10 August, 2016

Jalan Jalan Kota London ; Harrods

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Semalam aku pergi Central London. Memang wajib la pergi sini kalau dah datang London kan. 5 tahun lepas aku dah visit London Eye, Trafalgar Square, Madam Tussauds, London Cruise, Tower Bridge, London Bridge, and beberapa tempat lain di Central London. kali ni pula aku teringin nak pergi Harrods. Sebelum ni tak berkesempatan lagi nak pergi Harrods. Jadi kali ni alang-alang nak cari cincin diamonds auntie aku untuk kawen dia, sebenarnya dia nak suprise kan aku ke Harrods sambil minum evening tea tapi aku dah buat siap-siap itinerary sepanjang di sini and aku suggest la kat dia nak ke Harrods so suprise dah tak jadi.haha


Kitaorang ke sana menaiki underground dan overground. Stesen terdekat underground daripada rumah kami iaitu Harlesdan lebih kurang 15 minit je jalan kaki. Kau jangan tanya aku macam mana nak naik underground ke Central London sebab aku pun terkial-kial belajar peta dia haha, tapi aku hafal la sikit sikit corak perjalanan jadi kalau pergi berteman tu inshaAllah boleh survived wakaka. Untuk ke Central London highly suggest naik underground ni sebab jimat masa dan minyak kereta. 


Perlu ada ye sekeping selfie paling kurang pun.


Muka excited naik escalator dia yang curam yang amat. Siapa yang gayat tu berdiri diam diam lane kanan okey. Kasi laluan siapa nak kejar masa tu berjalan lane kiri. One more thing, make sure kalau berjalan berhati hati ya dengan barang korang sebab di Europe ni ramai pick-pockets. Kalau kat Malaysia kita famous dengan kes ragut di sini dorang tak main ragut ragut, diorang main seluk handbag/poket orang tanpa kita sedar pun.dush


Baiklah, untuk ke Central London ni korang ada banyak pilihan sama ada nak naik overground/ underground. Biasanya topup je guna kad oyster jimat pun jimat tapi kena berhati-hati sebab kalau korang tak lalu laluan yang sepatutnya dia akan tolak duit daripada kad osyter. Contoh macam auntie aku pernah cerita dia terskip laluan daripada dikenakan charge 9 GBP terus jadi 27 GBP. Banyak tuuu! Jadi, bagi menghindari masalah terbabit (ayat karangan SPM sangat), boleh lah juga beli kad travel which is valid for the whole day so uolls boleh berjalan kemana saja.Tak silap aku harga one day kad travel ialah10 GBP kalau discount pun boleh dapat 8 GBP.


Daripada rumah kami naik underground, kemudian tukar overground di Westfield. Daripada Westfield naik central line ke Picaddily Circus lepas tu tukar lagi ke Knightbridge di mana terletaknya Harrods tu. Aku harap tak bagi info yang salah, haha jenuh aku nak ingat laluan dia satu persatu. Tapi dorang kata jangan risau once kau dah faham and familiar dengan maps segalanya jadi mudah.


On the way ke kedai diamonds cari cincin kawen aku dah lupa nama tempat dia tu apa. Yang penting kenalah bergambar dengan iconic London Double Deck ni. Dulu datang sini tak ambil proper pictures sebab handphone aku pakai nokia entah zaman bila apatah lagi nak ada camera.haha so dulu mengharapkan ihsan auntie aku tolong ambilkan satu persatu pakai iphone dia.kehkeh


Arghh, suka sangat dengan gambar ni. Hang kalau tiba-tiba sesat handphone habis bateri or takde topup call je kat sini okey. 


Bila dah masuk shopping mall tu first sekali cari cermin dulu. Kalau tak singgah shopping tu tak sah la kan sebab London adalah salah satu destinasi shopping yang popular dalam kalangan pelancong so nak tak nak kau kena jugak berbelanja di sini. Takde duit pun korek je tabung celah mana-mana. Untuk shopping, tempat yang popular adalah seperti Top shop,Forever 21, H&M, Selfridge and Co,Zara then banyak lagi.You name it! tapi aku rasa yang paling best of course la Primark. Merata rata aku tengok orang duk bawa paperbag shopping tu tak kiralah on the streets or dalam tube. Sebab apa? sebab barang barang di Primark tersangatlah murah. Nak nangis tengok kasut,baju dijual dengan harga 5GBP je and banyak lagi barang yang murah murah kat situ.


Bertuah suami dapat isteri nanti kaki selfie bukan kaki shopping. Selamat duit daripada melayang ye tapi eh paperbag hitam tu apabenda?


