08 July, 2015

Neesya Eye & Lip Makeup Remover Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni aku nak buat review lagi tentang Neesya.Lepas ni korang akan tengok update beberapa lagi produk Neesya so please jangan boring okey.Dari dulu lagi aku tercari cari makeup removal yang senang tanggal tapi pemilihan makeup remover ni tak semudah yang disangka.Ada dua jenis makeup remover yang dijual iaitu water based atau oil based.Neesya Eye & Lip Makeup Remover merupakan oil based makeup remover.Aku lebih prefer oil based makeup remover sebabnya dia lebih effective untuk menanggalkan makeup.Biasanya aku akan guna Silky Girl face water based makeup remover lepas tu barulah guna Neesya Eye & Lip makeup remover sebabnya Neesya Eye & Lip Makeup remover ni hanya specifik untuk bahagian sensitif seperti mata dan bibir saja tapi kadang kadang aku main redah gunakan untuk keseluruhan kulit muka.haha jangan tiru aku sebab takut effect tak sama dengan setiap orang tapi kulit aku still bearable.haha

Neesya Eye & Lip Makeup Remover
RM49


Guys, please don't ever go to sleep with the makeup on sebab makeup kan ada banyak bahan kimia bayangkan kalau tak tanggal betul betul liang pori mudah tersumbat dan boleh menjerumus kepada masalah kulit especially senang nak tumbuh jerawat.Kalau malas bak hang sekalipun jangan lupa untuk tanggalkan makeup benda lain tu macam moisturizer lupa pakai still boleh dimaafkan lagi hewhew.Sekadar bersihkan muka guna pencuci muka belum cukup untuk menanggalkan makeup sepenuhnya kalau perasan lepas cuci muka then pakai toner akan nampak kesan makeup kan tu maknanya sisa sisa makeup masih belum ditanggalkan so please jangan abaikan penggunaan makeup remover ya.


Kalau tengok pada botol Neesya Eye & Lip Makeup Remover ni mengandungi dua phase.First layer adalah oil sebab minyak kan less denser daripada air sesuai digunakan untuk menanggalkan waterproof makeup.Yelah sekarang ni  mostly makeup waterproof kalau berpeluh makeup tak senang cair dan tahan lebih lama even simbah berkilo kilo air pun makeup still tak hilang tapi when it comes to the part nak menanggalnya then it comes the effort with technique.ceit.haha tapi yang baiknya bila pakai Neesya Eye & Lip Makeup remover ni tak payah dah nak rub harshly kesian kulit tau just sapukan sikit je senang gila nak tanggal.


Tiap kali aku review mesti nak kena listkan apa ingredients dia.Dah jadi trademark dah haha so basically Neesya Eye & Makeup Remover diperbuat daripada Sunflower oil baik untuk melembapkan kulit,Pro Vitamin B,Vitamin E,A dan D.

Cara Penggunaan


Paling penting ialah untuk menggoncangkan terlebih dulu botol tu sehingga oil yang kaler biru dengan water betul betul sebati barulah ambil cotton and apply pada bahagian mata dan bibir je.Aku ulang elakkan sapu pada bahagian lain selain daripada dua bahagian ni.pH yang diformulasi mungkin berbeza untuk setiap bahagian kulit so untuk muka gunalah apa apa brand barulah cuci menggunakan Neesya Eye & Lip Makeup remover.

Aku dah test guna lipstick yang sangat pekat melikat pun boleh tanggal sekali sapu je tak perlu nak tuang banyak banyak.Sebelum ni punyalah payah giler nak tanggal waterproof lipstick rasa nak je sapu mulut kat dinding macam adik aku suka buat waktu dia kecik kecik dulu.haha Habis satu sudut dinding tu penuh dengan kesan sapuan lipstick dekat rumah sampaikan kena tutup dengan dinding besar.hak3 boleh buat bahan cerita balik dekat dia mesti gelak berbahak bahak.hahaha!


Memang rasa bersih sebersihnya lepas tanggalkan makeup pada bahagian mata ni.Beza makeup remover dengan pencuci biasa membersihkan pada permukaan je tapi makeup remover membersih hingga ke liang pori.Aku sebenarnya tak suka pakai eye shadow just kat sini pakai untuk demo je.Biasanya time raya or ada occasion penting je aku pakai sebabnya mesti takes time lama giler nak balancekan mata tu lagi lagi kalau buat effect smoky eyes.kah

To sums up makeup remover ni sangat penting untuk memastikan kulit betul betul bersih dan sihat so proses pembaharuan kulit boleh berjalan dengan lancar.Tak pakai makeup tak semestinya tak perlu guna tak kiralah pakai atau tak kena jugak bersihkan sebabnya setiap hari dimana pun kita kita mesti terdedah pada kotoran.Keluar je rumah nak beli bawang kat kedai runcit je pun kulit sure terdedah pada panas matahari,debu debu,asap,bacteria dan bermacam kotoran lain.heh penat aku membebel korang pun mesti dah bosan kan.hewhew

                                                      Untuk sebarang maklumat sila layari


Selamat Menjalani ibadah puasa
Thanks for reading
xoxo
Post a Comment