19 August, 2016

Melawat Museum dan Hyde Park di London

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas aku keluar lagi sekali ke London Central. Kali ni aku keluar dengan isteri kepada uncle aku yang baru kawen bulan lepas. Kira newly wed lagi tapi mashAllah punyalah baik sangat pandai blend in dengan family termasuklah anak saudara suami dia ni pun pandai ambil hati. Dia tanya aku mana lagi tempat aku nak pergi di London ni maka aku keluarkanlah notes yang aku dah save siap-siap dalam handphone cap ayam aku tunjuk kat dia and dia willingly ajak aku keluar. Ibarat pucuk dicita ulam mendatanglah aku.


Aku plan nak keluar pukul 10 pagi sebab banyak sangat tempat yang aku nak pergi hari tu tapi biasalah auntie aku tu housewife agak busy nak siapkan breakfast etc semua tu so kitoarang geraklah dalam pukul 1 lebih hampir menjengah angka 2 petang. Aku suggest kalau nak berjalan jauh and if ada banyak tempat nak visit silalah jangan gerak lambat. Rugi masa tapi aku tak kisah sangat sebab aku duduk London kali ni pun lama. Nak relax berlama-lama pun takpe siap boleh bergambar di balkoni apartment lagi walaupun dah lewat.haha


Tengah tunggu tube di stesen berhampiran rumah. As usual untuk ke Central London memang kitorang sentiasa naik underground/overground. Aku lagi prefer travel card unlimited for one whole day daripada kad osyter untuk naik tube sebab tak payah pening fikir nak jalan mana terus terjah je semua tempat yang kau rasa nak pergi. Harga travel card 13 GBP je. Abaikan hadiah sekotak kat tepi tu ya. saja edit sebab nak sorok sampah yang hodoh kat situ.


Yes, akhirnya tercapai jua hasrat nak melawat museum. Kali terakhir aku melawat 3 tahun lepas di Melaka. Kira okey la tu daripada hang last pergi masa zaman sekolah rendah time lawatan sambil belajar kan kan.Jangan tipu iolls tahu.ekeke. Museum ni located di South Kesignton. Memandangkan aku minat Sejarah dan Science jadi aku pilih untuk ke Victoria & Albert Museum, Science Museum dan Natural History Museum.  Cantik sangat reka bentuk ancient bangunan dia. Kalau korang perasaan Kota London ni unik sebab kawasannya membangun dan maju tapi dalam masa yang sama bangunan yang berabad lamanya masih tetap dipelihara. 


Victoria and Albert Museum diambil sempena nama Queen Victoria and Prince Albert. Ia merupakan museum decorative & art yang terbesar di dunia 


Lampu dia. Tu diaaaa


Disebabkan addicted dengan drama series REIGN, maka ke Museum ni melihat fashion,furniture architecture, painting, jewellery and etc golongan raja dan permaisuri zaman 17 and 18 century adalah satu kepuasan bagiku.


Comel je baju cinonet ni. Macam manalah dia jahit teliti camni.


Mirror! mirror in the world


Kamar beradu. Dipanggil chamber tak silap sebab selalu dengar dalam cerita Reign tu.


Kubah apabenda entah.


Pantang ada cermin.


Dalam banyak banyak tempat, aku rasa tempat ni paling cantik walaupun nampak functionless


Bergambar kejap dekat luar selepas dah habis terokai V & A museum then terus ke Science Museum pulak.


Segala benda berkaitan angkasawan mesti menarik perhatian aku. Cuba teka siapa abang Yuri Gagarin ni? Tak tahu nanti kena sekeh dengan Dr Sheikh Muszaphar.


Lepas dah habis tawaf Science Museum terus ke Natural History Museum.


Pemandangan dari luar.


Natural History Museum ni jarak sekangkang kera je dengan stesen underground South Kesington.


Kesibukan kota London.


Lepas jalan jalan of course la lapar kan. Aku request nak makan burger place sebab aku kan ratu fast food. ngee~ so diorang suggest aku makan American burger halal semestinya di Oxford Street, The Tinseltown. Aku order beef cheese burger and chocolate shake. Diorang disini by means isteri kepada uncle aku bawa dia punya kakak dengan adik sekali join hari tu so aku lepak dengan diorang. 

MashaAllah punyalah baik depa layan karenah aku yang pelancong la sangat kan. Siap tanya nak makan kat mana and nak jalan mana. Kiranya aku yang buat keputusan untuk semua benda.hiks, rasa disayangi sangat. Eh, tak silap kalau keluar dengan sesiapa pun mesti aku yang kena buat keputusan kalau tak bersedialah untuk ditinggal. Walau apa pun kena jugak jadi group leader.wakaka


Lepas siap makan terus ambil bas ke Hyde Park. Oh ya sebelum aku lupa travel card boleh juga digunakan untuk segala bentuk perkhidmatan bukan sekadar train je tau termasuklah bas. senang kan. Masa sampai di Hyde Park dah lambat hampir pukul 8 malam so view tak berapa nak cantik bila snap tapi at least dapatlah jugak gambar yang lawa sebelum sunset. Time tu tak fikir nak bergambar dah sebab penat jalan sakan di museum pagi tadi. Padahal di Hyde park ni macam macam aktiviti yang boleh dibuat dan luas. Aku tak sempat pun nak ambil gambar di Serpentine Lake and Lady Diana Memorial Fountain. Nak emo kejap boleh tak.

Jadi kami just duduk lepak lepak di taman ni. Antara yang topik yang dibualkan adalah setiap orang kena ada nama panggilan Western. Diorang masing-masing ada nama panggilan jadi katanya aku pun kena ada jugak. Jenuh la duk fikir nama apa akhirnya come out dengan nama Rebecca.haha Rebecca pon boleh.

Rasanya tu jelah kot post kali ni.

Thanks for reading
xoxo.
Post a Comment