecahkan lemak dalam badan dan disingkirkan melalui darah.For more info,kepekatan asid lemak dalam darah akan meningkat 30-40 minit lepas minum kopi ni tapi kenalah disusuli dengan senaman yang kerap untuk bakar lemak dengan berkesan dan supaya segala toksik jugak boleh dirembeskan dengan jayanya.ewah


Sebaiknya minum satu paket setiap hari breakfast dah cukup sebenarnya.InsyaAllah tenaga akan berkekalan sepanjang hari dan korang tak akan rasa mengantuk even lepas makan lunch pun still energized so apa tunggu lagi nikmatilah kelazatan aroma kopi Oriya Cafelicious yang pastinya akan memukau diri anda


Website:www.oriya.com.my
email:oriya.malaysia@gmail.com
hotline:016-218 1381

P/s:Rasa macam tak caya je aku boleh buat dua entry review dalam sehari.hehe.harap segala info yang aku tulis dapat memberi manfaat.InsyaAllah.Next entry wait for another review okey so please stay tuned!

thanks for reading
xoxo
Post a Comment