14 January, 2016

ECG scan, blood test and anxiety disorder

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke kelima menapak kat U cuti sem sebab kena siapkan fyp.Pandang kiri pandang kanan kebanyakan kawan aku dari fakulti lain telahpun menyiapkan final year projek dorang.Tinggal nak LI je sedangkan kami masih lagi bertungkus lumus masuk lab setiap hari terpaksa korbankan masa cuti demi menjayakan fyp dalam masa yang sama hanya berbaki 6 bulan untuk writing and ada lagi 2 subjek untuk diharungi.Nampaknya terpaksalah renew balik sewa yang kononnya 6 hari kepada sebulan lebih so total setahun no cuti sem T.T

3 hari berturut turut okey aku menangis sebab tak dapat balik.Tak tahulah kenapa sensitif sangat dua tiga hari ni.Waktu zaman Asasi rilex je tak balik 4 bulan pun takpe tapi sekarang makin lama makin mengada-ngada.Orang lain survival skill makin up aku makin low.Bukannya apa aku ni jenis 'perumah' bak kata abang aku nak tak nak 2 3 minggu sekali kena balik.kat sini aku tak enjoy, 24 jam duduk bilik aku tak keluar lepak mana mana kalau keluar pun once in a while beli barang keperluan and the rest menghadap buku.No social skill at all so aku noticed lama kelamaan keadaan menjadikan aku seorang yang murung and depressed.

Aku pandang sekeliling and baru perasaan reaksi mostly bila orang bercakap dengan aku dorang xseceria seperti mana bercakap dengan orang lain. People pass me passive wavelength as do I deliver to them.BFF aku pernah cakap masa keluar hari tu dengan dorang "weh, dah lama aku tak dengar kau gelak kuat gini". Ini menguatkan lagi hujah aku masa nak bayar nasi tadi makcik yang jaga kaunter tu tegur aku "dik student master ke, serius je muka.hehe" barulah aku sedar orang semua memandang aku sebagai seorang manusia serious tapi hakikatnya aku bukan begitu.Percayalah perwatakan yang konon kau nampak ala ala bajet tuh langsung tak menggambarkan aku.tssk tssk.

Ada sorang kawan aku nih selalu cakap"eh Min kenapa makin lama makin kurus ni? "ish, kurus sangatlah Min sekarang.Dulu bapak aku sendiri lagilah dia kata aku kurus kering garing sampai taknak bagi aku masuk U hanya kerana dia fikir aku tak makan.ha, ambik kau tahap extreme punya marah.Time tu aku nangis gila gila and hampir 3 4 tahun dia selalu marah aku sebab katanya aku tak makan and bila dia bercakap dengan orang dia kata aku ada mild anorexia and malnutrition.Hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku. Benda ni sama je dengan orang kata "eh senah, pehal kau dah makin gemuk sangat sekarang ni?" of courselah sedih kan.Macam tu jugak perasaan aku.Kau tahu tak betapa aku struggle makan untuk gemuk?

Cuma manusia yang kurang bijak akan nampak KURUS = TAK MAKAN

Sedangkan terlalu banyak penyumbang pada kekurusan seseorang manusia.Salah satunya mereka kurus kerana mempunyai metabolism yang tinggi atau depression.Selain itu, kemungkinan ada masalah kecacingan jugak.haha, jangan fikir budak je tau ada cacing orang dewasa pun boleh ada cacing.Aku pun pernah terfikir salah satu punca aku kurus ada banyak cacing kot.haha so aku belilah ubat cacing tapi makan macam takde apa2 effect pon agaga jadi aku assume takde lah cacing tu.Next aku screen pada psychological problems.

Yes, aku telahpun selamat disahkan mengalami anxiety.ceit, 

Tak tahu apa itu anxiety? silalah google malas nak cerita.dia one of psychological disorders.ramai je orang yang ada anxiety tapi bergantung pada tahap.Al kisahnya pagi tadi masa kat lab aku terfikir and termenung kenapalah aku ni kurus sangat then aku googlelah "punca badan terlalu kurus" then keluarlah list yang panjang lebar.Bila baca yang paling banyak match dengan aku ialah tiroid ceh suka hati je diagnose diri sendiri padahal bukannya doktor.Dulu pun aku pernah share pengalaman aku menjalani ujian tiroid.Kalau belum baca boleh klik sini.Aku dah explain panjang lebar langkah camne nak kenalpasti penyakit tiroid.kalau rajin bacalah as information.

Disebabkan dulu aku pernah kena suspect so aku fikir tak mustahil aku boleh betul betul kena lagipun ujian tu dah lama aku buat.Lebih kurang 3 tahun yang lalu.Time tadi terus tinggal PCR machine yang tengah run then pecut naik basikal ke klinik terdekat.dalam hati berharap doktor boleh bagi aku lagi sekali surat rujuk untuk ke hospital besar jalani sendiri ujian ENT sebab kau tahu jelah kalau doktor kat klinik biasa check pesakit.paling kurang pon dia bagi kau ubat demam and cakap kau tak sakit apa apa.lol

Walaupun aku tahu kebiasaan doktor government akan bersikap acuh tak acuh je bila cakap sakit tapi aku still cerita panjang lebar masalah aku and nilah first time doktor yang aku jumpa betul betul check dengan elok kat pku tadi.Maybe sebab dia doktor baru kot.siap sketch lagi kat kertas and dengar setiap luahan aku dengan teliti.First dia suruh aku buat ECG scan nak make sure takde penyakit jantung.tak silap aku last aku buat ECG scan masa form 1 so ikut jelah arahan doktor.

Masa nak buat ujian ECG tu kau kena tanggalkan ehem you know what I mean sebab nak check jantung kan.Kalau dengan nurse laki dah awal awal aku reject.Masa tadi pun lama nurse perempuan tu pujuk aku nak letak alat dia pastu aku kata boleh tak saya nak letak sendiri? haha of courselah tak bagi kan pastu aku relakan jelah sebab demi kesihatan kan walaupun dalam hati malu nak mati.Dia cakap maybe awak malu sebab belum kahwin lagi.kroohhh~Settle ECG scan alhamdulillah jantung aku normal then next blood test tapi resultnya belum dapat lagi.

Sebelum buat ECG scan doktor bagi aku satu kertas suruh aku jawab ujian anxiety.Aku kemainlah cerita pasal penyakit tiroid bagai kat doktor dia suruh aku jawab ujian anxiety?haha sebenarnya dah lama aku tahu yang aku ada anxiety berdasarkan ujian yang aku buat kat google hence ujian anxiety yang doktor bagi ni menguatkan lagi fakta bila dia cakap"em, your anxiety is quite bad jugaklah based on your answer".Sekarang ni doktor just nak make sure either aku ada hypertiroid atau tak bila dah dapat result blood test nanti and nak pastikan jugak anxiety aku tak teruk sebab takut effect performance.Aku cakaplah kat doktor mungkin ini jugak mindset aku cakap aku sakit padahal aku okey je.then dia senyum comel je.hee~

Sebelum ni pun aku pernah melalui ujian blood test untuk tiroid.harap harap normallah.aku jenis yang tak boleh duduk diam bab bab kesihatan ni sebab kita dapat berdiri hari ni pun atas nama sihat kan.kalau manusia ditakdirkan sakit cakaplah semua benda dalam dunia ni rasa tak bermakna.aku pun tak tahu kenapa aku type entry ni just nak cakap kalau korang rasa tak normal ke tak kesahlah apa je masalah korang even sakit sakit simple simple macam migrain atau resdung.jangan pandang remeh kesihatan korang.biarlah orang nak kata kita over ke yang penting kita puas hati yang kita ni sihat and tak menghidap apa apa penyakit yang berbahaya.sekarang teknologi makin canggih.buatlah check-up kat hospital atau klinik even kalau korang rasa diri korang tu sihat.tak rugi pun.tu je kot nak pesan.hehe ~

Thanks for reading
xoxo
Post a Comment