09 May, 2015

Skema

Assalamualaikum

Orang suka label aku skema sejak dari zaman sekolah lagi.Kalau nak diikutkan sebahagian ciri skema tu memang ada pada aku kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang haha.Skema definisinya luas tapi kebiasaannya kalau orang skema ni pergi mana mana nak kena berkepit dengan buku hatta pergi nak pergi kantin sekalipun mesti ada flash kad.Time bersukan pun orang tengah sebok bersuka ria aku selit jugak buku padahal bukannya ada exam.haha.gila tak aku patutnya waktu orang bersukan time tulah nak release tension bukannya nak tambahkan tension kononnya berpegang pada kata kata pakar motivasi "pengurusan masa itu sangat penting" maka haruslah bawa buku kemana saja walaupun ke toilet sekalipun.heh

Budak sekolah biasanya sembang pasal pakwe,makwe tapi budak skema macam kami ni kalau sembang biasanya tentang heavy issue macam motivasi atau kupas cerita pasal Sheikh Muszaphar naik ke ISS ke.Dulu tahun 2008 masa aku form 3 famous dengan cerita Sheikh Muszaphar ni sampai semua cerita dia aku ambil tahu dengan Biography dia sekali aku hafal.hewhew.Takde masanya nak ambil tahu"eh,asal si minah tu clash dengan pakwe dia ek?.Takde masanya nak merendek atau sembang kosong.haha

Bila jadi skema kadang akan rasa sunyi and isolated.Orang lain keluar pergi kantin dengan geng memasing tapi kau keluar terkedek kedek sensorang pasal tak ramai yang nak kawan dengan budak skema sebab tiap bait perkataan yang kuar dari mulut kau macam nak bagi tazkirah kat forum perdana so orang akan mengantuk bila cakap dengan kau tapi aku tak kesah pun takde banyak kawan nanti kalau salah pilih kawan berantakan hidupku.hee

Cuma satu je salah anggap orang pada orang skema iaitu  jenis yang ikut peraturan.Yang ni memang memang auta semata mata sebab aku dulu zaman sekolah mak aihh peraturan sekolah tu macam peraturan mak bapak aku..Kau cakaplah pagar mana yang aku tak panjat masa balik dari sekolah.Pakai kain biru sekolah bukan biru laut tau tapi kain satin biru terang.Tapi sebiru biru terang kain sekolah aku tudung tetap labuh.keh keh.Ada lah jugak budak kelas hujung hujung tu tegur seingat aku ayat dia macam ni ." Wei, kain kau macam kain langsir hahaha" sambil gelak gelak padahal dia tak perasan dia pakai kain macam kain banjir.haha.Banyak lagi lah kenakalan aku waktu sekolah dulu tapi senakal nakal aku tak buat benda yang nakal.Ponteng sekolah ke tak siap kerja rumah ke memang jaranglah walaupun aku dikelilingi oleh environment sekolah yang penuh dengan budak budak nakal waktu sekolah Menengah dulu.

Aku tak menyesal tak pindah sekolah walaupun sekolah aku tu boleh dikatakan up sikit dari Henry Gurney.Aku stay sekolah tu dari form 1 sampailah form 5 walaupun aku mampu untuk pindah sekolah dengan result PMR yang cemerlang sebab aku yakin dan percaya hanya sikap sahaja yang boleh menentukan hidup kau boleh cemerlang atau tak bukannya terletak pada sejauh mana hebatnya sekolah kita sebab tu aku kena jadi skema lagipun skema itu bukan sesuatu perkara yang negatif. Aku tahu aku tak sepandai mana, tak sebijak mana, kena usaha sekerasnya untuk berjaya so kena jaga attitude.Attitude dengan ilmu, attitude dengan cikgu mungkin sebab tulah nampak skema.Remember, tak semestinya orang skema tu mereka golongan yang pandai tapi untuk menjadikan mereka pandai dan untuk pergi jauh dalam hidup mereka perlu skema!




Thanks for reading
xoxo
Post a Comment