20 January, 2016

I gained weight!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

I always feel intimidated whenever I got onto the weighing scale because I afraid of losing my precious weight.Today I weight myself in the clinic while taking my results for blood test and I gain 3.3 kg! I asked the nurse is the weighing machine working properly? because I said to her I gradually gain weight haha and the nurse said if you wanna to confirm go and weight in front at the counter then I went to weight again.
Yihaaa
The scale shows the same count
Hey dude, it has been year ago I don't put any weight.
even 3.3 kg its enough to make my day!
and my BMI is sharp 18.5 (normal)
I need to work hard to maintain or put more weight
hahaha!

14 January, 2016

ECG scan, blood test and anxiety disorder

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke kelima menapak kat U cuti sem sebab kena siapkan fyp.Pandang kiri pandang kanan kebanyakan kawan aku dari fakulti lain telahpun menyiapkan final year projek dorang.Tinggal nak LI je sedangkan kami masih lagi bertungkus lumus masuk lab setiap hari terpaksa korbankan masa cuti demi menjayakan fyp dalam masa yang sama hanya berbaki 6 bulan untuk writing and ada lagi 2 subjek untuk diharungi.Nampaknya terpaksalah renew balik sewa yang kononnya 6 hari kepada sebulan lebih so total setahun no cuti sem T.T

3 hari berturut turut okey aku menangis sebab tak dapat balik.Tak tahulah kenapa sensitif sangat dua tiga hari ni.Waktu zaman Asasi rilex je tak balik 4 bulan pun takpe tapi sekarang makin lama makin mengada-ngada.Orang lain survival skill makin up aku makin low.Bukannya apa aku ni jenis 'perumah' bak kata abang aku nak tak nak 2 3 minggu sekali kena balik.kat sini aku tak enjoy, 24 jam duduk bilik aku tak keluar lepak mana mana kalau keluar pun once in a while beli barang keperluan and the rest menghadap buku.No social skill at all so aku noticed lama kelamaan keadaan menjadikan aku seorang yang murung and depressed.

Aku pandang sekeliling and baru perasaan reaksi mostly bila orang bercakap dengan aku dorang xseceria seperti mana bercakap dengan orang lain. People pass me passive wavelength as do I deliver to them.BFF aku pernah cakap masa keluar hari tu dengan dorang "weh, dah lama aku tak dengar kau gelak kuat gini". Ini menguatkan lagi hujah aku masa nak bayar nasi tadi makcik yang jaga kaunter tu tegur aku "dik student master ke, serius je muka.hehe" barulah aku sedar orang semua memandang aku sebagai seorang manusia serious tapi hakikatnya aku bukan begitu.Percayalah perwatakan yang konon kau nampak ala ala bajet tuh langsung tak menggambarkan aku.tssk tssk.

Ada sorang kawan aku nih selalu cakap"eh Min kenapa makin lama makin kurus ni? "ish, kurus sangatlah Min sekarang.Dulu bapak aku sendiri lagilah dia kata aku kurus kering garing sampai taknak bagi aku masuk U hanya kerana dia fikir aku tak makan.ha, ambik kau tahap extreme punya marah.Time tu aku nangis gila gila and hampir 3 4 tahun dia selalu marah aku sebab katanya aku tak makan and bila dia bercakap dengan orang dia kata aku ada mild anorexia and malnutrition.Hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku. Benda ni sama je dengan orang kata "eh senah, pehal kau dah makin gemuk sangat sekarang ni?" of courselah sedih kan.Macam tu jugak perasaan aku.Kau tahu tak betapa aku struggle makan untuk gemuk?

Cuma manusia yang kurang bijak akan nampak KURUS = TAK MAKAN

Sedangkan terlalu banyak penyumbang pada kekurusan seseorang manusia.Salah satunya mereka kurus kerana mempunyai metabolism yang tinggi atau depression.Selain itu, kemungkinan ada masalah kecacingan jugak.haha, jangan fikir budak je tau ada cacing orang dewasa pun boleh ada cacing.Aku pun pernah terfikir salah satu punca aku kurus ada banyak cacing kot.haha so aku belilah ubat cacing tapi makan macam takde apa2 effect pon agaga jadi aku assume takde lah cacing tu.Next aku screen pada psychological problems.

