15 May, 2015

Gulaco. Otton Salve Review (krim untuk kulit yang kering)

Assalamualaikum

Alright sambung balik part tentang Gulaco.Pernah tak dengar tentang salve? Bila aku google translate cari makna salve ni bermaksud ubat penawar but still tak menjawab persoalan aku secara tepat then aku google lagi baru jumpa salve sejenis lotion,ointment atau cream untuk melembutkan "soothe" and merawat "heal" bahagian badan yang kering even kulit kita jenis yang normal pun sesuai jugak guna.Aku lebih sarankan lepas pakai Rub Rub body oil apply cream ni pada bahagian kulit yang jenis cepat kering atau kasar sebagai contoh siku, tumit kaki yang merekah,tangan atau bibir sekalipun boleh digunakan jugak rasa dia macam pakai balm or vasaline malah sebagai sunburn protection pun boleh sebab itu dia dipanggil multifunction salve!

OTTON SALVE (15 grams)
RM22.00


Gulaco. menawarkan 5 jenis salve kesemuanya macam gambar kat atas.Aku fikir kenapalah buat banyak sangat perisa nanti pening kepala orang tak tahu nak pilih yang mana satu.haha.semua nampak best semua nampak menarik.Ada perisa Lemon,Strawberry,Green tea,Peppermint dan Vanilla. Otton Salve diperbuat daripada bahan utama seperti Roseship Oil yang mengandungi high content fatty acid yg bertindak sebagai hydration tool dan cooling properties yang terbaik contohnya kalau terkena minyak panas ke apply Otton Salve ni akan sejukkan bahagian yang melecur tu.Selain tu Otton Salve kaya dengan kandungan omega 3,6 dan 9 sesuai untuk merangsang sel sel baru dan memperbaiki sel yang rosak.


Aku suka dia punya tekstur macam jeli sebab tak melekit walaupun nampak je macam minyak beku lepas goreng burger hehe tapi once pakai akan cepat meresap kedalam kulit dan tak akan berminyak pun! Setiap jenis Otton Salve walaupun berlainan flavour tapi function dia sama je sebenarnya dan pada akulah yang paling best sekali sebab boleh digunakan untuk menanggalkan mekap! yehuu so lepas ni dah tak perlu nak beli make-up remover guna Otton Salve je nak tanggalkan mekap.senang!

Cara Menggunakan Otton Salve sebagai Make-up Remover

1.Ambil Otton Salve dalam amount yang dikehendaki
2.Gosok perlahan lahan dengan tangan sampai rasa cair dan hangat
3.Urut perlahan-lahan pada permukaan kulit yang disapu mekap dan basuhkan dengan air suam.Aku suggest sebelum basuh dengan air suam pakai cotton pad dulu untuk tanggalkan sisa mekap atau boleh jugak tekapkan dengan tuala suam,relax dan tunggu kejap lepas tu barulah guna tuala kering untuk tanggalkan sisa lebihan minyak

harap membantu!


Sebelum (kiri) dan Selepas (kanan).Masa first pakai tu nampak greasy kan tapi lepas dah gosok terus rasa tak pakai apa apa.haha.Aku lupa pulak nak demo sebelum dan selepas apply mekap nanti next entry lah aku demo kasi korang tergoda sikit dengan Otton Salve ni.kehkeh


Pernah dengar Chapped tak?Situasi dimana kulit jadi over excessive dry.Mostly kalau beli lip balm some ada high protection shield kan tapi Otton Salve ni bertindak lagi cepat untuk merawat keadaan bibir yang kering kusam kerana dia lebih dari sekadar untuk melembapkan kulit.hehe.Aku suggest kalau nak pergi mana mana masukan dalam handbag since bekas dia yang cinonet tu tak terasa pun kalau hangkut kehulur kehilir so bila rasa kulit kering je pakailah.Omputih ni dorang suka pakai salve time summer tau so kita yang negara tropikal panas sepanjang tahun ni lagi lagilah perlu khon.heh


Otton Salve ni sesuai digunakan setiap hari bila bila masa saja dan dimana mana saja but make sure bersihkan tangan dulu sebelum guna kang tak hygienic pulak. Simpan pada suhu yang sejuk atau dingin pada hemat aku room temperature tu dikira sesuailah as long as tak terdedah pada cahaya matahari tapi kalau simpan dalam peti sejuk tak jadi masalah cuma takut tekstur dia akan jadi mengeras so pandai pandailah jaga tak nak kasi cepat rosak pastu dia punya expired date setahun ye.

