23 August, 2016

Dinner at Royal Nawaab London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Setiap moment yang berharga yang aku lalui atau hadiri inshaAllah aku akan cuba update blog. Maybe pada orang alah, dinner je pun kecoh nak update bukannya majlis kawen, majlis tunang atau apa-apa majlis rasmi yang membanggakan. Kadang-kadang kita tak sedar the small little things yang berlaku dalam hidup kita itulah that can gives us happiness. Trust me, it can give you a total happiness cuma kita perlu sedar dan hayati.


Sejujurnya aku bukan seorang yang suka attend dinner/function/occasion mahupun apa-apa majlis termasuklah majlis kawen orang, kalau aku datang pun bukannya nak bermingle tapi nak makan semata.wakaka. Tak tau la camne majlis kawen sendiri nanti mesti tak siapa nak datang tapi aku tak kesah pun.lol. Aku miss dua event dinner final year fakulti dengan kolej sebab malas pergi. Paling tak boleh belah kena menghadap pengetua tahan telinga dengar dia ceramah panjang lebar pasal tak datang event.Aku siap list alasan alasan yang munasabah dalam buku nota sebelum masuk office jumpa pengetua lastnya dapat jugak stay kolej kalau tidak, tak pasal-pasal je kena kick out dari asrama dek kerana tak support event kolej.


Berlainan dengan dinner kali ni which among family yang aku rasa more meaningful. Auntie aku yang organized buat suprise untuk kitorang.Kiranya private dinner di sebuah restoren yang sangat ekskusif iaitu di Royal Nawaab as seen in the first photo. Aku tersangatlah excited sebab aku dapat spend masa dengan yang tersayangsss.ngeheh, Jangan salah faham bukan date dengan pakwe okey! uolls nakal tau sejak bila fikir I dah ada someone.krikkkk


First time pakai shawl gaya camni.Kononnya bikin panas kelainan.


Royal Nawaab restaurant serve Indian & Pakistani food yang semestinya halal ye.Environment bahagian luar sangat cantik serius sebiji macam hotel dan ada juga menyediakan prayer room. Mostly customer yang datang ke sini adalah muslim.




Awal awal lagi aku nak suggest please la datang sini jika berkesempatan sebab Royal Nawaab adalah  salah satu restoren Pakistan yang terbaik di London. Selain tu kita cuma bayar untuk package makanan yang unlimited, kemudian environment dia yang sangat cantik! Lastly, semua makanan dia memang kena selera Melayu sebab masakan kita pun banyak derive daripada India kan. tengok, banyak point aku bagi nak pengaruh orang.hiks.


First round. Kenalah rasa my fevret Lasagna diikuti oleh wedges, fries, ayam berserta fillet fish ala-ala herbs gituu.Apa aku boleh cakap rasanya memang superb!


Air paling sedap dalam dunia yang aku pernah rasa. Campuran cranberry, peach and orange with soda.


Second round. Stick, nasi beriani dan yang lain-lain tu aku tak tahu nama.


Dalam hati memang awal awal tu dah berkira nak makan at least 5 round tapi last last tak tak mampu terus give up and rasa dia punya dessert banana and chocolate ice cream.


Bahagia keriangan. Syukur dengan rezeki Allah.Tengok, pipi dah naik dah tuu sebelum ni cengkung je. Guess what, sebulan aku kat London berat naik 4 kilo means setiap minggu berat aku naik sekilo.Mana taknya kalau tiap hari kerjanya asyik makan je. Orang lain tengah lena tidur pun kadang kadang aku ke dapur menggagau makanan.


See, penuh dengan puak Pakistan kan. Bahagian hujung tu semua makanan. Pilih la kau nak makan apa tapi kalau bawa orang yang perut kecik macam aku ni agak rugi sebab makan kejap je dah kenyang sebab tu aku kena makan regularly in a small portion.Tips ni paling berkesan so far untuk gain weight tapi melihatkan apa yang aku makan sekarang I don't think its small portion :p


Lampu chandelier ni menonjolkan ciri-ciri yang exclusive and elegant.


Tak tahulah kenapa nak letak gambar yang sama bercirikan angle 45 darjah ni.


Combination dress pink dengan merah rasa macam matching pula. Oh ya, aku bukan seorang yang suka spend duit beli dress lawa-lawa untuk ke majlis/dinner. Apa yang ada aku pakai je lepas tu mix and match dengan mana-mana tudung. Akhirnya lawa jugak kan.

Thanks for reading my entry.
xoxo.
Post a Comment