24 June, 2016

Hadiah and amp; Victoria Secret

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Assalamualaikum

Aku memang jarang dapat hadiah so disebabkan aku jarang dapat hadiah maka setiap pemberian orang sedaya upaya akanku hargai ceh. dramatic pulak.haha. 1 Jun lepas adik aku pergi Korea dengan sepupu. Kau tahulah kan Korea is one of the largest cosmetic producer so bila pergi sana banyak jugaklah adik aku borong barang kosmetik. Supposedly aku ikut dia pergi Korea sebab adik aku yang beria ajak aku pergi sana. Oleh kerana nak final exam dan viva sendu jelah tengok dorang berdua packging barang bagai tapi aku sibuk duk mentelaah pelajaran.Nasiblah aku tak taksub pon dengan drama Korea/ kpop so tak lah ralat sangat! hahaha, (ayat penyedap hati). My sister is the biggest fan of korean drama sebab tu depa excited p sana.keh


Dekat Korea Aloe Vera soothing gel memang murah gila gila ok. Adik aku punya dia beli jenama Nature Republic yang tengah fames macam pisang goreng sekarang ni kat Mesia. Katanya bersepah outlet Nature Republic kat sana yang jual Aloe Vera soothing gel dengan harga yang murah. Tapi untuk aku dan mama dia beli jenama doctor Prince punya. Pada aku tak kisahlah jenama apa pon janji ori dan yang penting sekali dapat free.haha!. Masker semua tu biasalah memang murah kat sana. Banyak jugaklah dia beli souvenir untuk kaum sepupu sepapat makcik pakcik semua.ceh, kaya kau dik!


Souviner dari US dan Korea. Aku just pesan  sikit je tapi dia pergi beli semua ni termasuklah coklat yang begitu banyak sekali sebab dia tahu hakak dia peminat tegar coklat especially Hersheys tu memang aku sorang je yang balun.



Sebenarnya part ni yang aku nak highlight. Sape je yang tak tergila gilakan jenama victoria secret ni kan. Macam perfume, hand/body lotion and lip gloss yang korang nampak pada gambar first tu adik aku beli dari US tau bukan Korea. Masa dia balik cuti summer lebih kurang 2 bulan setengah sebelum berangkat ke Korea dia beli banyak jugak hadiah untuk kitaorang and aku dah pesan siap siap jangan lupa belikan hakak kesayangan dia ni perfume/lotion vs ni.Kebetulan pulak time tu ada promosi so dia grab lotion 2 untuk aku dan mama dan perfume kecik cinonet tu untuk kami semua.


Aku suka bau apple scent body lotion ni. Setahu aku banyak je product line vs ni macam shower gel, body mist, makeup dan rasanya yang paling bestseller dia punya perfume lah kan. Aku ada kawan masa intern dulu dia peminat setia vs siap bawak botol besar gedabak tu dalam handbag dia hehe. Masa tu aku baru nak berjinak jinak dengan jenama ni sebab perfume fevret yang aku selalu pakai either DKNY or Silky Girl je.Pastu aku minta dengan dia nak try spray jap rupanya wangi sangat kot. Sendu kejap sebab baru nak ambil tahu tentang produk ni.



Kat sini aku ada berita gembira untuk fans vs sebab kami bercadang nak jual Fantasies Fragrance Mists original from USA in bulky numbers dengan harga yang jauh lagi murah daripada yang ditawarkan di mana mana kedai kat Malaysia ni sebab direct dari US kan dan kat situ dah cut off price untuk marketing channel. Kalau boleh deal harga murah dengan suppliers dan dapat harga shipping rates, tax,duties yang berpatutan maka lagi berbaloilah harga yang kami akan jual. Untuk permulaan ni aku akan buka pre-order dulu. If ramai yang berminat nak beli perfume ni sila emailkan pada aku ya.

yasminyusuf1993@gmail.com

Thanks for reading my entry
xoxo

19 June, 2016

Finally done with final year project!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Pada 17/Jun/2016 pada hari jumaat di bulan ramadan yang penuh barakah maka genaplah 5 tahun pengajian aku di bumi UPM ni. Ya, aku belajar di sini semenjak dari asasi lagi. Rasa macam tak percaya je dah habis wei, rasa macam semalam je register asasi dengan muka penuh suspen dan jakun sebab first time jejak kaki ke menara gading orang kata.keke tup tup dah habis degree dah pun. Daripada umur 18 tahun sekarang dah umur 23 tahun. Nak masuk mid twenties dah and dah boleh kawen pun.haha!

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat siapkan fyp tepat pada waktu dan masanya. Macam macam cabaran yang dihadapi sepanjang nak menyiapkan fyp ni. Aku pernah sampai satu tahap rasa nak give up sangat. Biasanya time nak give up tu mulalah otak aku mencerna idea dengan memberikan dua pilihan penting.

First     : Lari
Second: Berhenti belajar

Gila tak gila perasaan nak give up aku tu kan. Sampai aku termimpi kot beli tiket ke Beijing semata mata nak lari daripada fyp ni.haha! tapi bila perasaanku kembali reda aku pujuk diri aku balik aku kata 'takpe yasmin sikit je lagi sikit je lagi'. Kau belajar bukan atas paksaan sesiapa tapi kau belajar untuk jadi orang yang berilmu boleh beri manfaat pada manusia dengan ilmu yang ada nanti then reda kejap emosi. Menangis tu perkara biasa la kan. Sepanjang final year ni dah tak tahu berapa puluh kali dah aku menangis sebab fyp ni.emo punya pasal tiap kali tak dapat result.haha!

Banyak sangat liku liku yang dilalui sepanjang bergelar seorang mahasiswa kalau nak cerita satu satu kat sini memang tak kan habislah. Apa yang aku boleh kata sepanjang berada di u ni perkara yang paling banyak mengajar aku adalah untuk hidup berdikari. Nak hidup kat u bukan sesuatu yang mudah ye adik adik apatah lagi if you choose to be alone like lone ranger the forever alone as me! haha. Apparently, we need to be mentally strong and I think I survived. 


Nah, hasil pengorbanan selama setahun maka lahirlah sebuah buku yg dinamakan thesis ni.
yay, tak sabarnya nak convo!

Thanks for reading my entry
xoxo