Aku rasa dah explain detail tapi kalau rasa macam ada yang masih ingin bertanya korang boleh email atau whatsapp aku suatu ketika ramai sangat yang whatsapp aku tanya kebaikan satu satu produk tu sampai jenuh aku nak reply satu satu haha tapi aku anggap that is my responsibilities untuk jawab persoalan korang sebaiknya.InsyaAllah ada masa sure aku reply okey.

Jangan malu jangan segan klik laju laju instagram @Lipsandcolours yang telah memperkenalkan aku dengan Gulaco. ni.Thank you sis I appreciate it so much.

Thanks for reading
xoxo

13 May, 2015

Gulaco. Rub Rub Body Oil Review

Assalamualaikum

Hari ni aku bersemangat untuk update another product which is from Gulaco.Semalam dah review tentang Yummy Lip Scrub hari ni nak review Body Oil dari Gulaco. pulak.Gulaco ada 4 jenis Body Oil iaitu Calming Blends (merah) , Uplifting Blends (hijau) ,Un-Scent (kuning) dan Cooling Blends (biru).Rub Rub Body Oil ni function dia lebih kurang minyak zaitun yang sesuai dilumurkan pada badan especially lepas mandi untuk melembapkan kulit secara semulajadi tapi kalau pakai minyak zaitun dia odourless berlainan dengan Rub Rub Body Oil ni sebab dia ada wangian yang tersendiri tanpa membuatkan kulit rasa melekit.No need lotion or body butter anymore because Rub Rub is more than enough! hehe

RUB RUB BODY OIL (100 ml)
HARGA :RM33.00


Aku jenis manusia yang agak cerewet dari dulu lagi.Malas nak lumurkan minyak zaitun pada badan macam ayah aku and family belah ayah selalu buat.Kulit dorang memang sangat lembut sebabnya dorang amalkan pakai minyak zaitu.hehe.Lagipun dekat Europe minyak Zaitun lagi murah.Dulu aku ingat lagi tiap kali ayah aku balik dari London or Scotland mesti dia akan bawa balik minyak zaitun.


Memandangkan kulit aku selalu terdedah dengan aircond nak tak nak kena jugak massage pakai body oil kalau tak akan rasa kulit jadi dehydrated.Bayangkan duduk rumah pakai aircond,dalam kelas menghadap aircond and tidur pun selalu dengan air cond hence Rub Rub Body Oil from Gulaco meets my preferance first sebab rupa dia yang comel,next it comes dengan pump so senang nak tuang takde tumpah tumpah and dia punya scent tu sangat menenangkan.


Dalam banyak banyak range Rub Rub Body Oil dari Gulaco. ni yang paling menarik perhatian aku ialah Cooling blend ni so aku try yang ni dulu.Nak tahu kenapa aku rasa yang ni nampak best? hehe of course la lepas baca description dia pada label belakang botol tu.Tengok dia diperbuat daripada Peppermint,Lemon dan Rosemary.Rasanya mesti ramai yang dah tahu Rosemary merupakan salah satu essential oil yang terkenal dengan kebaikan dia yang terlalu banyak termasuklah bagus untuk rambut so Cooling Blend oil ni pun boleh guna untuk rambut sekali as stated pada label dia ni.


Rub Rub Body Oil ni diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan kandungan utamanya ialah Avocado Oil sebagai pelindung kulit yang kaya dengan vitamin E,vitamin B6,antioksidan sehingga berkesan jugak untuk menghalang radikal bebas yang hinggap pada kulit tatkala terdedah pada cahaya matahari menjadikan kulit lagi halus dan sihat.Vitamin ni tak semestinya kita kena consume secara oral tapi by physical means pun ada jugak yang boleh kita boleh apply.Kata orang manfaat luar dan dalam tu penting.hehe 

*Rub Rub Body Oil free from paraben,perfume,mineral oil,alcohol dan colouring!


