04 November, 2015

Product Review: Hercalisya Jordan Mud Mask

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Sebelum ni aku pernah mention nak take off sekejap dari dunia blogging sebab agak busy dengan FYP tapi disebabkan aku ada berita baik untuk ladies kat luar sana so aku rasa excited nak tulis entry ni untuk korang walaupun submission aku bertimbun haha sebabnya aku rasa korang kena tahu apa yang aku nak share ni.hiks



Pernah tak dengar tentang laut mati yang terletak diantara Israel dan Jordan? Meh aku nak cerita sikit tentang Laut Mati ni.Untuk pengetahuan korang, laut mati di Jordan merupakan point paling terendah di dunia iaitu sejauh 411 meter dari paras laut yang mempunyai kandungan garam yang tertinggi di dunia. Tempat ini pernah diterbalikkan Allah sedalam 411 meter dari paras laut sewaktu kaum Nabi Luth kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis dan menolak ajaran Nabi Luth. Rasanya semua orang tahu tentang sejarah Islam ni kan tapi saja aku nak recap balik sebab cerita laut mati ni ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan.ngehe~.For those yang tak pandai berenang macam aku jangan risau kalau mandi kat laut mati ni confirm tak akan tenggelam.haha


Disebabkan kandungan garam yang terlalu tinggi tiada hidupan yang boleh hidup di laut ini.Kajian menunjukkan lumpur laut mati mempunyai khasiat yg tinggi untuk kesihatan dan kecantikan.Ia dapat membuang sel-sel kulit mati, melancarkan peredaran darah,membekalkan nutrien,memulihkan masalah kulit dan banyak lagi. Kebanyakan pelancong kalau korang tengok bila ke laut mati pasti dorang akan ambil peluang untuk melumurkan lumpur pada muka dan badan sebab dorang percaya dengan keajaibannya yang mampu memberi kebaikan dari sudut kesihatan.


Sekarang ni korang dah tak payah berhabis beribu duit untuk ke Jordan semata mata nak nikmati kehebatan lumpur laut mati ni sebabnya ada suatu produk terbaru di Malaysia yang mempunyai khasiat seperti yang kehendaki.Yes, Hercalisya Jordan Mud Mask merupakan produk berunsur mask yang pertama di Malaysia.Aku baru je cuba dan tak sabar nak share testimoni dengan korang.Untuk post kali ni aku cerita secara general je.Next entry aku akan cerita dengan lebih detail tentang cara penggunaan manfaat dan sebagainya so please stay tuned ya.


Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment