26 July, 2015

Neesya Illuminating Essence Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi semua! I'm back home.Aku baru je sampai Melaka pagi semalam setelah hampir 10 hari beraya di Kelantan.Lama tuu serius nilah raya paling lama aku balik Kampung.Memang puas hatilah beraya kat kampung sendiri.Kalau aku rajin nanti aku update tentang raya ok! Hari ni aku nak cerita tentang Neesya Illuminating Essence.Dah sebulan lebih dah rasanya aku cuba produk ni dan aku ambil masa lama sikit untuk update blog sebab aku nak tengok sendiri effect dia dan berkongsi dengan korangss.

Neesya Illuminating Essence (60 ml)
RM129


Biasanya lepas aku cuci muka dan pakai toner setiap malam akan pakai Neesya Illuminating Essence ni.Tak tahulah dalam banyak banyak produk Neesya yang nilah paling menambat hati aku selain ia mempunyai packaging yang menarik.Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil lepas tu dia punya tekstur water-based macam SK-ii so sweet je pakai sebelum tidur walaupun dalam description kata kena pakai setiap pagi dan petang.Aku guna sekali sehari sebab sayang kot nak pakai banyak banyak.haha.


Apa yang aku boleh katakan Illuminating Essence ni mempunyai multi-functions tapi lebih kepada nak jadikan kulit lebih glowing.Sebelum ni kulit aku biasa je tapi lepas guna Neesya Illuminating Essence secara istiqamah selama lebih 4 minggu memang nampak perbezaan dia especially bila aku snap gambar raya compare dengan last year punya last year sebab sebelum ni guna produk pun main campur je.haha tahun ni baru ada kesedaran nak guna produk kena try satu satu dulu tak boleh harung semua jenis sekaligus lebih lebih lagi time raya ni siapa tak nak kulit cantik kan.


Illuminating Essence ni mempunyai empat fungsi utama iaitu Hydrating,Whitening,Radiance dan Renewal.Selain itu, ia menggunakan proses Biotechnology extract yeast protein,mineral diamond,mother pearl dan pelbagai lagi untuk menghasilkan kulit yang bebas daripada keletihan, tona kulit yang tak sekata, dehydrated dan paling penting seperti namanya illuminated ia akan menglowingkan kulit kita.


Salah satu faktor kenapa aku suka water-based essence ni sebab dia tak thick macam cream.Aku bukan penggemar cream muka so sapuan daripada Illuminating Essence sudah cukup bagiku.yehuu.


Nampak tak bila swatch terus bersinar kan.Hal ini kerana Neesya Illuminating Essence menggunakan teknologi untuk menghasilkan diamond-like-skin.Tapi janganlah pulak fikir dalam masa 24 Jam kulit  kulit boleh bertukar of course mana mana produk yang bagus akan mengambil sedikit masa untuk beri effect kan.


Lepas sapu kulit kau akan rasa tingling kerana kandungan Alpha Melight memberi sentuhan soothing disamping mengandungi melanin inbihition+ inflammatory effect.Susah sebenarnya aku nak explain haha rasa dia macam sejuk sejuk panas atau warmth tapi still manageable hokayy.


Untuk cara penggunaan follow je gambarajah di atas ya tapi aku biasa guna sekali sehari je waktu malam diikuti dengan serum Neesya sebab pagi aku prefer pakai foundation.Next entry aku update Neesya Night Serum pulak ok.


Antara kandungan aktif Neesya Illuminating Essence ialah Silver Vine Extract bertindak sebagai anti-protein oxidation.Pada kulit kita terdapat lapisan protein yang dipanggil stratum hence pada lapisan inilah struktur kulit diperbaiki untuk meningkatkan tahap metabolism supaya lebih energized.Selain itu,kandungan aquacell dan aquabiomin digunakan untuk menghasilkan kulit yang lebih lembap dan mengurangkan kedutan dalam masa 2 minggu sekaligus mennyerap pantas kedalam kulit hingga ke lapisan epidermis.

Selepas 4 Minggu
Raya 2015(1 Syawal)


Ramai tegur kata makin cantik like yeke ni? haha Aku bukannya artis weh soalan pun agak agaklah keke biasalah siapa siapa pun bila dah besar mesti dah pandai bergaya kan takdelah nampak serabai macam budak hingusan dulu kehkeh tapi rasalah kulit tu makin glowing lepas guna Neesya.ahaks nak jugak bagi tipsnya.puiih sikit tapi serius Neesya is one of my favourite products.Tak pandailah aku nak bagi gambar sebelum dan selepas rasa macam tak menjadi je nak cari angle yang sama pakai camera tapi serius memang rasa beza dulu kulit agak dull sekarang menyerlah sikit.hiks, terpuji diri pulak.kahkah


Rasa macam jimat dah aku guna tapi 1/4 daripada kuantiti telahpun habis digunakan haha mungkin time sapu tu shok sangat sampai lupa nak tuang tu jangan melebih sangat.lels

Sebarang maklumat sila layari


Thanks for reading
xoxo
Post a Comment