16 April, 2015

Part I Penjagaan Rambut seperti rawatan di Saloon (Bene Premium Bluria set)

Assalamualaikum

Sebenarnya aku rasa tak sedap hati sebab dalam hati ni memberontak nak buat review dari minggu lepas lagi.Jarang aku rasa berkobar kobar semangat nak menulis kat blog ni tapi disebabkan last entry aku ada mention lupa bawa usb camera mini dslr tu so postponed la dulu tapi rasa arrghhh tak boleh jadi ni masa banyak terluang tak kan lah disebabkan tertinggal wire usb kena postpone sampai berminggu so aku snaplah dulu gambar gambar ni semua pakai camera Olympus 12 Megapixel adik nanti lepas balik kolej bolehlah aku snap pakai baby camera dslr aku pulak.Pada aku kalau nak buat review wajiblah kena ambil gambar yang berkualiti kalau tak entry tu jadi tak menarik.haha

Perghh panjang gila mukadimah ceritanya tajuk tertinggal wire usb je.kah.Okey sebenarnya ni nak cerita tentang salah satu produk penjagaan rambut yang masyaAllah sangat best pada aku tu haa yang tak sabar sabar nak review ni. Seriously sebagai seorang student masa sangat terhad nak pergi saloon tiap bulan untuk buat rawatan rambut dan macam aku yang takde lesen ni lagilah susah nak bergerak keluar rumah belum lagi nak cari saloon atau spa yang betul betul untuk muslimah sebab kebanyakan saloon sekarang unisex lagi satu kalau buat rambut mestilah nak kena keluarkan duit kan.Kalau habis beratus setiap kali treatment tu biasalah di zaman yang serba moden taraf hidup tinggi ini.hehe


Rambut tu ibarat mahkota seorang wanita dan penjagaannya tak boleh dipandang sepi buat acah tak acah je lebih lebih lagi kalau bertudung memang mudah rambut nak rosak kalau tak jaga dengan betul.Kalau sekadar pakai shampoo dan conditioner lepas tu dah harapkan rambut boleh hidup sihat,bersinar dan cantik tapi tak disusuli dengan once in a while treatment agak susah sebenarnya nak dapatkan seperti apa yang kita harapkan.Kali ni aku nak share produk yang aku tengah guna sekarang iaitu Bene Premium set shampoo and treatment merupakan shampoo non silicone yang baru di Malaysia yang diformulasi dari Jepun.Silicone merupakan bahan kimia yang aktif yang mana ia larut dalam air tapi tidak boleh ditanggalkan dengan mudah. Kehadiran silicon boleh menyebabkan liang akar pada rambut tersumbat dan membawa kepada kegatalan rambut,rambut berminyak dan kehilangan nutrient.


Untuk entry part (i) kali ni aku nak cerita tentang set Bene Premium Bluria.Untuk pengetahuan korang Bene Premium didatangkan dengan dua set yang sangat cantik.Set Pertama diciptakan khas untuk merawat rambut yang rosak melalui scalp treatment manakala untuk part (ii) nanti aku akan ceritakan tentang Bene Premium Rougeria khas untuk memperbaiki rambut yang bermasalah so nanti takdelah nampak macam mixed up sangat kalau aku tulis part by part kan.


Seperti yang aku nyatakan Bene Premium Bluria ni memang sesuai untuk memelihara rambut yang rosak melalui teknik scalp treatment.Mesti ada yang tertanya tanya scalp treatment tu apa ya?tapi sebelum tu kena tahu dulu antara penyumbang rambut rosak ialah penggunaan blow drying dengan cara tak betul,selalu pakai hair straightener,menggunakan pewarna rambut dengan kerap dan stress pun boleh buat rambut rosak weii.haha..Tanda tandanya seperti rambut bercabang,kering,kusam,mudah patah atau gugur.

Scalp pula bermaksud kulit kepala.Manusia biasa mudah terdedah dengan masalah kulit kepala antaranya seperti kelumumur,kegatalan,rambut berkeping dan kalau yang teruk tu boleh membawa kepada folliculitis,Psoriasis , etc yang memerlukan medical treatment so untuk menghindari masalah scalp problems ni Bene Premium Bluria ialah jawapannya!


Bene Premium Bluria diperkaya dengan organik materials yang dipanggil sebagai 
"green vegetables" yang mengandungi ektrak avocado,betik hijau dan kiwi.


Antara kandungan utamanya ialah mengandungi green enzymes iaitu sejenis protein prinsipnya untuk merawat rambut dari hujung akar (scalp) 

Selain itu,Bene Premium Bluria ni diperkaya dengan beberapa bahan semulajadi seperti green clay,Natural Ghassoul dan dead sea mud untuk membersih grease dan impurities dari hujung akar (scalp) secara menyeluruh.Terdapat lebih 30 jenis bahan galian di dead sea salah satunya dead sea salts yang digunakan untuk memberi nutrien pada rambut bagi menjadikan rambut lebih kuat dan pliable so kesimpulannya bahan bahan yang terdapat dalam range produk ni bukan yang cincai cincai punya sebab mostly memang yang sangat berkualiti.


Mesti ada yang tertanya tanya bau dia macam mana kan.Tak sah cakap banyak laa bau fruity floral dia memang sangat sangat wangi okey.Aku bukak kotak dia je pun satu bilik dah bau padahal belum guna lagi.Serius yang ni bukan propa okey!


Bene Premium Bluria Delicious SPA Shampoo 
(RM43.90 / 530ml)
Untuk shampoo dia pakai macam biasa je.Dua tiga pump pun dah cukup sebenarnya tapi macam rambut aku yang tebal ni guna shampoo lebih dari 3 pump rasanya kadang tu 4 5 pump jugaklah nak kasi betul betul meresap kedalam rambut tapi depends pada rambut kitalah kan ada yang tebal ada yang nipis so you know better.Untuk orang yang mempunyai rambut kering tak perlu cuci rambut setiap hari sebab kalau kerap sangat mencuci boleh menyebabkan minyak pelindung semulajadi pada rambut terhakis.Cuci 2 atau 3 kali seminggu pun dah cukup sebenarnya tapi awas kalau rambut kita jenis yang berminyak then barulah kena cuci setiap hari.Seeloknya time cuci pakai shampoo tu make sure urut kulit kepala dengan lembut menggunakan jari sebab mengurut dapat membantu melancarkan peredaran darah hasilnya hilanglah segala penyakit migrain bagai tu.hewhew


Bene Premium Bluria Delicious SPA Treatment
(RM43.90 / 530ml)
Lepas dah cuci rambut dengan shampoo then guna spa treatment ni.Function dia sama je macam conditioner.Dia berwarna putih dan bau dia sama macam shampoo jugak.Lagi satu nak begitau sebab aku pun baru tahu lepas baca magazine kalau sapu conditioner elakkan dari menyapu pada keseluruhan rambut especially pada kulit kepada kerana boleh menyebabkan rambut berminyak dan kewujudan kelumumur so tipsnya letakkan perapi rambut start dari paras telinga hingga ke hujung rambut ya.


Bene Premium Bluria Delicious SPA Hair Mask 
(RM43.90 / 210g)
Spa hair mask ni dirumus dengan concentrated herbal extracts tujuan utamanya untuk melembutkan rambut.Kalau guna conditioner rambut jadi lembut kan tapi kalau guna hair mask ni rambut berganda ganda lagi lembut even kalau rambut yang teruk bermasalah pun boleh membantu sebab ia merawat secara extensive hydration.Seriously rambut memang akan jadi sangat lembut lepas guna spa hair mask ni macam buat teknik rebonding pun hado..haha.Cara penggunaan dia sama macam spa treatment jangan letak dari akar rambut sebaliknya start dari paras tengah hingga ke hujung rambut kemudian jangan lupa bilas



Bene Premium Bluria Delicious SPA Night Care Milk 
(RM43.90 / 115 ml)
Spa Night Care milk ni pelengkap kepada set Bluria ni biasanya aku akan lumurkan pada rambut sebelum tidur lepas dah guna ketiga tiga set tadi.Function dia macam minyak rambut jugak sebab dia menjadikan rambut lebih licin sebab guna sebelum tidur sebab nanti masa tidur bermula segala proses metabolism dalam badan so Spa Night Care Milk ni bertindak sebagai sxtra  hydration.Macam aku suka guna lepas mandi sebab time ni paling senang nak sikat.Seeloknya gunakan setiap malam untuk hasil yang optimum tapi kalau orang yang pemalas macam aku ni bila nampak rambut nak kering baru guna.geezzz



So far sepanjang try set Bene Premium Bluria ni aku sangat berpuas hati.Rasa macam buat rawatan di saloon sebab effect dia rambut jadi lebih terurus dan aku noticed rambut dah tak berminyak dah sebab rambut aku ni memang agak panjang dan tebal so kena jaga extra care dan aku akan pastikan rambut akan kering betul betul sebelum mengenakan tudung so far alhamdulillah rambut aku takde masalah macam rambut gugur atau kelumumur.Apa yang aku boleh katakan overall set Bene Premium Bluria ni membersih rambut secara mendalam.Korang akan rasa rambut jadi lebih ringan dan impurities kat kulit kepala tu semakin berkurangan.

Panjang berleteq kan okey kalau rasa interested dengan produk ni terus tekan link laju laju kat bawah ye sebab next entry aku akan ceritakan pulak set Bene Premium Rougeria. Korang please janganlah nak berkira kalau rasa macam nak beli full set produk yang bagus macam ni sebab sangat berbaloi dengan botol yang besar tu aku sure boleh tahan lebih dari 6 bulan up to a year especially kalau yang dah kawin tu sangat aku recommend sebab selain nak cantik untuk diri sendiri mesti nak cantik untuk suami jugak kan.ihiks




till then
thanks for reading
xoxo
Post a Comment