17 April, 2015

Part II Penjagaan Rambut seperti Rawatan di Saloon (Bene Premium Rougeria set)

Assalamualaikum

Kan aku dah kata nak buat part (ii) tentang Bene Premium set.geezz.Selang sehari je sebab aku nak jadikan entry ni fresh tak nak peram lama lama kalau tak rasa tak best .Time menulis ni aku rasa macam bold sangat sebab kadang idea tu datang mencurah curah tapi ada jugak time semangat je lebih tapi termenung lama fikir ayat apa yang sesuai nak karang.haha biasalah tu kan adat penulis.eceh penulis sangat kau jah dah la update blog sekali sekali je.


Sebelum ni aku tulis tentang Bene Premium Bluria kali ni nak focus pada Bene Premium Rougeria pulak.Kedua jenis produk ni dicipta untuk memberi treatment yang berbeza bergantung pada masalah rambut yang kita hadapi.Kalau sebelum ni Bene Premium Bluria lebih focuskan untuk memelihara rambut secara scalp treatment bagi menyihatkan & melembutkan manakalah Bene Premium Rougeria pulak sesuai digunakan untuk memulihkan rambut yang rosak.Cuba perhati ada beza kan antara pemeliharaan dan pemuliharaan.Jadi apa yang boleh aku andaikan Bene Premium Bluria ni bertindak memulihara atau dalam erti kata lain memperbaiki,melembutkan dan melembapkan natural radiance of damaged hair gitchew.


Tagline yang sesuai shine bright like a diamond !!sebab tengok set dia cantik sangat sangat sampai rasa nak menangis dan sayang gila nak guna.haha.okey metafora sangat

Sebenarnya nak jaga rambut kena ada teknik yang betul.Contohnya sepatutnya rambut kena disikat waktu kering je sebab kalau berus time basah rambut mudah rosak.Lepas tu kalau rambut bersimpul tak elok disikat sebab boleh menyebabkan rambut gugur then kalau rambut tu jenis rambut yang panjang atau kerinting patutnya guna sikat yang bergigi jarang je tapi benda benda yang remeh macam nilah walaupun kita tahu tapi tak nak buat kan termasuklah aku.haha

Mulai hari ni jomlah kita tanamkan azam untuk memulihara rambut dengan set Bene Premium Bluria ni.Nak rambut cantik tak semestinya kena buat hair-do kat saloon je kat rumah pun boleh asalkan tahu guna produk yang betul betul berkualiti.hewhew


Bene Premium Rougeria diperkaya dengan organik materials yang dipanggil sebagai 
"red vegetables" yang mengandungi ektrak apple,tomato dan carot


Antara kandungan utamanya ialah mengandungi multifungsi antioxidants dan sangat kaya dengan kepelbagaian vitamin dan kandungan beta carotene yang tinggi terdapat dalam carot bertindak melindungi kulit dan sel sel badan kita daripada pencemaran bahan kimia dari persekitaran.

Selain itu,Bene Premium Rougeria diperbuat daripada beberapa bahan semulajadi seperti minyak argan,apricot,jajoba dan madu.


Untuk pengetahuan minyak argan ni hanya terdapat di Morroco je tau dan kandungan minyak apricot dan jajoba memberi kelembapan yang maksimum pada rambut. 

Minyak jajoba ni sesuai bagi orang yang menghadapi masalah rambut gugur sebab ia membantu merangsang pertumbuhan semula rambut dari akar.Selain itu,minyak jajoba mempunyai keupayaan untuk mengimbangi tahap sebum di kulit kepala.


Pada aku set Bene Premium Rougeria ni mempunyai high percentage bau bunga rose tapi yang penting bau dia memang wangi sangatlah tak kesah dah pada aku dia buat daripada bunga apa sekalipun kalau dia letak bunga taik ayam pun takpe asalkan wangi.haha.kalau kau tanya aku antara Bene Premium Rougeria atau Bluria yang mana lebih wangi aku akan cakap dua dua wangi.Aku tak bias mana mana okey semua sama sama best pada aku.hikhik


Bene Premium Rougeria Delicious Repair Shampoo 
(RM43.90/530ml)
Sebelum gunakan shampoo make sure basahkan dulu rambut bagi membuka liang cuticle.Kalau rumah korang ada heater boleh adjust jadikan suam macam aku heater ada kat toilet dalam bilik tapi tak pernah guna sebab takut kena renjatan lektrik.haha.macam fobia je dengar cerita cerita kat paper so aku prefer guna air paip biasa lagipun cuaca panas sekarang membuatkan air paip suam suam kuku kan.Time gosok tu biar sental betul betul bahagian kulit kepala untuk menghilangkan sel sel kulit mati.Walaupun baru guna shampoo step pertama je pun rambut dah rasa sangat lembut padahal belum lagi pakai perapi tau.



