20 July, 2016

Majlis resepsi (ladies only) at Pavillion Hotel, London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Pada 16/Julai yang lepas aku telah ke England, London. MashaAllah terlalu cepat masa berlalu. Bayangkan last aku datang 5 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011 masa musim bunga. Kali ni musim summer pulak. Alhamdulillah so far aku dah pernah experienced semua musim di England tapi yang paling best of courselah musim bunga.

Kali ni aku ke London selama 3 bulan. Lama kan. Salah satu kenapa lama sangat aku kat sini sebab aku kena attend dua wedding iaitu wedding uncle aku yang telah berlangsung kelmarin  dan auntie pula pada bulan september nanti (sebelah ayah). Aku agak bertuah sebab kali ni auntie yang sponsor flight ticket.ahaks, maklumlah aku belum kerja lagi. Buat masa sekarang jadi je dulu penganggur terhormat, so sementara tu nak enjoylah holiday puas puas sebelum masuk alam pekerjaan nanti.


Tengok dari luar memang cantik tempat ni.Untuk majlis resepsi, hanya perempuan saja dijemput tau. Okey, mungkin ada yang pelik kenapa majlis ni involved ladies je kan. Sebenarnya, budaya Arab/Africa tak mengamalkan percampuran antara lelaki dan perempuan termasuklah ketika di majlis kawen.Time ni lah dorang boleh bersuka ria dengan sebebasnya. 


Ni first time aku attend wedding budaya lain selain Melayu. Mana taknya, aku kan tinggal jauh di ceruk nusantara jadi tak selalu aku pergi England. Kau ingat aku anak orang kaya? haha, so memang excited sangat lah nak tengok tarian gelek semua tu. Sebelum majlis berlangsung, mak aku dah cakap siap siap yang budaya Arab/Africa nidorang bersiap macam pengantin juga untuk hadiri majlis kawen sebab mak aku pernah tinggal kat Riyadh, Arab dulu ikut ayah kerja sana selama 7 tahun so mama dah familiar dengan budaya sana and yes I was shocked how they dressed up during the wedding. Untuk outfit, kasut dan mekap occasion semua auntie yang sponsor.Aku tak keluarkan sesen pon duit.Manja ngat kan itew~


Sebenarnya untuk party ni tak boleh ambil gambar kaum hawa (skema lak ayat) sebab dorang semua kan dedah aurat mementang for ladies only.hiks! Aku kan pelancong, mana boleh tak ambil gambar langsung.Nanti iolls meroyan.haha.Mula mula semua datang pakai lengkap bertudung dengan abaya pastu dorang akan bukak kesemuanya maka terserlah lah segala keseksian mereka. Setakat aku perempuan ni pon pandang tak berkelip sebab cantik gila gila okey dorang berhias berpakaian macam peragawati je semua.Pengantin kat negara kita pun tak berdandan sampai camtu sekali.serius!


Dining table.


Selagi mana pengantin belum tiba selagi tulah kau tak boleh makan.Aku tanya cousin pukul berapa biasanya pengantin datang dan dia cakap dalam 1 jam ke 2 jam daripada masa yang dijemput barulah dia akan muncul and yes memang betul pun kami semua sampai pukul 9 malam, by 10.30 malam baru nampak kelibat ketibaan pengantin.Like what? you make me starving dude!.Aku tanya kenapa lama sangat depa ni sampai rupanya dia ambil masa lama untuk bersiap. Kalau hangpa bersiap 3 jam untuk ke majlis,pengantin tu sendiri bersiap dua kali ganda daripada hangpa.Ambil kau.ekeke


The pelamins and chandelier.



Simple simple sudah.keke, lebih suka pakai camni dari awal sampai akhir majlis dah la kena pakai high heels.Kalau boleh pakai sneakers dah lama aku pakai.lulz


sekali pandang kalau tak nampak muka melayu maknanya pandai kau teka.ahaks


Opss terlebih flash pulak.Mujurlah camera ni boleh berbakti sepanjang majlis berlangsung. Biasanya ahli keluarga akan buat majlis berinai pada malam sebelum nikah keesokan harinya sama macam adat kita jugak. Bezanya bukan pengantin sorang je yang berinai tapi semua ahli keluarga tak kira belah lelaki atau perempuan akan terlibat dalam upacara ni termasuklah aku join jelah sekali dah diajak kan.First time kita lukis tangan camni.iloikee


Layan je la kau kiah mek min nak selpie ni.


Part yang paling aku suka of courselah makanan.Alhamdulillah, tekak aku boleh telan makanan timur tengah.Masa datang dulu susah jugak nak familiarize dengan makanan budaya berlainan ni yelah dari kecik makan makanan melayu tambah aku cerewet nak mampuih bab-bab makan.Certain makanan yang mak aku sendiri masak pun tak makan apatah lagi nak makan makanan dari benua lain kan tapi nasib baik when it comes to Arabian/African cuisine the taste was so yummeh especially dia punya daging memang sedap empuk sangat. Daging boleh dikatakan makanan utama kaum mereka.


The salad and samosa.


Lupa pulak nak snap dessert ice cream halwa so aku pinjam gambar google jap nak tunjuk korang.Halwa adalah salah satu manisan Arab yang popular.


ice cream halwa.



Cermin camni kalau ada dalam bilik tidur jadikan dressing table memang heaven kan.


entrance hall.


Kau akan tengok banyak gambar aku jelah ek, yang lain tu privacy. Siapa ada peluang untuk hadiri majlis kawen budaya lain silalah pergi. Boleh tengok budaya berbeza dan jumpa kenalan dari pelbagai latar belakang.Ada sorang ni aku jumpa dia dari Mauritius sebiji muka orang Melayu.Dia tegur aku dulu pastu borak borak and dia kata ni first time dia attend majlis kawen camni and it such great thing to be experienced. Salah satu yang best tentang London sebab penduduknya terdiri dari multi races datang daripada seluruh pelusuk dunia. Kadang tu rasa macam bukan kat negara mat salleh pon ada dan paling penting tak rasa awkward bawa imej islam.Dorang tak pandang pelik perempuan yang bertudung macam certain negara lain dimana tahap islamphobia memang ketara.


The wedding card. Oh no, bukan aku ye yang kawen kebetulan nama isteri uncle aku tu Yasmin Osman.Sebijik nama aku. letak Yusuf di belakang, lengkap.haha. Nampaknya ni petanda awal untuk aku kawen lepas ni.dah lah usia kitorang sama.Tak sangka auntie aku sebaya dengan aku.hiks

Itu jelah kot dah malas nak tulis panjang panjang eh yeke tak panjang. No worries banyak lagi benda nak cerita pasal London ni dan aku akan update dari masa ke semasa so please stay tuned for those yang rajin nak baca kembara aku ke England.ecewah.hehe

Thanks and regards
xo
Post a Comment