31 July, 2016

Melawat Wembley Park, London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Semalam tak planning apa pun just rasa boring je asyik duk layan drama memanjang. Aku whatsapp cousin ajak dia ke Wembley Park.Terus siap then kitaorang keluar dengan bas. Sebelum tu kami topup dulu Osyter card di grocery shop.Senang sangat nak bergerak kemana mana dengan Osyter card dan boleh digunakan juga untuk naik underground/overground.Jarak daripada Harlesden, rumah kitorang tak jauh pun dengan Wembley Park dalam 15 minit dah sampai.


Jap, sebelum tu kenalah dulu berangan selpiaq disebalik langsir.Alah, bukannya kena bayar pon.Kata trend ni popular sekarang.ahaks.


Sistem bas di London adalah yang terbesar di dunia tau. Kau akan jumpa bas merata tempat yang beroperasi 24 jam dengan kapasiti 6 juta orang yang menaikinya setiap hari.Paling penting efisyen sangat.Semalam aku tunggu tak sampai 8 minit nambelas saat terus zupp sampai depan mata.Tu yang buat aku suka sangat naik public transport di London ni.


Nilah dia Stadium Wembley. Aku tak tahu perlawanan apa yang biasa berlangsung di sini sebab aku tak tahu apa apa pasal bola.haha.Yang aku tahu ia adalah sebuah stadium diantara 116 stadium yang wujud di England.Rajin kan aku cari info fakta ni. aku pon baru tahu bapak banyak gila stadium yang wujud di England.




Oh ya, sebelum tu mari kita telusuri dulu sejarah asal usul kebangkitan stadium ni.Dah macam cerita sejarah pahlawan melayu pulak nak ada perkataan kebangkitan bagai.kahkah. Stadium Wembley merupakan stadium nasional bagi negara England.Stadium pada asalnya telah dibuka pada tahun 1923 dan ditutup pada tahun 2000.Dalam masa 7 tahun stadium ni diruntuhkan dan dibina semula seterusnya dibuka pada tahun 2007.



Aku ada letak beberapa keping gambar di facebook selebihnya aku akan masukkan dalam blog.Kenalah jaga eksklusiviti.haha poyo kejap.Takdelah kalau nak tahu detail kenalah baca blog kan sebabnya aku ni mana boleh kalau tak mengarang panjang panjang.Bukan yasmin namanya kalau tak menulis berjela jela tu.


Cantik pulak gaya sepupu aku ni dari belakang.Dah la tinggi lampai sesuai sangat jadi model.


Tube biasanya refer to underground so turun bawah ni boleh ke stesen underground.Orang British biasa pronounce tube=ch so bunyinya macam chube.



Di sekitar Wembley Park ada macam macam tempat yang menarik.Bukan sekadar taman je.Masa aku datang ni kebetulan pula ada funfair.Shopping mall, wayang, library, cafe semua ada kira macam one stop centre.Mudah dan senang kan.


Ramai pulak orang.Masa ni aku tengah walk-in area stadium bahagian atas so nampak semua pemandangan bahagian bawah.Tak silap time tu macam ada persembahan tapi tak surelah pula siapa yang buat persembahan.Aku just dengar dari jauh speaker tu nyanyian macam kumpulan ala ala rap gituuu.huhu


Ulat buku kenalah rajin pergi library (angkat bakul naik sendiri). Time ni ingat nak masuk lepak lepak baca buku tapi dah nak tutup dah, takpe aku bagitahu cousin nanti nak pegi library dekat rumah pinjam card dia nak pinjam buku bebanyak.Area tempat kami ni pun besar jugak library dia macam macam buku ada.


Acah acah je ni.Tiba tiba rindu pulak zaman belajar galas beg sandang camni.


Okey, aku tahu kau nak kata aku skema galas beg camni kan.Beg laptop tapi bukan bawa laptop, aku bawa camera je.Tak sempat nak gagau handbag jumpa beg laptop pun jadilah.Janji selesa dan bahagia.haha


Statue pemain rubgi. Since stadium ni multi-use venue, semua jenis sport/event boleh diadakan disini.Masa datang ni ada ramai pelancong jadi kena bergilir nak ambil gambar dengan statue.Aku pon tak tahu apa nak megah sangat dengan statue ni.kah


Okey, posing style camni memang trademark aku.Dimana ada aku disitu at least kena ada sekeping candid.


The view sepanjang menuju ke stadium.


Ha, baru nampak jelas sikit pemandangan keseluruhan Wembley Park, masa ni aku berada di bahagian cinema shopping mall tingkat atas.Gigih kau naik sampai ke atas semata mata nak cari position yang cantik untuk ambil gambar.


Orang lalu lalang di sepanjang laluan siap ada performance busker perempuan mat salleh menyanyi.MashaAllah dia punya suara punyalah sedap.

video

Nasib sempat record.


Nilah mall yang aku maksudkan.Aku suka sangat konsep open mall macam ni sebab boleh tengok view dari luar sambil minum cafe ke.Negara Europe memang famous dengan dia punya open cafe/mall ni kan.Yelah dah nama negara 4 musim dan hujan pun tak sekerap di negara hutan hujan tropika.hiks


MashaAllah I love so much the weather.Jangan fikir summer dia sama macam panas kita tau.Musim panas dia bersamaan air-cond dalam bilik kita.About 18-22 darjah celcius.Cousin aku duk cakap panas panas, nak je aku angkut dia bawa balik Malaysia baru kau tahu apa erti panas yang sebenar.lala~


Bestnya kalau dapat dating dengan suami dekat sini.lol, suami terus dah tak main BFF, boyfriend ke.ngee~.Oh ya, dulu aku pernah datang sini 5 tahun lepas.Apa yang aku boleh katakan memang dah banyak sangat berubah.Dulu rasanya stadium je yang wujud area ni.Taman taman semua mana ada.InshaAllah next aku akan ke Central London, tak sabar nak tunggu auntie bawa.Dia dah janji siap siap nak buat suprise kat aku so next entry aku akan story tentang Central London pula.Nak tahu tempat apa aku akan visit, tunguuuuuu.

Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment