31 July, 2016

Melawat Wembley Park, London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Semalam tak planning apa pun just rasa boring je asyik duk layan drama memanjang. Aku whatsapp cousin ajak dia ke Wembley Park.Terus siap then kitaorang keluar dengan bas. Sebelum tu kami topup dulu Osyter card di grocery shop.Senang sangat nak bergerak kemana mana dengan Osyter card dan boleh digunakan juga untuk naik underground/overground.Jarak daripada Harlesden, rumah kitorang tak jauh pun dengan Wembley Park dalam 15 minit dah sampai.


Jap, sebelum tu kenalah dulu berangan selpiaq disebalik langsir.Alah, bukannya kena bayar pon.Kata trend ni popular sekarang.ahaks.


Sistem bas di London adalah yang terbesar di dunia tau. Kau akan jumpa bas merata tempat yang beroperasi 24 jam dengan kapasiti 6 juta orang yang menaikinya setiap hari.Paling penting efisyen sangat.Semalam aku tunggu tak sampai 8 minit nambelas saat terus zupp sampai depan mata.Tu yang buat aku suka sangat naik public transport di London ni.


Nilah dia Stadium Wembley. Aku tak tahu perlawanan apa yang biasa berlangsung di sini sebab aku tak tahu apa apa pasal bola.haha.Yang aku tahu ia adalah sebuah stadium diantara 116 stadium yang wujud di England.Rajin kan aku cari info fakta ni. aku pon baru tahu bapak banyak gila stadium yang wujud di England.




Oh ya, sebelum tu mari kita telusuri dulu sejarah asal usul kebangkitan stadium ni.Dah macam cerita sejarah pahlawan melayu pulak nak ada perkataan kebangkitan bagai.kahkah. Stadium Wembley merupakan stadium nasional bagi negara England.Stadium pada asalnya telah dibuka pada tahun 1923 dan ditutup pada tahun 2000.Dalam masa 7 tahun stadium ni diruntuhkan dan dibina semula seterusnya dibuka pada tahun 2007.



Aku ada letak beberapa keping gambar di facebook selebihnya aku akan masukkan dalam blog.Kenalah jaga eksklusiviti.haha poyo kejap.Takdelah kalau nak tahu detail kenalah baca blog kan sebabnya aku ni mana boleh kalau tak mengarang panjang panjang.Bukan yasmin namanya kalau tak menulis berjela jela tu.


Cantik pulak gaya sepupu aku ni dari belakang.Dah la tinggi lampai sesuai sangat jadi model.


Tube biasanya refer to underground so turun bawah ni boleh ke stesen underground.Orang British biasa pronounce tube=ch so bunyinya macam chube.



Di sekitar Wembley Park ada macam macam tempat yang menarik.Bukan sekadar taman je.Masa aku datang ni kebetulan pula ada funfair.Shopping mall, wayang, library, cafe semua ada kira macam one stop centre.Mudah dan senang kan.


Ramai pulak orang.Masa ni aku tengah walk-in area stadium bahagian atas so nampak semua pemandangan bahagian bawah.Tak silap time tu macam ada persembahan tapi tak surelah pula siapa yang buat persembahan.Aku just dengar dari jauh speaker tu nyanyian macam kumpulan ala ala rap gituuu.huhu


Ulat buku kenalah rajin pergi library (angkat bakul naik sendiri). Time ni ingat nak masuk lepak lepak baca buku tapi dah nak tutup dah, takpe aku bagitahu cousin nanti nak pegi library dekat rumah pinjam card dia nak pinjam buku bebanyak.Area tempat kami ni pun besar jugak library dia macam macam buku ada.


Acah acah je ni.Tiba tiba rindu pulak zaman belajar galas beg sandang camni.


Okey, aku tahu kau nak kata aku skema galas beg camni kan.Beg laptop tapi bukan bawa laptop, aku bawa camera je.Tak sempat nak gagau handbag jumpa beg laptop pun jadilah.Janji selesa dan bahagia.haha


Statue pemain rubgi. Since stadium ni multi-use venue, semua jenis sport/event boleh diadakan disini.Masa datang ni ada ramai pelancong jadi kena bergilir nak ambil gambar dengan statue.Aku pon tak tahu apa nak megah sangat dengan statue ni.kah


Okey, posing style camni memang trademark aku.Dimana ada aku disitu at least kena ada sekeping candid.


The view sepanjang menuju ke stadium.


Ha, baru nampak jelas sikit pemandangan keseluruhan Wembley Park, masa ni aku berada di bahagian cinema shopping mall tingkat atas.Gigih kau naik sampai ke atas semata mata nak cari position yang cantik untuk ambil gambar.


Orang lalu lalang di sepanjang laluan siap ada performance busker perempuan mat salleh menyanyi.MashaAllah dia punya suara punyalah sedap.

video

Nasib sempat record.


Nilah mall yang aku maksudkan.Aku suka sangat konsep open mall macam ni sebab boleh tengok view dari luar sambil minum cafe ke.Negara Europe memang famous dengan dia punya open cafe/mall ni kan.Yelah dah nama negara 4 musim dan hujan pun tak sekerap di negara hutan hujan tropika.hiks


MashaAllah I love so much the weather.Jangan fikir summer dia sama macam panas kita tau.Musim panas dia bersamaan air-cond dalam bilik kita.About 18-22 darjah celcius.Cousin aku duk cakap panas panas, nak je aku angkut dia bawa balik Malaysia baru kau tahu apa erti panas yang sebenar.lala~


Bestnya kalau dapat dating dengan suami dekat sini.lol, suami terus dah tak main BFF, boyfriend ke.ngee~.Oh ya, dulu aku pernah datang sini 5 tahun lepas.Apa yang aku boleh katakan memang dah banyak sangat berubah.Dulu rasanya stadium je yang wujud area ni.Taman taman semua mana ada.InshaAllah next aku akan ke Central London, tak sabar nak tunggu auntie bawa.Dia dah janji siap siap nak buat suprise kat aku so next entry aku akan story tentang Central London pula.Nak tahu tempat apa aku akan visit, tunguuuuuu.

Thanks for reading my entry
xoxo

28 July, 2016

Feel Bless & amp; Little treats @ Creams,London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Post kali ni agak random je takde specific tajuk yang aku nak bincangkan.Anggap jelah macam rojak.Lagipun dah lama tak buat post rojak.Semenjak dua tiga hari ni asyik terfikir la jugak la settle down kat sini walaupun dah fikir sejak bangku sekolah lagi.Kalau boleh nak bina kerjaya, bina family (ecewah) di London ni seperti yang di-suggest oleh family. Yelah, sebab aku dah ada peluang, orang lain belum tentu lagi dapat peluang macam aku.Kalau tak disebabkan nak convo bulan 10 ni and ada appointment braces memang aku dah tak balik.Mohon visa kerja and terus menetap disini.Tapi tak semudah A,B,C la kan.Of courselah perlu melalui beberapa procedure sebelum dapat bermastautin.

Sepanjang aku berada di sini hampir dua minggu dah kerja aku asyik makan je. Makan tido, makan tido dan aku dapat rasakan berat badan aku dah makin naik.Aku aim sebelum balik Malaysia nak gain 10 kg so lepas ni bolehlah aku masuk rancangan "The biggest gainer".Mana taknya family aku terutama nenek memang akan pastikan aku makan.Setiap hari dia akan tanya aku dah makan ke belum Paling buat aku terharu bila nenek tolong sudipkan nasi ke dalam pinggan dan tuangkan air untuk aku.Hampir menitis air mata aku taip kali tengok kasih sayang nenek pada cucu dia ni.Padahal aku jumpa family belah ayah once in a while je tapi aku dapat rasakan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada mereka.Alhamdulillah ya allah untuk nikmat ni.

Dah lah, nanti bila cerita panjang panjang jadi drama slot Akasi pulak.Semalam aku teman auntie pergi hospital di Middlesex sebab dia tak berapa sihat. Hampir 3 jam menunggu. Dia cakap menunggu giliran 3,4 jam tu adalah perkara biasa aku cakap what?? Di Malaysia kalau kena tunggu hampir sejam pon dah terkeluar segala sumpah seranah dan segala jenis perkataan yang wujud dalam dunia ni kan tapi kat sini tunggulah kauuuu seredhanya ya.


Anddd yes after teman auntie, aku dengan cousins dapat treats makan dessert di cafe ala ala hipstur depa kata..haha, tu je point dia sebenarnya kemain panjang lebar kehulu kehilir pergi explain dulu gajah,zirafah,rimau,badak sumbu bagai kan.


Nama tempat ni Creams tapi bukan cream muka tuu tau.


Whistle a little tune of myself.


Baik, cheq pikiaq dulu nak makan apa ya, yang pentingg calorienya mesti tinggi (cakap dalam hati).


Kata nak tambah berat badan kan jadi aku orderlah waffle terlajak nutella dengan ice cream ni.



Ice cream ni pon sedap gak tapi dah lupa nama dia.


Kau dah kenapa nak snap satu persatu gambar.Jangan salah faham ye, aku snap sebab rasa macam rugi sangat tak ambil gambar kek kek yang cantik ni walaupun yang ni bukan aku yang punya, ekeke disamping menggilap skill photography kununnya la.


Kek red velvet ni pon sedap sangat. Auntie dengan dua orang cousins aku makan tak luak pun jadi aku yang tolong habiskan kek yang depa tak habis makan ni.rugi kot, kan membazir itu amalan syaitoon.

Thanks for reading my entry
xoxo

25 July, 2016

Bersiar siar di Cardiff, Capital of Wales ; United Kingdom

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Kali ni aku memang excited nak menulis dan story tentang perjalanan aku ke Cardiff, The Capital of Wales semalam. Kebetulan pula rezeki aku kali kedua pergi Cardiff.First masa tahun 2003 aku datang dengan ayah ziarah family.Kali ni pula aku pergi dengan auntie by kereta.Sebenarnya tujuan kami ke sana untuk hantar semula sepupu kepada auntie dengan baby Khalil ke rumah mereka after tinggal semingu dengan kami semua untuk attend wedding uncle so aku apa lagi joinlah sekali dah ada peluang depan mata.hehe.Masa datang dulu pun dah tak ingat dah Cardiff camne sebab time tu kecik lagi.

Sebelum tu aku nak tunjuk dulu Cardiff ni located kat area mana based on peta sebab aku pun tak ingat so kita buat research sikit.Baru aku tahu Ireland, Scotland,England dan South Wales merupakan negeri negeri yang membentuk The Great Britain, United Kingdom. Tak silap aku dulu masa Geografi tak belajar pun peta UK.haha, ayat orang tak nak kalah. Baiklah, nampak tak Cardiff berada di bahagian bawah sekali di Wales, ya Cardiff located at the seaside dan antara tempat yang paling popular adalah Cardiff Bay. Perjalanan daripada Harlesdan, London (rumah family) ke Cardiff memakan masa lebih kurang 2 jam 50 minit.



Pemandangan sepanjang perjalanan dari England (London) ke Wales (Cardiff) tersangatlah cantik terutama dia punya ladang mashaAllah lawa sangat. Walaupun aku banyak tidur sepanjang perjalanan, tapi aku tak lepaskan peluang ambil the best shot.haha. Rugilah dah jalan jauh jauh tak ambil gambar kan.

Benda yang menarik perhatian aku sepanjang perjalanan ke sana adalah kitaorang melalui jambatan yang dipanggil The Severn Bridge. Jambatan nilah yang menghubungkan England ke Wales. Sepanjang jambatan tu kita boleh tengok sungai yang memang cantik subhananllah.


England wales border crossing via Severn Bridge. Nama Severn Bridge diambil sempena nama The River Severn yang melintasi sepanjang laluan.Image aku pinjam google sebab tak dapat nak ambil proper image sepanjang laluan dengan kereta.


Sampai je Cardiff kitorang terus ke restoren Lubnan yang terletak di sekitar bandar Cardiff.


Nama restoren ni Lilo Grill House.


Yay, masa untuk order menu.Time ni kitorang memang dah lapar giler sebab masa sampai tu dah pukul 6 petang and masing masing belum makan lunch lagi.