Yes, aku telahpun selamat disahkan mengalami anxiety.ceit, 

Tak tahu apa itu anxiety? silalah google malas nak cerita.dia one of psychological disorders.ramai je orang yang ada anxiety tapi bergantung pada tahap.Al kisahnya pagi tadi masa kat lab aku terfikir and termenung kenapalah aku ni kurus sangat then aku googlelah "punca badan terlalu kurus" then keluarlah list yang panjang lebar.Bila baca yang paling banyak match dengan aku ialah tiroid ceh suka hati je diagnose diri sendiri padahal bukannya doktor.Dulu pun aku pernah share pengalaman aku menjalani ujian tiroid.Kalau belum baca boleh klik sini.Aku dah explain panjang lebar langkah camne nak kenalpasti penyakit tiroid.kalau rajin bacalah as information.

Disebabkan dulu aku pernah kena suspect so aku fikir tak mustahil aku boleh betul betul kena lagipun ujian tu dah lama aku buat.Lebih kurang 3 tahun yang lalu.Time tadi terus tinggal PCR machine yang tengah run then pecut naik basikal ke klinik terdekat.dalam hati berharap doktor boleh bagi aku lagi sekali surat rujuk untuk ke hospital besar jalani sendiri ujian ENT sebab kau tahu jelah kalau doktor kat klinik biasa check pesakit.paling kurang pon dia bagi kau ubat demam and cakap kau tak sakit apa apa.lol

Walaupun aku tahu kebiasaan doktor government akan bersikap acuh tak acuh je bila cakap sakit tapi aku still cerita panjang lebar masalah aku and nilah first time doktor yang aku jumpa betul betul check dengan elok kat pku tadi.Maybe sebab dia doktor baru kot.siap sketch lagi kat kertas and dengar setiap luahan aku dengan teliti.First dia suruh aku buat ECG scan nak make sure takde penyakit jantung.tak silap aku last aku buat ECG scan masa form 1 so ikut jelah arahan doktor.

Masa nak buat ujian ECG tu kau kena tanggalkan ehem you know what I mean sebab nak check jantung kan.Kalau dengan nurse laki dah awal awal aku reject.Masa tadi pun lama nurse perempuan tu pujuk aku nak letak alat dia pastu aku kata boleh tak saya nak letak sendiri? haha of courselah tak bagi kan pastu aku relakan jelah sebab demi kesihatan kan walaupun dalam hati malu nak mati.Dia cakap maybe awak malu sebab belum kahwin lagi.kroohhh~Settle ECG scan alhamdulillah jantung aku normal then next blood test tapi resultnya belum dapat lagi.

Sebelum buat ECG scan doktor bagi aku satu kertas suruh aku jawab ujian anxiety.Aku kemainlah cerita pasal penyakit tiroid bagai kat doktor dia suruh aku jawab ujian anxiety?haha sebenarnya dah lama aku tahu yang aku ada anxiety berdasarkan ujian yang aku buat kat google hence ujian anxiety yang doktor bagi ni menguatkan lagi fakta bila dia cakap"em, your anxiety is quite bad jugaklah based on your answer".Sekarang ni doktor just nak make sure either aku ada hypertiroid atau tak bila dah dapat result blood test nanti and nak pastikan jugak anxiety aku tak teruk sebab takut effect performance.Aku cakaplah kat doktor mungkin ini jugak mindset aku cakap aku sakit padahal aku okey je.then dia senyum comel je.hee~

Sebelum ni pun aku pernah melalui ujian blood test untuk tiroid.harap harap normallah.aku jenis yang tak boleh duduk diam bab bab kesihatan ni sebab kita dapat berdiri hari ni pun atas nama sihat kan.kalau manusia ditakdirkan sakit cakaplah semua benda dalam dunia ni rasa tak bermakna.aku pun tak tahu kenapa aku type entry ni just nak cakap kalau korang rasa tak normal ke tak kesahlah apa je masalah korang even sakit sakit simple simple macam migrain atau resdung.jangan pandang remeh kesihatan korang.biarlah orang nak kata kita over ke yang penting kita puas hati yang kita ni sihat and tak menghidap apa apa penyakit yang berbahaya.sekarang teknologi makin canggih.buatlah check-up kat hospital atau klinik even kalau korang rasa diri korang tu sihat.tak rugi pun.tu je kot nak pesan.hehe ~