Bene Premium Rougeria Delicious Repair Treatment
(RM43.90/530ml)
Step guna conditioner la yang paling aku suka sebab rambut akan jadi selembut lembutnya.Kalau nak effect tip top tutup pakai shower cap sehingga 5 minit then bilas rambut sebersih bersihnya langkah last ni sangat penting untuk mengelakkan irritation pada kulit kepala.Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk sebab air sejuk dapat menutup semula cuticle rambut disamping memberi efek yang bersinar.Yes,you can see the difference rambut akan jadi lebih bersinar lepas guna Rougeria Delicous Repair Treatment ni.



Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Mask 
(RM43.90/210 g)
Mesti ada yang curious kan apa beza Rougeria Delicious Repair treatment dengan Hair Mask kan? Basically conditioner atau hair treatment ni membantu untuk memberi moisture pada rambut untuk membuat rambut jadi lembut dan bersinar manakala hair mask berfungsi sama seperti facial mask yang selalu kita buat kat saloon tu bezanya kita pakaikan mask pada rambut.Kalau yang biasa buat facial kat kedai tu paling cepat pun 30 minit kan haa sama jugak dengan hair mask ni kalau guna kena retain agak lama at least 15 minit tapi untuk conditioner biarkan selama 2-5 minit pun dah cukup.

Apa yang aku boleh katakan Rougeria Delicoious Repair hair Mask ni fungsi dia macam rojak selain mempunyai fungsi yang lebih kurang sama macam conditioner dia membantu bukan saja menguatkan rambut malah memulihkan rambut yang rosak secara keseluruhan.Memang ada perbezaan bila pakai dengan tidak sebab aku sendiri rasa rambut jadi lebih terurus.



Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Oil 
(RM43.90/530ml)
Kalau orang tanya aku antara hair oil dan hair cream aku lebih prefer hair oil sebab senang nak sikat tapi keduanya tetap mempunyai manfaat yang tersendiri.Untuk Rougeria Delicious Repair Hair Oil diformulasi dengan red enzymes,6 jenis minyak organik dan juga keratin (sejenis protein untuk strengthening) dimana mampu menembusi hingga ke akar rambut.

Aku suka sangat guna hair oil ni bila tengok rambut mula nak kusut sebab dia otometik akan jadikan rambut terurus balik.Cara terbaik kalau nak guna Rougeria Delicious Repair Hair Oil ni tuangkan beberapa titik (tengok pada keperluan) dan gunakan jari urut kulit kepala secara membulat then baru lumurkan pada rambut.Kalau nak hasil yang optimum balutkan tuala panas di kepala dan biarkan selama beberapa minit alah buat macam ala ala stim rambut kat saloon tu repeat 3 hingga 4 kali.Cara ni bukan saja bagi manfaat pada rambut je tapi boleh relieve kan badan dan minda.



Secara keseluruhannya,pendapat peribadi aku Bene Premium Bluria mahupun Rougeria memang sangat terbaik sesuai untuk golongan mementingkan "greenie" sebab dia guna 0% silicone.Aku cakap ni bukan sekadar ayat penyedap orang nak iklan tau tapi macam aku lebih prefer Bene Premium Bluria untuk menghindari masalah kegatalan,rambut berbau dan kelumumur terutama untuk wanita bertudung.Jangan lupa setiap orang mempunyai masalah rambut yang berbeza so keperluan terhadap treatment pun berbeza tapi kalau rasa boleh ke nak campur 2 set produk ni? silakan takde masalah lagilah bagus contohnya boleh try selang seli guna 4x dalam seminggu.

For those yang jenis suka guna hair straightener/hair curler,blow drying or warnakan rambut aku suggestkan Bene Premium Rougeria sebab dia khas untuk memperbaiki rambut yang rosak especially yang jenis suka bertukar kaler rambut sebab kalau kerap sangat warnakan rambut tak mustahil rambut senang rosak.Mostly sekarang dying agent kan ada bermacam bahan kimia lainlah kalau warnakan rambut dengan natural ingredients seperti inai atau kalau jenis yang rambut kering pun sesuai jugak guna Bene Premium Rougeria ni.Post yang sebelum ni pun aku ada explain antara faktor faktor rambut mudah rosak so please take note okey.

Berita gembira untuk korang sebab uolls boleh dapatkan set Bene Premium Bluria atau Rougeria ni di cawangan Watson di seluruh negara.Boleh tengok sendiri,bau sendiri dan jangan lupa dapatkan khidmat consultant juga for more convincing ya.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa singgah link ini okey



till then
thanks for reading
xoxo
Post a Comment