First attempt aku try untuk Cooling Blend oil ni memang tak mengecewakan walaupun pada hakikatnya aku tak suka anything from oil based tapi oleh kerana dia bagi effect cooling bila massage tu rasa sangat menenangkan mungkin sebab effect Rosemary yang boost mental activity aku.haha and bau dia lebih kepada mint.


Tak keterlaluan aku kata body oil ni macam nerve tonic.Aku recommend for student try guna Cooling Blend body oil ni untuk tingkatkan concentration time study memang sesuai sangat.Kalau time tengah stress ke cium je bau dia okey inshaAllah boleh bagi mood yg baik and body oil sesuai sangat dibuat mengurut tau terutama kalau yang selalu lenguh lenguh badan tu rasa sangat relieve lepas urut pakai body oil ni.


Asyik cerita tentang cooling Blend je aku tak kata yang lain tak best tau. Of course masing masing ada keistimewaannya yang tersendiri so aku listkan description untuk yang lain so uolls can take note okey.

Calming Blends
Mempunyai rasa yang sangat sweet sesuai buat yang mencari ketenangan semulajadi untuk jiwa.

Uplifting Blends
Dihasilkan daripada bauan bunga Bali sesuai digunakan kepada mereka yang mementingkan kesempurnaan yang mempesonakan.

Unscented 
Sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit yg sensitif dan sesuai digunakan untuk baby.Tak mempunyai apa apa bau yang jugak boleh disapukan pada rambut.


Kalau nak tahu kat mana boleh dapatkan produk ni hanya di

@Lipsandcolours
@Lipsandcolours
@Lipsandcolours

thanks for reading
xoxo

12 May, 2015

Gulaco. Yummy Lip Scrub Review

Assalamualaikum

Hi semua! Alhamdulillah di sebalik kesibukan minggu akhir dekat nak final exam ni sempat jugak curi masa untuk update blog.Kadang kadang kita bukannya sesibuk mana pun tapi disibukkan dengan perkara perkara yang tak berpekdah.hewhew so pengurusan masa tu penting ye kawan kawan.Prinsip aku senang je jangan biarkan masa cari kita tapi kita perlu cari masa insyaAllah apa saja kita buat tak akan procrastinate.Uishh,bunyinya macam pakar motivasi sangat.haha okeylah hari ni aku nak share satu produk local brand dari Jakarta Indonesia diperbuat daripada Homemade Premium Quality Mixtures yang baru berada di pasaran Malaysia iaitu Gulaco.Ha, mesti dah ada yang kerut kerut dahi tertanya produk apa ni? tak pernah dengar pun.ha,sebab ada yang pernah dengar la aku nak cerita so be ready dengan explanation aku as usual panjang berjelanya ok.Satu kelemahan aku, tak pandai nak singkatkan perkataan! kahkah


Kalau nak tahu satu satunya distributors produk Gulaco. kat Malaysia ialah Lipsandcolours and apa yang aku boleh katakan Gulaco. merupakan satu jenama produk kecantikan yang mempunyai pelbagai rangkaian antaranya ialah:

LIP SCRUB
POUDE MASK
RUB RUB BODY OIL
OTTON SALVE (MULTIFUNCTION BALM)
MOISTURE LIP BALM

Salah satu yang best tentang Gulaco. ni sebab ia diperbuat oleh 100% bahan semulajadi.Aku suka motto dia "Natural Mixtures and Risk Free".Anything from bahan semulajadi semestinya tidak akan beri side effect.InsyaAllah so try to plant your trust.Aku suka repeat benda yang sama kalau beli anything teliti dulu kandungan bahan aktif dalam sesuatu produk tu insyaAllah tak tertipu dengan apa apa yang kita beli.Tips yang paling mudah bahan semulajadi dia punya expired date tak terlalu lama tapi kalau bahan kimia since dia dah alter biochemical reaction pathway sebab tu boleh bertahan years and years.

Untuk mengelakkan keserabutan aku akan spilt post based on each produk range dari Gula.co ni so untuk post hari ni aku nak cerita tentang Gulaco.Yummy Lip Scrub dulu.