Mixed stick with chicken and rice plus fries. Aku main sebut je nama ok sebab aku tak tahu specific full name dia dekat menu since sepupu kepada auntie aku yang order dan dia yang belanja kitorang semua. Dia kata dia pernah makan kat sini so dia suggest menu ni which is the portion for 4 people tapi dia punya portion dah macam untuk 10 orang je aku tengok.ekeke.Tengok tu tangan baby Khalil.Dia pun tak sabar nak makan.hiks.Stick dia memang sedap hokeyhh banyak giler aku makan tapi sosnya tak berapa nak sedap sebab rasa sour. Aku lebih prefer sos chili pekat manis.huhu anyway bersyukur la kan sebab orang dah belanja kita makan.


My fevret apple juice.


Sempat lagi shot gambar unta memang betul betul rasa kat timur tengah bila berada dalam restoren ni.


Pemandangan luar restoren.Sepanjang laluan boleh tengok banyak small stores/shops dan pejalan kaki.It is a typical European country view.


sumber: google pemandangan Cardiff Bay pada waktu malam.

Lepas makan, hantar baby Khalil dengan mommy nya ke rumah, terus pergi ke Cardiff Bay. Masa aku sampai still lagi siang sebab time summer siang lagi panjang daripada malam.Maghrib kat sini pukul 9 pm so masa kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pm camtu still lagi cerah.


Sesuai sangat kalau nak beriadah petang petang kat kawasan ni.


Cantik kan pemandangannya.Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di Cardiff Bay antaranya ialah Wales Millenium Centre, Cardiff Bay Barrage, Cardiff Bay Water Activity Centre,World of Boats dan banyak lagiii.


Mat salleh mundar mandir disekitar kawasan Cardiff Bay.hehe


"Wait ya, make sure you do take the best shot ever of me". Kataku kepada sepupu.haha.


For those who loves nature this place gonna rock on you.


Dapat bergambar pun dah happy kalau dapat buat aktiviti melompatlah aku.Tapi kali ni just datang sekejap je.Next time inshaAllah akan datang lagi.Auntie siap janji nak bawa jalan merata tempat bandar Cardiff katanya.Ni buat aku nanes ni.huhu


Kat sini pun ada eye juga tapi bersaiz  mini tak sebesar di kota London cukup membuatkan tempat ini nampak gah dan meriah.Bangunan merah ni namanya Pierhead telah dibina sejak tahun 1897 berfungsi sebagai heritage centre.Kiranya bangunan majestic yang unik ni telah menjadi kebanggaan dan focal point di Wales lebih 118 tahun yang lalu.


Jap, tak faham kenapa kaki boleh menghala macam tu.haha nasib baik bawa PA boleh suruh dia snap gambar banyak banyak buat gaya mengarut camne pon tetap dilayan.yes, iloikee 


I just wanna feel the sea breeze.


Mohon jangan dilayan Siti dengan Rahmat yang tengah dating kat belakang tuu.Focus kat aku je k.

Acah acah Kim Kardashian.


Rumah kat belakang tu bukan white house ye walaupun ianya berwarna putih.


Melepaskanmu bukan mudah bagiku melalui semuaaa ini.I am running out of caption guyss.haha


Jap, nak cuci spec sat.


Selfiee dan ngangaaa.Bayang tuuu epic sangat awww


Semasa perjalanan pulang dapat tengok sunset lawa sangat mashaAllah.Aku ada record video sepanjang perjalanan dalam kereta.Nanti aku upload bila rajin.hehe


One way to get the most out of life is to look upon it as an adventure-William Feather

Yes, I definitely will come again to Cardiff.MashaAllah I love it so much.I love the stunning weather,delicious food,good people and the picturesque buildings all around.Cardiff bay is an amazing place for those who wants to feel a great serenity away from a busy place such London.Anyway, I do love London.I love them both.

p/s: Certain pictures tak letak copyright sebab malas lagipunn aku tak kesah orang nak guna gambar aku sebagaimana aku tak kesah ambil gambar daripada google.haha

InshaAllah lebih banyak lagi story aku akan upadate.I will keep myself busy updating blog lepas ni sementara rajin kan.Harap ada lah juga sedikit sebanyak info yang aku boleh beri pada korang.

Thanks for reading my entry
xoxo.