01 October, 2016

Latihan Industri di Melaka Bioteknologi Corporation

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Sebenarnya aku ada terima beberapa pertanyaan daripada student yang nak apply internship di Melaka Bioteknologi Corporation lepas aku buat entry cikai perasaan first day. Konon cerita pengalaman la kan tapi aku dah delete entry tu sebab rasa macam tak membantu langsung orang yang nak cari info.haha! Jadi untuk entry ni, aku akan cerita serba sedikit pengalaman aku sepanjang berpraktikal di Institut Bioteknologi Melaka yang terletak di Ayer Keroh ni pada tahun 2015 selama 3 bulan iaitu Jun hingga Ogos.

Aku dulu terkial kial cari info berkaitan internship di BioCorp tapi hampa sebab tak jumpa pun blog berkaitan tips, cara nak apply bagai jadi aku rasa better aku buat entry ni mana tahu boleh jadi bahan rujukan untuk adik-adik yang tengah survey untuk intern nanti.

First aku memang dah aim dari dulu lagi nak intern di BioCorp atas beberapa alasan berikut:

1. Mestilah berkaitan kerja lab dan sesuai dengan bidang aku iaitu Cell and Molecular Biology.
2. Berhampiran dengan rumah jadi bab urusan transport tak jadi masalah.
3. Menjimatkan duit (tak perlu fikir dah soal duit sewa/ makan).

Disebabkan aku jenis manusia yang berjimat cermat hence aku tak nak praktikal diluar negeri/negara melainkan kalau dapat elaun tapi untuk pelajar yang buat latihan industri ni rata ratanya tak dapat elaun termasuklah BioCorp. Kalau korang jenis yang kesah bab elaun mungkin boleh search private company bahagian korporat tapi bila aku tanya kawan-kawan aku yang praktikal di government sector mostly company memang tak bagi elaun pun. lap tisu jap ;p

Apa yang korang perlu tahu tentang Institut Bioteknologi Melaka ni?

1. Cara Nak Apply

Bab ni tak perlu risau sebab lecturer akan guide tentang cara nak apply time briefing session nanti. Lecturer akan explain berapa company korang patut target, company jenis apa yang korang boleh join dan sebagainya. Apa yang aku buat, masa second year sem 4 dulu lecturer dah start suruh survey penempatan internship untuk sem 6 nanti. Kiranya dalam jangka masa setahun tu dah start kena search. Kalau nak lengah boleh je tapi bersiap sediakan nanti tempat yang korang nak tu dah full.hihi

Memandangkan aku jenis manusia yang tak penyabar, lepas lecturer buat briefing after sem break aku terus submit resume melalui email. Make sure lah korang submit email kepada admin department sebab segala urusan berkaitan  kerja/internship biasanya diuruskan oleh bahagian admin.Then, jangan tunggu dia call/email kita sebab certain company ambil masa yang lama untuk balas email. Kenalah rajin follow up.Dulu lepas aku hantar resume melalui email dia ambil masa 2/3 minggu untuk balas tapi disebabkan aku terlebih rajin, aku terus pergi ke company send lagi sekali resume.haha! sebenarnya step ni tak perlu pun tapi aku memang nak sangat intern sana jadi aku  berusaha termasuklah call company after 2 minggu submit resume. Dorang reply lebih kurang 3 minggu centu.

Salah satu kenapa korang kena cepat cepat follow up sebab biasanya ramai student yang akan apply BioCorp even dorang takde background Biotek pun and BioCorp akan terima ramai student LI tapi bila dah terlalu ramai tak muat office, mereka terpaksa tolak permohonan even dirayu berkali kali so janganlah berlengah berlengang kangkung ye. 


2. Scope kerja di Lab BioCorp

Sebelum aku cerita panjang lebar kerja apa yang aku buat kat sana aku nak bagitahu dulu di Biocorp ada 4 lab semuanya iaitu Lab Halal & Molecular Biology, Lab Toxicology, Lab Chemical & Food Technology dan Lab Microbiology. Bila dah dapat surat tawaran korang akan ditempatkan di Lab secara random (tak boleh pilih) tapi jangan risau biasanya mereka akan tempatkan di lab yang berkaitan dengan bidang korang. Macam aku course Cell and Molecular Biology pada mulanya ditempatkan di Lab Toxicology tapi disebabkan sv aku handle dua lab, dia tempatkan juga kami di Lab Halal & Molecular Biology. Kiranya aku dapat experience buat kerja di dua lab. Jangan risau tak penat pun sebab kedua-dua lab adalah lab yang paling santai berbanding lab lain jadi bersyukurlah dan bergembiralah kalau dapat merasai kerja di makmal ni.ahaks

3. Lab Halal & Molecular Biology

Masa awal awal masuk kerja, perasaan aku sama macam korang cuak jugak lah pada mulanya.cuak takut dapat sv garang, cuak takut nanti kena bulilah dan macam macam kecuakan yang bermain di benak fikiran aku time tu tapi segala perasaan tu meleset je sebab aku dapat sv yang sangat best, kawan kawan yang baik hati dan pekerja pun mostly sporting.