YUMMY LIP SCRUB (20 grams)
HARGA: RM18.00
�� Kissab

Siapa kat sini yang ada masalah bibir cepat merekah atau kering sila angkat tangant.hurm, aku pun mempunyai masalah bibir cepat menggelupas jugak sebab tu aku kena sentiasa pakai lip balm kalau pergi mana mana.Habit aku suka rub bibir especially lepas mandi haha tapi cara aku ni agak tak bertamadun sebab dulu tak guna special lip scrub.Main redah je pakai tangan so agak menyiksakan sikit untuk tanggalkan sel kulit mati tu tapi sekarang bila dah ada lip scrub baru terasa nikmat sebabnya lip scrub gulaco. ni mempunyai perisa yang best antaranya Strawbery,Cocoa,Cofee,Honey dan Ocha.Sumpah kau akan rasa macam nak makan lip scrub ni bila apply pada bibir sebab rasanya yang yummeh! Jangan risau incase ada yang terlelan secara tak sengaja ke ia tak akan memudaratkan remember Gulaco kan diperbuat daripada bahan semulajadi.hee tapi janganlah pulak ada sengaja yang telan sebab rasanya yang menggoda tu.ihiks


Bahan utama Yummy Lip Scrub ni diperbuat daripada cocoa butter untuk memberikan kelembapan pada kulit bibir dan membantu menjana semula kulit serta dapat menyembuhkan bibir yang pecah atau kering.Kalau nak tahu lepas scrub pakai lip scrub ni autometik bibir akan jadi lebih lembut dan makin cerah seriously sebab sel kokotoran tu hilang!


Cara Pemakaian:
First sekali make sure basahkan bibir terlebih dulu then ambil secubit Yummy Lip Scrub (YLS) or depends pada kehendak korang tapi jangan kedekut sangat ambil sikit kalau tak rugi je sebab dia akan melt pada mulut.haha,the best range 2.5-3 cm tudia spesifik gila kan kata budak Sains bagi jawapan kena spefifik gitchew.haha.lame okey lame kemudian oleskan pada bibir atas dan bawah.Gosok dengan gerakan memutar dan perlahan lahan selama 30 saat, kemudian biarkan selama beberapa saat.Setelah itu, bilas dengan air suam.Aku suggest pakai lip scrub ni time nak mandi.Lepas dah mandi then barulah apply lip balm fevret korang.Seeloknya YLS boleh digunakan 1-2 kali seminggu tapi kalau rasa bibir jenis yang selalu kering boleh guna setiap hari tapi janganlah pulak sehari lebih daripada sekali pakai sebab over exfoliation boleh menyebabkan iritasi pada kulit.


p/s: Kalau tak nak Lip scrub cepat berubah tekstur atau pendek kata basi pakai guna sudu and ambik sebanyak mana yang kita nak pakai.



Cara Kenalpasti Tarikh Luput:
Senang je kalau nak tahu Lip Scrub Gulaco ni dah expired ke belum.Observe dia punya bau.Selagi mana tak mengeluarkan apa apa bau yang pelik boleh terus gunakan tapi kalau rasa bau dia dah odour so boleh stop biasanya up to 3 months boleh tahan and nak pesan untuk perisa strawberry akan lebih cepat basi berbanding perisa lain sebab diperbuat daripada buah Strawberry yang asli so no wonder la kan tapi yang penting selamat!

Secara kesimpulan aku memang sangat berpuas hati dengan Yummy Lip Scrub dari Gulaco. ni sebab teksture dia halus so bila kita gosok tu memang tak sakit.Time aku cuba perisa Strawberi tadi banyak kali aku ingatkan diri sila jangan telan.haha sebab rasa dia memang genuine sebiji macam buah Strawberi.

Please jangan teragak agak try produk ni lagipun harga dia memang affordable sangat.Seeloknya kalau nak tahan lama letak dalam peti ais dan elakkan terdedah pada suhu yang tinggi.Em, panjang dah ni aku cerita rasanya.Kalau nak tahu mana nak dapat produk Gulaco. ni sila ke instagram Lipsandcolours. Owner sangat friendly tau and ada macam macam produk lagi yang uolls boleh cuci mata tengok ok.

Untuk next entry aku akan update lagi produk lain dari Gulaco ni.Please stay tuned!

Thanks for reading
xoxo

09 May, 2015

Skema

Assalamualaikum

Orang suka label aku skema sejak dari zaman sekolah lagi.Kalau nak diikutkan sebahagian ciri skema tu memang ada pada aku kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang haha.Skema definisinya luas tapi kebiasaannya kalau orang skema ni pergi mana mana nak kena berkepit dengan buku hatta pergi nak pergi kantin sekalipun mesti ada flash kad.Time bersukan pun orang tengah sebok bersuka ria aku selit jugak buku padahal bukannya ada exam.haha.gila tak aku patutnya waktu orang bersukan time tulah nak release tension bukannya nak tambahkan tension kononnya berpegang pada kata kata pakar motivasi "pengurusan masa itu sangat penting" maka haruslah bawa buku kemana saja walaupun ke toilet sekalipun.heh

Budak sekolah biasanya sembang pasal pakwe,makwe tapi budak skema macam kami ni kalau sembang biasanya tentang heavy issue macam motivasi atau kupas cerita pasal Sheikh Muszaphar naik ke ISS ke.Dulu tahun 2008 masa aku form 3 famous dengan cerita Sheikh Muszaphar ni sampai semua cerita dia aku ambil tahu dengan Biography dia sekali aku hafal.hewhew.Takde masanya nak ambil tahu"eh,asal si minah tu clash dengan pakwe dia ek?.Takde masanya nak merendek atau sembang kosong.haha

Bila jadi skema kadang akan rasa sunyi and isolated.Orang lain keluar pergi kantin dengan geng memasing tapi kau keluar terkedek kedek sensorang pasal tak ramai yang nak kawan dengan budak skema sebab tiap bait perkataan yang kuar dari mulut kau macam nak bagi tazkirah kat forum perdana so orang akan mengantuk bila cakap dengan kau tapi aku tak kesah pun takde banyak kawan nanti kalau salah pilih kawan berantakan hidupku.hee

Cuma satu je salah anggap orang pada orang skema iaitu  jenis yang ikut peraturan.Yang ni memang memang auta semata mata sebab aku dulu zaman sekolah mak aihh peraturan sekolah tu macam peraturan mak bapak aku..Kau cakaplah pagar mana yang aku tak panjat masa balik dari sekolah.Pakai kain biru sekolah bukan biru laut tau tapi kain satin biru terang.Tapi sebiru biru terang kain sekolah aku tudung tetap labuh.keh keh.Ada lah jugak budak kelas hujung hujung tu tegur seingat aku ayat dia macam ni ." Wei, kain kau macam kain langsir hahaha" sambil gelak gelak padahal dia tak perasan dia pakai kain macam kain banjir.haha.Banyak lagi lah kenakalan aku waktu sekolah dulu tapi senakal nakal aku tak buat benda yang nakal.Ponteng sekolah ke tak siap kerja rumah ke memang jaranglah walaupun aku dikelilingi oleh environment sekolah yang penuh dengan budak budak nakal waktu sekolah Menengah dulu.

Aku tak menyesal tak pindah sekolah walaupun sekolah aku tu boleh dikatakan up sikit dari Henry Gurney.Aku stay sekolah tu dari form 1 sampailah form 5 walaupun aku mampu untuk pindah sekolah dengan result PMR yang cemerlang sebab aku yakin dan percaya hanya sikap sahaja yang boleh menentukan hidup kau boleh cemerlang atau tak bukannya terletak pada sejauh mana hebatnya sekolah kita sebab tu aku kena jadi skema lagipun skema itu bukan sesuatu perkara yang negatif. Aku tahu aku tak sepandai mana, tak sebijak mana, kena usaha sekerasnya untuk berjaya so kena jaga attitude.Attitude dengan ilmu, attitude dengan cikgu mungkin sebab tulah nampak skema.Remember, tak semestinya orang skema tu mereka golongan yang pandai tapi untuk menjadikan mereka pandai dan untuk pergi jauh dalam hidup mereka perlu skema!




Thanks for reading
xoxo