13 May, 2015

Gulaco. Rub Rub Body Oil Review

Assalamualaikum

Hari ni aku bersemangat untuk update another product which is from Gulaco.Semalam dah review tentang Yummy Lip Scrub hari ni nak review Body Oil dari Gulaco. pulak.Gulaco ada 4 jenis Body Oil iaitu Calming Blends (merah) , Uplifting Blends (hijau) ,Un-Scent (kuning) dan Cooling Blends (biru).Rub Rub Body Oil ni function dia lebih kurang minyak zaitun yang sesuai dilumurkan pada badan especially lepas mandi untuk melembapkan kulit secara semulajadi tapi kalau pakai minyak zaitun dia odourless berlainan dengan Rub Rub Body Oil ni sebab dia ada wangian yang tersendiri tanpa membuatkan kulit rasa melekit.No need lotion or body butter anymore because Rub Rub is more than enough! hehe

RUB RUB BODY OIL (100 ml)
HARGA :RM33.00


Aku jenis manusia yang agak cerewet dari dulu lagi.Malas nak lumurkan minyak zaitun pada badan macam ayah aku and family belah ayah selalu buat.Kulit dorang memang sangat lembut sebabnya dorang amalkan pakai minyak zaitu.hehe.Lagipun dekat Europe minyak Zaitun lagi murah.Dulu aku ingat lagi tiap kali ayah aku balik dari London or Scotland mesti dia akan bawa balik minyak zaitun.


Memandangkan kulit aku selalu terdedah dengan aircond nak tak nak kena jugak massage pakai body oil kalau tak akan rasa kulit jadi dehydrated.Bayangkan duduk rumah pakai aircond,dalam kelas menghadap aircond and tidur pun selalu dengan air cond hence Rub Rub Body Oil from Gulaco meets my preferance first sebab rupa dia yang comel,next it comes dengan pump so senang nak tuang takde tumpah tumpah and dia punya scent tu sangat menenangkan.


Dalam banyak banyak range Rub Rub Body Oil dari Gulaco. ni yang paling menarik perhatian aku ialah Cooling blend ni so aku try yang ni dulu.Nak tahu kenapa aku rasa yang ni nampak best? hehe of course la lepas baca description dia pada label belakang botol tu.Tengok dia diperbuat daripada Peppermint,Lemon dan Rosemary.Rasanya mesti ramai yang dah tahu Rosemary merupakan salah satu essential oil yang terkenal dengan kebaikan dia yang terlalu banyak termasuklah bagus untuk rambut so Cooling Blend oil ni pun boleh guna untuk rambut sekali as stated pada label dia ni.


Rub Rub Body Oil ni diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan kandungan utamanya ialah Avocado Oil sebagai pelindung kulit yang kaya dengan vitamin E,vitamin B6,antioksidan sehingga berkesan jugak untuk menghalang radikal bebas yang hinggap pada kulit tatkala terdedah pada cahaya matahari menjadikan kulit lagi halus dan sihat.Vitamin ni tak semestinya kita kena consume secara oral tapi by physical means pun ada jugak yang boleh kita boleh apply.Kata orang manfaat luar dan dalam tu penting.hehe 

*Rub Rub Body Oil free from paraben,perfume,mineral oil,alcohol dan colouring!


First attempt aku try untuk Cooling Blend oil ni memang tak mengecewakan walaupun pada hakikatnya aku tak suka anything from oil based tapi oleh kerana dia bagi effect cooling bila massage tu rasa sangat menenangkan mungkin sebab effect Rosemary yang boost mental activity aku.haha and bau dia lebih kepada mint.


Tak keterlaluan aku kata body oil ni macam nerve tonic.Aku recommend for student try guna Cooling Blend body oil ni untuk tingkatkan concentration time study memang sesuai sangat.Kalau time tengah stress ke cium je bau dia okey inshaAllah boleh bagi mood yg baik and body oil sesuai sangat dibuat mengurut tau terutama kalau yang selalu lenguh lenguh badan tu rasa sangat relieve lepas urut pakai body oil ni.


Asyik cerita tentang cooling Blend je aku tak kata yang lain tak best tau. Of course masing masing ada keistimewaannya yang tersendiri so aku listkan description untuk yang lain so uolls can take note okey.

Calming Blends
Mempunyai rasa yang sangat sweet sesuai buat yang mencari ketenangan semulajadi untuk jiwa.

Uplifting Blends
Dihasilkan daripada bauan bunga Bali sesuai digunakan kepada mereka yang mementingkan kesempurnaan yang mempesonakan.

Unscented 
Sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit yg sensitif dan sesuai digunakan untuk baby.Tak mempunyai apa apa bau yang jugak boleh disapukan pada rambut.


Kalau nak tahu kat mana boleh dapatkan produk ni hanya di

@Lipsandcolours
@Lipsandcolours
@Lipsandcolours

thanks for reading
xoxo
Post a Comment