Ni adalah suasana di Lab Halal & Molecular Biology. Untuk pengetahuan, lab ini menjalankan aktiviti screening dan menganalisis makanan tersebut adalah halal/tidak menggunakan mesin pcr. Aku akan cuba untuk explain menggunakan bahasa general dan minimize penggunaan jargon/terminology Science sebaik mungkin supaya hangpa tak boring.hehe



Untuk lab ni memang dah label siap siap mesin/apparatus/equipment dengan label halal dan non-halal jadi memang sangat praktikal sewaktu kita buat kerja dan yang penting adalah patuh syariah.

Untuk Lab Halal & Molecular Biology, mesti korang akan tanya perlu handle produk non-halal ke? Jawapannya adalah yes, untuk lab ni most of the time kita handle pork as a positive control. Tapi sebelum tu sv akan briefing cara-cara nak sertu after buat lab work dengan menggunakan 6x air dan 1x air tanah. For this case, kita gunakan sabun taharah sebab handy dan senang so dah tak perlu risau tiap kali nak samak kena cari tanah kat mana pulak nak gagau kan.heh! 



Kaedah prepare sabun taharah, kikis guna pisau agak agak dah 3/4 tu bancuh dengan air biasa tak perlu accurate pun sebab kita bukan nak prepare chemicals.Disebabkan semua tempat yang kita handle macam meja semua kena sertu, just spray pakai botol merah tu senang dan mudah tak payah tuang sebaldi everytime nak sertu.Dalam besen biru tu pulak sabun taharah digunakan untuk basuh semua bahan-bahan yang kita telah digunakan. kena separate dalam transportation box non-halal tu dulu sebelum dibawa ke sinki.


 Ni dia macam yang biasa kitaorang buat, homogenize pork @ apa-apa saja food products mostly dibeli secara random di supermarket. Lepas tu mix guna pestle and mortar then timbang kemudian buat DNA extraction guna Nucleospin kit kat bawah ni. Kerja meng-extract DNA adalah antara fevret aku sebab pakai kit je daripada guna conventional method yang lebih rumit and time-consuming.


Antara bahan bahan untuk memasak adalah seperti berikut so nilah dia kit yang kami guna. For those yang curious harga kit sangat mahal tau paling minimum pun RM2500 jadi beruntunglah kalau fyp korang nanti guna kit macam aku.hehe




4. Lab Toxicology

Untuk tahu lebih lanjut lab toxicology menjalankan kajian apa silalah rajin-rajinkan diri menggoogle di website BioCorp sebab aku malas nak cerita dengan details.Secara umumnya, lab ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cell culture dan bacteriology. Kitaorang berpeluang buat lab work under lab cell culture je. Biasanya job scope yang dbuat di BioCorp adalah routinized work dimana waktu ada sample baru kita diberi peluang untuk conduct lab and bergantung jugak korang ditempatkan under sv mana. Macam dulu setiap orang diberi cell line V79V dan buat subculture menggunakan cell ni.



suasana lab toxicology


Make sure semua bahan seperti apparatus/chemicals/ telah disediakan dalam biosafety hood II. Lab cell culture tak guna laminar air flow so tahap kebersihan dan keselamatan amatlah terjamin mutunya.he

Apa yang aku buat masa praktikal ialah subculture and cryopreservation. Aku dah bagi hint siap-siap so for those nak apply sini bolehlah buat revision dulu.hee,. Tujuan subculture adalah untuk replace the old media with the new media so the cells able to survive healthily and confluently. Macam kita tanam pokok kena sentiasa siram dengan air, bagi baja dan sebagainya macam tu jugaklah dengan cell ni. Rajin pulak aku bagi pengenalan kan.


Aku tak explain theoretically step yang aku yang aku buat tau kalau tak cerita dua jam pun belum tentu habis and nanti kena tukar tajuk jadi kelas Cell Culture by Dr, Yasmin pulak kan.wakaka. Aku explain in shallow je.Lagipun entry ni ditulis supaya korang dapat idea and insight untuk sesiapa yang bercadang nak praktikal di BioCorp nanti.


Discard the old media and wash with PBS buffer


Addition of trypsin-EDTA


Addition of DMEM media.


Watch any sign of detachment.


Transfer the cell into new centrifuge tube.


Mr. Frosty freezer.


Kira cell menggunakan automated counting machine macam hemacytometer.Aku harap korang semangat la nak intern di BioCorp lepas ni bila tengok gambar gambar ni semua. Saja kasi aura untuk jadi researcher berjaya.agaga


With my colleagues. Overall memang aku sangat berpuas hati praktikal di BioCorp. Banyak pengalaman yang kami dapat.Kadang-kadang buat kerja admin, malah kerja receptionist pun kami buat. Semua tu pengalaman yang berharga and those people they are so lovely. Sekarang ni aku tengah struggle cari kerja termasuklah aku ada apply juga di BioCorp. Kalau boleh nak sangat kerja kat sini lagi.Doakan aku ya :)

P/s: Semua gambar provided tidak diambil dari google. I used my very own camera. Malas pulak nak letak copyright and it means anyone can use it for academic purpose.

Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment