19 June, 2016

Finally done with final year project!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Pada 17/Jun/2016 pada hari jumaat di bulan ramadan yang penuh barakah maka genaplah 5 tahun pengajian aku di bumi UPM ni. Ya, aku belajar di sini semenjak dari asasi lagi. Rasa macam tak percaya je dah habis wei, rasa macam semalam je register asasi dengan muka penuh suspen dan jakun sebab first time jejak kaki ke menara gading orang kata.keke tup tup dah habis degree dah pun. Daripada umur 18 tahun sekarang dah umur 23 tahun. Nak masuk mid twenties dah and dah boleh kawen pun.haha!

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat siapkan fyp tepat pada waktu dan masanya. Macam macam cabaran yang dihadapi sepanjang nak menyiapkan fyp ni. Aku pernah sampai satu tahap rasa nak give up sangat. Biasanya time nak give up tu mulalah otak aku mencerna idea dengan memberikan dua pilihan penting.

First     : Lari
Second: Berhenti belajar

Gila tak gila perasaan nak give up aku tu kan. Sampai aku termimpi kot beli tiket ke Beijing semata mata nak lari daripada fyp ni.haha! tapi bila perasaanku kembali reda aku pujuk diri aku balik aku kata 'takpe yasmin sikit je lagi sikit je lagi'. Kau belajar bukan atas paksaan sesiapa tapi kau belajar untuk jadi orang yang berilmu boleh beri manfaat pada manusia dengan ilmu yang ada nanti then reda kejap emosi. Menangis tu perkara biasa la kan. Sepanjang final year ni dah tak tahu berapa puluh kali dah aku menangis sebab fyp ni.emo punya pasal tiap kali tak dapat result.haha!

Banyak sangat liku liku yang dilalui sepanjang bergelar seorang mahasiswa kalau nak cerita satu satu kat sini memang tak kan habislah. Apa yang aku boleh kata sepanjang berada di u ni perkara yang paling banyak mengajar aku adalah untuk hidup berdikari. Nak hidup kat u bukan sesuatu yang mudah ye adik adik apatah lagi if you choose to be alone like lone ranger the forever alone as me! haha. Apparently, we need to be mentally strong and I think I survived. 


Nah, hasil pengorbanan selama setahun maka lahirlah sebuah buku yg dinamakan thesis ni.
yay, tak sabarnya nak convo!

Thanks for reading my entry
xoxo

Post a Comment