Thanks for reading
xoxo

11 January, 2016

Hercalisya Jordan Mud Mask Part (ii) amp; kebaikan masker muka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

First of all sorry sangat sebab ambil masa yang agak lama untuk share part (ii) tentang pengalaman aku menggunakan Hercalisya Jordan Mud Mask.Sebab aku baru je kelmarin habis exam.Biasanya waktu study week and exam week aku memang off segala aktiviti and focus study hatta whatsapp pun kadang kadang aku lupa balas.haha kalau whatsapp group lagilah memang aku jadi silent reader scroll2 je nak mencelah malas.Perangai aku memang camtu kalau time nak exam jangan siapa berani kacau.Member aku pun hadam habit aku tak suka buka whatsapp so dorang prefer sms sebab lambat benau balasnya :p


Sebelum ni aku ada janji kan nak share testimoni aku sendiri bila memakai Jordan Mud Mask ni kan so well this is how it looks when I am wearing the mask. Nak pakainya tersangatlah mudah dan sangat well behave.Waktu first pakai aku rasa a bit itchy dan pedih pedih manja gitew so aku kira ia bertindakbalas dengan baik pada kulit muka aku tapi jangan risau aku dapat feedback dari customer yang pernah cuba dan beli Jordan Mud Mask ni katanya waktu pakai okey je tak rasa pedih. Jadi aku assume benda ni depends pada jenis kulit jugak lah


Saja letak gambar awan ni sebab nak melindungi anak-anak rambut yang terkeluar hehe sebab mask ni dia tak mengering hence akan terkena tudung kalau pakai macam biasa.Tu yang nampak pelik bila aku pakai camni.ngee~Aku ada resdung kadang kala jerawat suka singgah kat muka and kulit agak berminyak especially area T zone.Aku amalkan pakai masker ni dah hampir 2 bulan seminggu sekali kalau rajin.Tak pakai hari hari sebab kalau pakai tiap hari takut effect jadi terbalik pulak.Yang aku perasan lepas aku bilas dengan air akan rasa sangat sangat lembut,bersih and makin cerah tapi takdelah cerah putih melepak kan sebab kulit aku kan tan so as long kulit jadi tak kusam and bermaya dah cukup pada aku.hehe

Cara nak pakai macam biasa kita sapu cream muka lepas tu biarkan selama 30-40 minit sahaja ya tak perlu lama lama. Duration tu memang dah cukup untuk tindakbalas yang optimum kemudian basuh dengan air bersih macam kita basuh pakai pencuci muka pastu lap dengan tuala muka then siap!


Lepas aku pakai Hercalisya Jordan Mud Mask ada satu jerawat yang singgah kat pipi yang arrow pada gambar tu terus pudar tak nampak ketara pun.Pada aku la kalau kita rajin and konsisten inshaAllah every cent our penny yang kita spent will worth it.Selain tu kena sabar jugak tau jangan expect guna seminggu dan boleh nampak kesan meletup kebabom then setiap orang berbeza effect.Ada setengah orang cepat je berkesan ada orang agak lambat.

Kalau korang jenis yang ragu ragu sesuatu produk tu sesuai or tak dengan kulit aku syorkan ambil sedikit and sapu kat tangan dulu pastu tunggu kejap.Kalau takde rasa gatal ke merah merah ke terus proceed.Jangan risau Jordan Mud Mask ni memang 100% asli diextract daripada laut mati Jordan yang telah melalui manufacturing process.Mat Salleh selambak je tepek mud ni kat muka dengan badan sebab dorang tahu kebaikan mud ni dari sudut kesihatan dan kecantikan.

Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi talian yang tertera


Whatsapp :011-12161109 / 012-5446221 

Alhamdulillah selesai sudah review part (ii) Hercalisya Jordan Mud MaskSebelum aku lupa nah aku belanja video kat bawah ni tentang kebaikan Jordan Sea Mud.


Thanks for reading
xoxo