12 July, 2016

Raya 2016

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Sementara aku masih ada mood update blog better aku menulis kalau tak nanti malas dah takde idea nak tulis apa. Aku, mama and adik as usual tiap tahun akan balik beraya ke kampung halaman kami di negeri Kelantan. Jangan tanya kenapa ayah dengan abang aku tak balik malas aku nak jawab.haha. Tiap tahun mesti excited nak balik kampung sebab dapat jumpa datuk, nenek,sedara and family belah mak semua so sekurang kurangnya terubatlah rindu kat dorang al maklumlah kitaorang balik setahun sekali je. Kadang tu aku peliks kenapalah ayah pindah jauh sampai ke Melaka padahal kampung dan rumah di Kelantan tapi apa pun Melaka tetap aku suka sebab lifestyle sangat berbeza berbanding tinggal di kampung dulu.


Memandangkan aku telahpun habis belajar, perasaan excited raya tahun ni lain macam sikit sebab dapat raya dengan sebebas bebasnya. Kalau raya sebelum ni takde maknanya nak buat kuih raya bagai tapi tahun ni rajin terlebih pegi buat tart nenas, almond london dan beberapa kuih lain alamatnya bukan hidang kat orang tapi kesemuanya dimakan oleh aku :p



Meet my cousins. Cousins belah mak memang ramai sangat tapi yang ni je ada time kumpul ramai ramai masa first day raya.haha, masing masing dah besar comel comel belaka and dah ada yang dah kawin pun.Turn aku lambat lagi kot.jangan risau.keke


Orang perempuan ni bila cerita soal baju raya memang topik fevret la kan. Biasanya tiap tahun ayah akan sponsor untuk baju raya tapi bila dia rasa macam aku ada duit kena pakai duit sendirilah, haha tapi aku tak kesah pun. Tahun ni kononya plan siap-siap nak ada tema of the year by panthone rose quartz dan serenity tapi susahlah pulak nak jumpa warna rare camtu jadi beli jelah apa apa kaler yang available di butik. Hijau pucuk pisang ni pun ok tak sangka pulak boleh match dengan background rumput kan.hihi


Tangan ni jenis spesis tak masuk dapur basuh pinggan eh? haha, bila lagi nak kilat kilat kuku camni kan.Aku suka sangat peel off nail ni. Mudah ditanggal dan paling penting wudu' friendly.


My everything. 
Mama dengan aku kali ni matching sedondon tapi adik lari tema alah macam la sebelum ni pernah ada tema.haha


Me and Jonah,. Adik aku sorang ni macam-macam gelaran aku panggil dia.zaitun, eton, mak enon, hahaha, pengerat silatulrahim la katakan. First day raya dia demam jangkit dengan aku. Tulah sape suruh peluk sana sini kalau tak mengenyeh tak sah budak sorang ni.


Yang ni pulak sepupu aku. Dah besar panjang dah. Jangan tanya kenapa muka aku takde pipi cengkung camtu.Aku hilang 3 kg ok sepanjang puasa. Orang lain siap boleh tambah berat badan tapi kalau aku mengigau jelah.


Suka kan letak gambau jenis tak berpekdah camni. Tiba tiba mati akal tak tahu nak pegi jalan raya rumah sape dulu, yang penting bodyguard kat sebelah tu setia menemani aku sepanjang masa.



Pelbagai aneka gaya geng jemah ni semua ya.



Sebenarnya banyak lagi nak membebel tapi masa tak mengizinkan. Sebelum tu nak bagi hint sikit.Nampak tak tiba-tiba lipstick dah berubah kaler.Nak ceghita lipstick matte ni dah menjadi kegilaan aku sekarang sebab boleh tahan selama 24 jam, makan comot camne pon tak kan hilang. disebabkan aku mendapat feedback yang positif dari kawan kawan bila aku start jual pada diorang jadi aku plan nak buat online shop bagi menjual lipstick ni. Next entry aku cerita details review ya.



Sebelum aku end nak belanja gambaq masa third syawal which is my birthday! Ingatkan nak post video sebab masa balik kampung rajin pulak buat short video tapi tak sempat nak edit.Memandangkan aku baru je sampai Melaka pagi tadi pening kepala tak surut lagi.muntah satu hal.Biasa lah kalau naik bas tu kalau tak pening dengan muntah tak sah tapi nak buat camne demi balik kampung punya pasal redah jelah semua tuh.

Updated: Video Raya

p/s: Video raya ni saja buat suka-suka duration dia kurang dari dua minit je.Sebenarnya banyak video aku record tapi malas nak edit.To be honest aku memang tak pandai edit video okey.Dulu masa presentation kena buat video haru jadinya.Orang lain ambil masa kejap aku nak guna movie maker je pon berabad baru nak habis.

Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment