28 July, 2016

Feel Bless & amp; Little treats @ Creams,London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Post kali ni agak random je takde specific tajuk yang aku nak bincangkan.Anggap jelah macam rojak.Lagipun dah lama tak buat post rojak.Semenjak dua tiga hari ni asyik terfikir la jugak la settle down kat sini walaupun dah fikir sejak bangku sekolah lagi.Kalau boleh nak bina kerjaya, bina family (ecewah) di London ni seperti yang di-suggest oleh family. Yelah, sebab aku dah ada peluang, orang lain belum tentu lagi dapat peluang macam aku.Kalau tak disebabkan nak convo bulan 10 ni and ada appointment braces memang aku dah tak balik.Mohon visa kerja and terus menetap disini.Tapi tak semudah A,B,C la kan.Of courselah perlu melalui beberapa procedure sebelum dapat bermastautin.

Sepanjang aku berada di sini hampir dua minggu dah kerja aku asyik makan je. Makan tido, makan tido dan aku dapat rasakan berat badan aku dah makin naik.Aku aim sebelum balik Malaysia nak gain 10 kg so lepas ni bolehlah aku masuk rancangan "The biggest gainer".Mana taknya family aku terutama nenek memang akan pastikan aku makan.Setiap hari dia akan tanya aku dah makan ke belum Paling buat aku terharu bila nenek tolong sudipkan nasi ke dalam pinggan dan tuangkan air untuk aku.Hampir menitis air mata aku taip kali tengok kasih sayang nenek pada cucu dia ni.Padahal aku jumpa family belah ayah once in a while je tapi aku dapat rasakan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada mereka.Alhamdulillah ya allah untuk nikmat ni.

Dah lah, nanti bila cerita panjang panjang jadi drama slot Akasi pulak.Semalam aku teman auntie pergi hospital di Middlesex sebab dia tak berapa sihat. Hampir 3 jam menunggu. Dia cakap menunggu giliran 3,4 jam tu adalah perkara biasa aku cakap what?? Di Malaysia kalau kena tunggu hampir sejam pon dah terkeluar segala sumpah seranah dan segala jenis perkataan yang wujud dalam dunia ni kan tapi kat sini tunggulah kauuuu seredhanya ya.


Anddd yes after teman auntie, aku dengan cousins dapat treats makan dessert di cafe ala ala hipstur depa kata..haha, tu je point dia sebenarnya kemain panjang lebar kehulu kehilir pergi explain dulu gajah,zirafah,rimau,badak sumbu bagai kan.


Nama tempat ni Creams tapi bukan cream muka tuu tau.


Whistle a little tune of myself.


Baik, cheq pikiaq dulu nak makan apa ya, yang pentingg calorienya mesti tinggi (cakap dalam hati).


Kata nak tambah berat badan kan jadi aku orderlah waffle terlajak nutella dengan ice cream ni.



Ice cream ni pon sedap gak tapi dah lupa nama dia.


Kau dah kenapa nak snap satu persatu gambar.Jangan salah faham ye, aku snap sebab rasa macam rugi sangat tak ambil gambar kek kek yang cantik ni walaupun yang ni bukan aku yang punya, ekeke disamping menggilap skill photography kununnya la.


Kek red velvet ni pon sedap sangat. Auntie dengan dua orang cousins aku makan tak luak pun jadi aku yang tolong habiskan kek yang depa tak habis makan ni.rugi kot, kan membazir itu amalan syaitoon.

Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment