13 June, 2015

Gulaco. Pauda Mask Review

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku telahpun menamatkan semester 6 dengan jayanya and I’m officially final year student! Can’t believe dah jadi super senior hehe.Ya allah cepatnya masa berlalu terasa baru semalam masuk Asasi.heh okeylah nanti story next entry kang tak pasal pasal post ni bertukar tajuk pulak sebabnya tujuan utama nak cerita tentang produk Gulaco. yang aku pernah tulis dulu.Ingat lagi tak kalau tak ingat silalah scroll bawah sebab part intro aku dah explain awal awal dah produk ni berasal dari mana so far and so forth.For the last entry about Gulaco. aku nak cerita tentang face masker dia pulak.

PAUDA MASK (80 grams)
HARGA RM40


Bagi sesiapa yang mengenali aku akan tahu aku ni memang hantu masker kehkeh sebab suka sangat pakai mask dan bermacam jenis mask yang aku pernah try Alhamdulillah sepanjang try bermacam jenis mask ni takde lagi allergic reaction ke apa.Biasanya aku akan pakai time nak tidur kalau malam malam cuaca panas kan lepas tu kena pulak penat sangat balik dari kelas sampai ke petang tu bila pakai time nak tidur rasa macam ya allah nikmatnya.haha 

Gulaco. Pauda Mask mempunyai 3 jenis dari sebelah kiri gambar kat atas warna merah tu diperbuat daripada kulit Manggis, warna kuning pulak diperbuat daripada Sambiloto dan yang warna biru ialah Daun Kelor.Di Indonesia daun Kelor atau nama Saintifiknya ialah Moringa Oleifera dianggap sebagai tanaman herba ajaib yang boleh mengubati banyak penyakit kerana mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.Kajian menunjukkan ianya mampu mencegah sehingga 300 jenis penyakit.Hebat kan manakala Sambiloto pula merupakan sejenis tanaman herba yang banyak ditanam di India dan juga Sri Lanka.Aku dah try google nama nama pokok herba ni dalam bahasa Melayu tapi tak jumpa jumpa haha mungkin kena tanya budak hortikultur baru dorang boleh explain kot nama nama pokok ni kalau aku memang fail bab bab nama pokok.heh

Manfaat Utama

Kulit Manggis: Menghilangkan blackhead dan mengurangkan liang pori terbuka
Daun Kelor: Untuk melembutkan dan menlicinkan kulit wajah
Daun Sambilato: Memudarkan parut jerawat dan blemish dan infectious skin



Memandangkan kulit aku ni ada sikit bekas parut jerawat yang masih belum sembuh sepenuhnya so aku try dulu Gulaco. Pauda Mask Daun Sambilato.Dia punya penyediaan tak rumit sangat pun just ikut je gambar kat bawah ni yang penting ada pelapik atas meja sebab dia dalam bentuk sebuk kan so debu debu pauda mask ni mudah berterbangan kalau tak hande dengan betul.

1. Sediakan mangguk kecil/pinggan kecil. 
2. Masukkan satu sudu Pauda Mask ke dalam mangkuk
3. Campur 2 sudu setengah air biasa
4. Gaulkan dengan tangan untuk pastikan betul betul sebati

Then boleh ratakan pada muka jangan takut okey bau dia macam bau herba or kalau korang pernah try daun tanjung dia punya tekstur sebiji sama cuma akan rasa pedih sikit je ala tak pedih pun pada aku maybe sebab dia ada antibacterial effect tu yang rasa macam tu.

Nah aku sengaja zoom besar besar punya supaya nampak jenis.Ni gambar sebelum or semasa pakai Pauda Mask.Awas!! Pauda Mask ni kena pakai 10 minit sahaja sebab dia mengandungi natural clay jangan sampai kering sebab kalau dah kering sangat kesan dia jadi terbalik instead of jadi better kulit akan jadi lebih kering atau gatal bahkan irritation.huh seram waa dengar tapi janganlah takut aku guna rilex je.haha.


Gulaco. Pauda Mask ni jenis yang mudah cepat mengering so kena cepat cepat basuh dengan air.Lepas dah pakai aku elakkan pakai mana mana produk sebab tak nak campur campur biar je Pauda Mask heal kan kulit kita tanpa interaction dengan mana mana chemical sebab dia kan bahan organik and dah tak perlu dah nak cuci lagi guna pencuci muka.


Tekstur dia agak muddy macam ni time bilas tu pakai air suam lepas tu bilas lagi guna air sejuk sebab air sejuk dapat tutupkan balik liang liang pori yang terbuka.Dah dekat dengan 140 ribu dah aku ulang ayat yang sama function air suam dengan air sejuk ni tiap kali explain tentang produk review kalau tak ingat lagi tak tahulah *pesanan untuk diri sendiri* haha tapi orang kata kalau ulang banyak kali lagi bagus sebab boleh retain dalam long term memory.keh


Kalau nak tahu sesuai or tak dengan kulit aku suggest lakukan test dulu pada kulit kalau rasa okey maknanya sesuailah dengan kulit kita.Pada aku overall memang aku suka dengan Gulaco. Pauda Mask dan semua produk dari Gulaco. jugak.Memang tak menyesal lah guna. Kalau ada yang tanya nak beri kepuasan impak maksima trylah kelima lima ranges full set dari Gulaco. ni tapi kalau rasa tak cukup bajet beli dulu sikit sikit baru tak terasa sangat.Contoh bulan ni purchase Rub Rub Body Oil bulan depan invest pada yang lain pulak.


Tumpang lalu ek sorry muka skema sikit sengaja pakai cermin mata sebab nak complement dengan gigi besi tapi janganlah focus pada gigi besi ok haha yang penting parut jerawat tak ketara sangat lepas pakai gulaco. pauda mask gambar ni aku tak edit mungkin gambar tak clear sangat sebab malam kot.hewhew

Buat masa sekarang aku just sempat update setiap satu jenis dari setiap produk Gulaco. sebab masa agak limited nanti bila betul betul free aku akan update yang lain lain ok insyaAllah.Diulangi untuk dapatkan produk original ni kat Malaysia hanya boleh didapati kat instagram di bawah ya kat tempat lain memang takde.Aku rasa gembira sangat dipertemukan dengan produk Gulaco. Klik laju laju link kat bawah to place your order ok.


@Lipsandcolour
@Lipsandcolour
@Lipsandcolour

Thanks for reading
xoxo

Selamat Berhujung minggu
Post a Comment