Tapi seriously sesungguhnya aku bukanlah seorang yang shopaholic pun. I am not that avid when it comes into shopping. Tapi sekali sekala tu nak la jugak merasa pakai barang branded jadi sometimes tu reward la diri sendiri kan kalau dah rasa ada duit lebih sikit. Sekarang ni belum kerja jadi takdelah megah semua benda nak kena branded. Kadang main terjah je tak kira barang mahal or murah janji lawa dan selesa.hehe.


Time ni auntie tengah shoping shoping dalam tu, aku memang tak boleh berlama-lama kat dalam nanti bosan so terus panggil PA aku yang dua orang tu merangkap cousins tolong jadi photographer. Setia je tiap kali suruh tolong tangkap gambar. ayat dia
"Yasmin, you seriously gonna pay me because I have becoming your photographer"
me: Okey, I'll pay you a kiss! definitely haha


H&M ni merata-rata di area London.


Muka ada gaya Che Ta tak? hehe nak perasan diva sekali sekala tak salah kan.haha


Nilah bangunan Harrods. Apa yang best sangat pasal Harrods ni sampai orang sibuk duk cerita sana sini. Okey, Harrods dulu pemiliknya ialah billionaire Mesir Muhammad Al-Fayed ayah kepada Dodi. Dodi ni dulu kekasih Puteri Lady Diana lepas dia bercerai dengan Putera Charles. Meninggal tahun 1997 car crash sekali dengan Puteri Lady Diana.Kasi story sikit for those yang lupa or tak tahu.


 Sekarang Harrods pemiliknya ialah Qatar Royal family setelah dijual oleh Al-Fayed tahun 2010 tak silap. Harrods adalah sebuah department store yang menjual pelbagai barangan branded. Paling fames orang kata perfumes dia. Sebab time sales memang murah gila. Tapi aku nak pergi pun bukan nak beli apa pun. Tiada motif sangat lainlah Pak Arab yang kaya raya, bawa duit pun beribu riban spend macam kat kedai runcit Pak Ali memang kaya sungguh diorang ni. Merata rata penuh dengan muka Pak Arab je lah.


Pemandangan Harrods waktu malam
sumber:google


Datang sini pun memang dah plan nak pergi makan ice cream parlour or minum evening tea and nak cari souvenirs brand Harrods je. Yelah nak beli designer handbag jenama Gucci, Prada, Velentino, Dolce & Gabbana etc tu semua memang takde maknanyalah kan kalau setakat RM 10K paling minimum sedebuk ada dalam poket begitu aje.eh?


Dalam Harrods ni memang sangat besar dan luas. Memandangkan main focus kitorang nak cari souviners, kami terus ke level dua dimana terleteknya section for Harrods Gift. Aku grab bag kaler hitam tu. Ingat nak warna pink tapi hitam lagi lawa.keke Sebenarnya banyak lagi bag yang lawa lawa pening cik kak nak pilih. Tak silap aku murah je bag ni 5 GBP so dalam RM25 hengget satu bila convert.


Boleh tahan mahal ek loceng bulat ni. Yang hakak duk pegang barang Chrismas ni nak beli buat apa? Nak buat pekasam! haha


Taraa, ramainya berebut nak bergambar dengan awak Cik Harrodsy! Main sebut je nama.


Layan jelah ok.


Eh, kasut kita sama! Kenapa ayat macam orang ketandusan idea je ni.


This is replica Dubai! Cantik sangat sangat. Depa ni nak promote housing area kepada pak arab kot mementang dorang selalu shopping sini ek. Teringin sangat dari zaman sekolah lagi nak kerja sini. InshaAllah one fine day.


Mula tu dah excited nak rasa ice cream parlour tapi punyalah ramai orang beresak-esak beratur kena tunggu 15-20 minit so tak jadi then cancelled. Auntie cakap nak bawa lagi sekali makan kat creams. Yay!


Okey, dah nak balik. See, tak banyak pun aku shopping. Dari awal sampai akhir duk pegang paperbag hitam tu jelah. Lebih kepada jalan-jalan bergambar.Dah!


Penat berjalan 5 jam tanpa henti. Kalau ikutkan banyak lagi tempat nak pergi area Central London ni antaranya ialah Hyde Park, Serpentine Lake, River Tames, Lady Diana Memorial Fountain, Science/History Museum and Tate Modern. Semuanya free. Takpe plan slow slow ada banyak masa lagi jangan risau.hehe


Sekarang dah boleh pangkah wishlist Harrods dalam buku nota itinerary hiks Lepas ni akan ada lebih banyak lagi siri pengembaraan Yasmin Yusuf di bumi England ni ceh and inshaAllah kalau ada rezeki aku akan ke European country dalam masa terdekat. Jadi pada siapa yang rajin baca tu tunggu la ye.

Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment