24 May, 2017

Promosi Istimewa Ramadan Makeup Brush

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi Ladies, macammana dengan persiapan untuk menyambut bulan Ramadan lusa? Setiap tahun Mek Min as usual ada buat list apa yang nak dicapai sepanjang bulan Ramadhan walaupun tak dapat buat semua tapi kata orang jangan tinggal semua. Betul tak hehe, Insha-Allah mudah mudahan Allah temukan kita dengan bulan Ramadhan pada tahun ni dan berikan kita nikmat masa supaya dapat beramal ibadat dengan sepenuh hati agar kita boleh bergraduat dari universiti Ramadan dengan sijil Taqwa di akhir nanti. Amin


Seperti yang korang sedia maklum, kalau ada yang sempat baca atau terbaca atau mungkin ada yang belum tahu aku ada jual makeup brush one set ni ada 7 pcs kesemuanya. Dalam post sebelum ni aku dah explain detail. Untuk post kali ni just nak inform lagi sekali promosi makeup brush akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mungkin ada yang tanya makeup brush ni untuk bawa pergi travel je ke? Tidak semestinya nak travel ke luar/dalam negara anda perlu memilikinya. Sebenarnya tujuan makeup brush ini dicipta adalah untuk memberi kemudahan touch up makeup setiap kali anda keluar. Yes, itulah kegunaannya. Sebelum ni kalau ada gegirls yang suka touch up makeup masa keluar jalan-jalan macam aku ni tak pernah pun nak bawa brush dalam handbag sebab rasa macam melampau ngatt nak bawa brush yang besar tu cukuplah makeup basic macam lipstick dan bedak compact tapi kalau nak usung brush ni rasa ringan tak bawa apa-apa dalam handbag. Ha, nampak perbezaan dia.


Sebarang pertanyaan dan untuk order you can always whatsapp me at my number given below. Akhir kata, selamat menyambut Bulan Ramadan! Jangan ponteng puasa tau. hehe, jumpa in the next entry peeps.



Thanks for reading my entry
xoxo

17 May, 2017

Promosi Ramadan 7 pcs Travel Kit Makeup Brush

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Kepada siapa yang suka mekap wajib lah ada proper brush collection kan. Paling popular sekarang ni adalah kabuki brush. Post sebelum ni aku ada sentuh sedikit berkenaan jenis-jenis brush tapi kali ni aku nak cerita lebih specific. Seperti yang korang tahu, brush ni ada macam macam jenis dan setiap jenis adalah untuk kegunaan yang berbeza. Perempuan ni adalah makhluk yang paling detail jadi setiap brush tu tak boleh main campur campur ye kena diaplikasi mengikut kegunaannya dengan betul kerana itu kami para wanita digelar makhluk yang paling aneh didunia.


Selain dari lipstick aku gemar mengumpul brush. Kebanyakan brush yang aku ada semuanya bersaiz besar jadi susah nak usung kesana kemari dalam handbag. Tapi yang bestnya dengan menggunakan Travel Kit Makeup Brush sangat memudahkan urusan hidup aku sebab dia praktikal dan handy. Mesti ramai yang tak pernah terfikir nak kena ada set Travel Makeup Brush. Sekarang korang tak perlu susah susah dah nak bawa brush yang besar time travel bawa je Travel Kit Makeup Brush set ni untuk jimat space. Nak travel ni banyak barang nak kena bawa bukan barang mekap je. Dahlah warna pink, siapa tak melting tengok rasa nak pengsan sebab comel sangat designnya.


Travel Kit Makeup Brush diperbuat daripada berus synthetic nylon yang berkualiti tinggi. Bulunya tidak mudah tertanggal dan sangat lembut. Berikut adalah jenis berus mengikut kegunaanya. Tak lama lagi nak raya kena balik kampung kan, jom selit sekali mekap brush dalam beg dah tak payah pening kepala fikir nak pilih brush mana nak bawa sebab Travel Kit Makeup Brush set dah complete ada semua yang dperlukan untuk uolls mekap cecantik raya nanti.

1. Powder/ Bronzer Brush

Soft, full and rounded, this brush can be used for both compact powder and bronzer. The bristles pick up the perfect amount of colour and distribute flawlessly onto the skin. Load your brush with the powder and shake away any excess before sweeping onto the skin

2. Concealer Brush

A soft bristled, flat brush with a wider base and a pointed tip. Use to apply concealer under the eyes, to spots and to camouflage problem areas such as broken capillaries and areas of discolouration.

3. Eyeshadow Brush

Flat, short and brimming with bristles for excellent coverage. The soft bristles have a bevelled edge for a smooth application without ‘dragging’ the eyelid. Use to apply all over colour.

4. Angle Eyeshadow Brush

A long, round and tapered brush perfect for shading the eye socket. Just gently follow the natural crease of the socket blending back and forth to build up depth of colour.

5. Lip Brush

The sculpted of a lip brush is perfect for achieving a flawless line. The bristles are short and firm for controlled application. 


6. Smudger Brush

The foam tip is used to soften the harsh line of the pencil giving a smouldering finish. Larger ones can also be used for applying eyeshadow.

7. Fine Point Eye liner Brush

The extra fine tip of this brush delivers precise liquid and gel eyeliner application. A perfect line can be achieved in one stroke, or use the point to dot in between lashes for a more subtle effect.


Travel Kit Makeup Brush features

  • Well designed for practical and convenient usage
  • Minimize the travel baggage space
  • Made from high quality soft synthetic nylon fiber
  • Great for professional and personal use
  • 7 unique brushes help to create an array of different ultimate matte finish look

Promosi istimewa Bulan Ramadan. 
7pcs Travel Kit Makeup Brush dijual hanya pada harga

Promotion Price: RM19.90
Normal Price:      RM25.00

Memandangkan tak lama lagi kan dah nak Ramadan, aku sangat berbesar hati nak bagi harga promosi cun melecun ni disamping hadiah hadiah seperti dibawah.

  • Percuma free gift (wdhu' friendly nail polish).
  • Percuma manual brush berserta cara kegunaan.
  • Didatangkan dengan pek transparent berserta kotak packaging yang comel dan berkualiti (picture will be updated in next entry).
  • Disertakan kad ucapan raya yang exclusive.

MashaAllah banyak sangat tawaran hebat yang diberi dah la bagi harga promosi pulak tu. Mek Min pun nak kumpul pahala jugak, hehe. Ingat promosi valid di sepanjang bulan ramadan je tau. Start satu Syawal harga kembali seperti biasa jadi rugi sangat tau kalau uolls tak beli sebab harga runtuh sebegini tak mungkin boleh didapati dimana-mana. Lagipun brush ni aku order from oversea so the shipping cost is very expensive. Apa tunggu lagi pm laju laju kedai online Yasmin yang dibuka pada bila bila masa. InshAllah aku balas on time. Berita gembira dalam masa terdekat akan ada banyak lagi brush mekap yang akan dijual pada harga yang mampu milik. Please stay tune ladies! dah nak solat pastu sambung tengok movie bfg jap lagi. Ok bye


Thanks for reading my entry
xoxo

07 May, 2017

Palladio Botanical & Vitamin Infused Cosmetics Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni excited sangat nak share koleksi makeup dari brand Palladio. Pernah tak dengar brand ni? Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah dengar, haha. Harap je suka barang mekap tapi banyak jugak brand popular yang masih lagi tak kenal, hiks! Jadi aku studylah sikit tentang Palladio. Rupanya Palladio ni dah lebih 25 tahun berada di pasaran yang merupakan jenama makeup Antarabangsa founded in Florida, US. Pada September 2016, Palladio boleh didapati at selected store di Guardian. Kesemua ada 37 counters Palladio di seluruh Malaysia dan counter Palladio akan terus dibuka dari masa ke semasa. Jadi senang lah nak purchase lepas ni kan.


Intipati penulisan pada kali ni aku nak bercerita product terbaru dari Palladio which is Palladio Velvet Matte Metallic Cream Lip Colour, Palladio Matte Blush dan product popular iaitu Palladio Rice Paper. For your information, Palladio enriched with herbs and vitamins. Kebanyakan ingredients yang digunakan seperti Ginseng, Green Tea, Gingko Biloba, Vitamin E, Aloe Vera dan Chemomile. Palladio adalah high end beauty product yang telah dijual di lebih 40 buah negara. Hebat kan. Jadi jenama ni bukan calang calang uolls.


Palladio Velvelt Matte Metallic Cream Lip 

Price: RM35.90/pcs

Tak tahu macam mana nak describe betapa happynya memiliki lipstick ni. MashaAllah warna dia so trendy and fashioned for all skin type. Dari segi packaging memang bagus sebab dia tak besar. Kecil molek je nak sumbat dalam handbag pun senang. Tekstur dia agak pekat dan ada effect shinny macam lipgloss sikit tapi bila pakai dia nampak matte. Faham tak hehe. Lagi satu, lipstick ni memang tahan lama kalau nak tanggal kena rub dengan cotton pad makeup remover a lil harsh sikit sebab dia sangat melekat pada bibir. Tapi tak kisah la kan as long as dia tahan lama so dah tak payah susah susah tiap kali makan pening fikir nak kena touch up balik sebab lipstick semua dah hilang hehe! Ada lima shades yang available kesemuanya. Jom kita tengok one by one ya.


Cantik kan warna dia bila swatches. Tak tahu nak cakap warna apa yang paling aku suka sebab semuanya cantik. Serius tak tipu. Kalau rasa pening tak tahu nak pilih yang mana, beli je kesemuanya.hehe

Description : Drench your lips with this supple, creamy formula enhanced with green tea and vitamin E. Designed with long wear metallic pigments and a velvetly matte texture, the new VELVET MATTE will make you rock the ultimate lip trend.

LV 16 RITZY


Warna merah terang mak ngah atau aku suka panggil warna Paola Bracho. Eh siapa pulak dia? Kalau pernah tengok cerita La Usurpadora tahun 2000 @ ntv7 dulu pasti kenal dia ni heroin dalam cerita mexico tu. Ya Allah cantik gila okey. Dia selalu pakai warna ni and nampak sangat hot. Aku still tak boleh move on dengan cerita tu walaupun dah almost 20 years bila tengok semula. Sampai wallpaper letak gambar dia kau dah kenapa kan. Warna merah terang macam ni sesuai digayakan pada event waktu malam. Percayalah warna sebegini pasti akan menyerlah.


p/s: Sorry kalau lightling terlebih. I just want to show the shades of the lipstick more clearly. Kalau muka Mek Min nampak macam pontianak jangan ambil pusing ok.

LV 17 OPPULENT

Aku pernah pakai warna ni waktu wedding party. Warna ni adalah warna maroon but in a darker shade. Nak pakai warna ni kena berani. Apapun kalau nak cuba kena tahu sesuaikan dengan occasion.



LV 13 LAVISH 

Warna ni adalah true maroon dan menjadi antara warna kegemaran aku.  I don't know why I just like it so much! Maybe sebab trend 2017 dah jadi macam color of the year pulak.



LV 14 BRILLIANT 

Code ini adalah warna brown. Bila pakai nampak exotic and more metallic than three red lipstick yang kat atas jadi ia nampak lebih berkilat pada bibir. Kepada sesiapa yang inginkan kelainan boleh cuba warna ni sebab warna dia nampak rare.


LV 15 GILDED

Code light brown. Bila pakai nampak sopan. Sesuai untuk mereka yang ingin tampil secara sederhana tapi tetap menawan gituu. Amboi pandai Mek Min bagi penerangan dah boleh jadi perunding kecantikan kalau camni kan.haha, gurau je. Eh, tak kuasa lah nak jadi perunding kecantikan, persolekan, ke apa sebab sedar diri talent tak sampai tapi hasrat nak jadi makeup artis tu ada.haha


Dah habis part lipstick. Next, kita move on pada blusher pulak ye. Blusher ni pun semuanya koleksi terbaru dari Palladio jugak tau. Gambar di atas diambil menggunakan blusher dari Palladio ni. I love it so much since dia nampak matte tapi dalam masa yang sama dia bagaikan highlight sekali.
Double like!



Palladio Matte Blush

Price: RM26.90/pcs

Palladio Matte Blush ni diformulasi daripada kernel Apricot, ektrak akar ginseng, Aloe Vera, ektrak Chamomile untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Koalin clay dan zink oxide dapat memberi effect flawless dan velvetly coverage. Ada empat pilihan warna kesemuanya. Warna dia more to natural colour and very pigmented.

Description: An enhancing blush brushes onto cheeks smoothly for a soft matte look and even finish. Satin finish flatters the face and helps hide the appearance of line and wrinkles shimmer blushes may enhance.

BM 08 VELVETINE


Code velvetine warna dia more to purplish raspberry colour sesuai untuk medium colour skin. "Look for a light raspberry for a flush that looks like you've been in the snow. It's vibrant but natural."

BM06 TIPSY


Code Tipsy warna dia nampak warm more to Orengy Peach. Lebih sesuai untuk kulit olive skin/ dark skin tone to get a fresh and dewy effect.

BM 07 POISED



This code warna dia soft rose more to beige. Untuk nampak effect totally natural I highly suggest this color. 

As for blusher, semua warna aku suka but if you ask me to pick one I will choose Poised sebab dia nampak soft je. Sejuk je mata memandang tak terlalu flattering. Yes, it's not easy kan to choose the best blush suits our skin tone. Pada aku senang je, as long as I like it, semua jalan.haha



Palladio Rice Paper (BESTSELLER)
Price: RM20.90/pcs 

Siapa tahu apa kegunaan rice paper ni? Oil absorbing blotting tissues ni macam familiar kan dia punya packaging? Memang old school sangat sebab seingat aku, orang dulu dulu selalu pakai rice powder ni. Bekas dia dalam bentuk petak betul tak uolls? Rice paper ni lagi best tau sebab dia menyerap lebihan minyak terutama pada sekitar area T zone dan dahi. Bagi sesiapa yang mempunyai combination to oily skin this is for you! Geram kan bila pakai mekap selalu jadi at the end of the day tengok berminyak sekitar hidung dan dahi. Jangan risau, tekap mana-mana bahagian rice paper ni, satu bahagian lain mengandungi rice powder untuk bagi kesan matte. Kita akan rasa dia menyerap lebihan minyak sepantas kilat trust me.hehe. Rice Paper pun ada shades jugak tau which they come in 3 different shades boleh pilih ikut skin colour.

Description: These very unique tissues made from natural rice and provide the same, great oil absorbing functions as our Rice Powder-in a more compact form. Packaged in a handy component, these tissues will fit inside even in the smallest purse or pocket, so you'll never have to leave home without them!


WARM BEIGE (CODE GELAP)




NATURAL (CODE MEDIUM)




TRANSLUCENT (CODE CERAH)




For more info, please visit

Website:https://www.palladiobeauty.com/
Facebook:https://www.facebook.com/PalladioMY/
Instagram: https://www.instagram.com/palladiomy/

Thanks for reading my entry
xoxo

12 April, 2017

Touch Minerals Fusion Mineral Powder and Foundation Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Siapa kat sini penggemar makeup hari ni aku nak cerita tentang salah satu komponen mekaup yang penting iaitu Powder. Powder ni ada macam-macam jenis tau. Ada two way powder/twin cake, pressed powder, foundation powder, setting powder, finishing powder dan banyak lagi. Kali ni aku nak cerita tentang Loose Powder. Secara jujurnya aku lebih sukakan Loose Powder berbanding powder lain contoh compact powder yang selalu jugak aku pakai. Biasanya compact powder susah nak blend dengan warna kulit walaupun dah pilih shade yang sesuai. Bila buat perbandingan, Loose Powder ni lebih natural, serap minyak, teksturnya lebih ringan, mengecilkan pores dan paling penting tahan dalam jangka masa yang lama berbanding powder lain.


Pilihan aku adalah Loose Powder jenis Minerals dari Touch Minerals. Untuk pengetahuan, Mineral makeup diperbuat daripada galian seperti oksida besi, zink dan titanium. Kebiasaannya makeup kan selalu ada bahan chemicals. Paling popular contoh macam paraben, pewarna sintetik dan wangian tapi Mineral Loose Powder tidak menggunakan bahan-bahan chemicals tu semua. Ia juga tidak mengandungi agen pengikat yang kebiasaannya terdapat dalam compact powder menjadikan mineral makeup non comedogenic bermakna tidak merengsakan kulit dan tidak menyumbat pori-pori. Tahukah anda, kebiasaanya Loose Powder biasa mengandungi Talkum yang boleh membuatkan pori pori tersumbat. Orang yang kulit sensitif macam berjerawat kena berhati hati pilih powder yang sesuai . Jadi mineral makeup adalah pilihan terbaik untuk uolls yang nak kulit sihat dan cantik.


Loose powder atau bedak tabur yang biasa dijual dalam bentuk jar yang agak besar ni mempunyai tekstur yang lembut apabila diaplikasikan. Loose powder kan sangat halus jadi bila guna tu memang akan rasa sangat ringan macam tak pakai apa-apa pun ada. Disebabkan ia mudah berterabur, jadi tak praktikal untuk diusung kesana kemari dalam handbag and penting untuk handle with gentle care ya ladies! hehe. Soalannya kenapa pilihan aku Loose Powder dari Touch Minerals? sebab ia adalah jenama solekan mineral atau mineral makeup yang diformulasi khas dengan kolagen menggunakan teknologi terkini tau. Kolagen yang terkandung dapat membantu kulit mengimbangi lembapan dan keanjalan lantas menampakkan wajah kelihatan cantik, muda dan jelita.


KELEBIHAN UTAMA TOUCH MINERALS LOOSE POWDER & FOUNDATION

1. Membantu menyerap minyak berlebihan pada kulit muka.
2. Membantu mengurangkan masalah jerawat.
3. Membantu kulit kelihatan anjal dan bebas kedutan.
4. Membantu mengurangkan kemerahan disebabkan oleh alahan pada kulit.
5. Sesuai untuk kulit sensitif.
6. Bebas Talkum dan bahan-bahan yang merengsakan kulit.
7. Solekan tahan lama selama 16 jam
8. Warna solekan yang dalam dan pekat menaikkan seri wajah.
9. Perlindungan UV yang baik (spf25) alternatif pada losyen yang berminyak
10. Selamat dibawa tidur dan lembut pada kulit.


Cara terbaik untuk meratakan Loose Powder pada wajah adalah dengan menggunakan kabuki brush. Kabuki brush adalah brush yang biasa digunakan untuk apply foundation dan powder. Ada pelbagai jenis shape contoh rounded, flat, angles dan dome. Setiap shape digunakan untuk aplikasi yang berbeza. Aku beli satu set brush ni ada 10 kesemuanya dari Lazada. Senang! hehe. The goals of using kabuki brush adalah untuk dapatkan effect soft, airbrushed and poreless looking skin.


Gunakan kabuki brush jenis flat macam ni untuk apply mineral loose powder supaya dapat set kan dengan elok pada permukaan kulit. Mudah pun mudah sebab dia akan evenly distributed. Sila lihat gambarajah dibawah (ayat macam soalan exam) haha untuk tahu cara penggunaaan yang tepat. Aku dah siap print screen untuk korang. Nak bermekap pun nak kena ada teknik jugak kan uolls.

The next part is the shade! Touch Minerals menawarkan lima jenis shades kesemuanya. Jadi bolehlah pilih shades yang sesuai dengan skin tone korang. Nak pilih shades ni bukan senang kalau tak tahu cara. Aku pun sometimes tersilap jugak pilih. Kadang terlebih putih, kadang terlebih gelap. Nak selamat apa yang selalu aku buat ialah dengan memilih satu tone lebih cerah dari warna asal kulit. Ada orang cakap ikut undertone (warna vein pada lengan) ada 3 jenis iaitu cool, neutral and warm undertone tapi aku tak pernah praktis cara tu sebab rasa macam complicated haha so aku request shade no 04 Sunkissed Tint yang dirasakan terbaik dengan warna kulit yang golden brown ni.ceh


Aku listkan shades yang available sekali dengan description kat bawah ni. Sila hadam betul betul.


01: CANDY BLUSH

Add lustre for pale to fair skin. (Tambahkan kilauan dan warna untuk kulit pucat ke cerah)


02: SHIMMERING YELLOW

Compliments Skin Undertone for pale to olive skin (menyempurnakan tona asas untuk kulit cerah ke sawo matang.

03: NATURAL TOUCH

Perfect porcelain mate finish for olive to light brown skin (Lengkapan sempuna bebas cela untuk kulit sawo matang ke perang cerah.)

04 SUNKISSED TINT

Vibrance and radiance for light brown to brown skin (Menyerlah dan menyerikan kulit perang cerah ke perang)

05 DEEP GLOW

Brings out your inner glow for brown to dark brown skin (Menyerlahkan seri dalaman untuk kulit perang ke gelap)


Rasanya tak complete entry ni kalau tak letak testimoni pengguna. Dah ramai tau yang cuba Loose Powder and Foundation dari Touch Minerals ni. Jom kita tengok komen pengguna.

Last but not least mesti ada summary testimoni Cik Yasmin sendiri sebagai pengguna Touch Minerals ni. Aku memang suka dengan produk ni sebab first awal awal lagi memang aku gemar guna loose powder than any other powder lepas pakai foundation/ concealer. Secondly, sebab ianya diperbuat dari minerals. Mica sebagai pengganti talkum contohnya antara bahan utama tidak membuatkan pores tersumbat. Sekarang ni banyak brand yang claim produk 100% bahan organik/minerals pada hakikatnya peratusan kecil je minerals yang terkandung dalam produk mereka. Sebab tu penting untuk baca dengan teliti bahan-bahan yang tertera pada label. Kalau ada nama chemicals pelik-pelik tu silalah jangan percaya ia diperbuat daripada bahan organik walaupun di-claim sedemikian rupa. Insha-Allah Touch Minerals ni diperbuat dari bahan-bahan yang selamat.


Harga Touch Minerals Loose Powder and Foundation

RM39.90

Postage fee:
- Semenanjung Malaysia (RM10)
- Sabah & Sarawak (RM15)
- Brunei, Singapore, Indonesia (RM50)

Untuk keterangan lanjut sila layari 

Facebook: Touch Minerals
Instagram: Touchmineralsmy

Thanks for reading my entry
xoxo

19 March, 2017

Review Matte Lipstick; Vibe of Colours

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Lately aku suka kumpul barang mekap tapi aku tak suka nak bermekap sangat melainkan kalau ada apa-apa occasion penting. Okey, part occasion tu memang takde pon sebab aku ni bukannya retiss nak ada event sana sini. haha, Tapi bila pergi kerja tu memang aku pakai lah foundation, concealer sikit, lukis eyebrow dengan sapu lipstick. Pastu dah. Nampak macam banyak tapi tak pun. Tu paling asas ye cik kak. Mek min nak pesan ni, kalau pergi kerja tu please lah enhance sikit penampilan jangan pucat lesi sangat macam vampire. Orang tengok pun jemu. Aku tak suruh mekap macam Che Ta. Tu nampak sangat macam nak mengurat bos. At least jangan plain sangat. Jadi moderate then kita selamat. Dalam islam pun tak salah nak mekap janji tak tabarruj. Okey dah, Mek Min tak nak bebel panjang panjang nanti kena tukar tajuk kepada Tanyalah Ustazah.

Okey, back to the point. Dalam banyak-banyak alat mekap, part lipstick lah yang memainkan peranan penting. Sekarang aku gigih duk kumpul lipstick. Siap beli organizer yang ada 24 compartment nak letak lipstick. Nanti bila dah cukup aku buat review inshaAllah. Boleh aku share brand lipstick apa yang best dan jadi fevret utama aku okey?! Cakap ye kuat kuat dalam hati.


Sekarang ni semua orang duk gila dengan lipstick jenis matte termasuklah aku. Aku dah tak pakai lipstick jenis shinny shiny macam lipgloss semua tu buat bibir nampak tebal je. Aku perasan dekat insta banyak brand Malaysia yang jual lipstick matte setanding dengan jenama luar negara macam NYX. Aku memang peminat tegar NYX tapi kali ni teringin pulak nak cuba something yang different. 


Excited nak share dengan korang lipstick yang aku tengah guna sekarang ni iaitu Vibe of Colours. Apa kelebihan Vibe of Colours berbanding lipstick lain? Kerana ianya 3 in 1. Instead digunakan sebagai liptick, ia juga boleh juga boleh digunakan sebagai eyeshadow and blusher. What else do I ask for? MashaAllah rasa bahagia sangat boleh buat jadi eyeshadow. Maka terlintaslah dalam benak fikiran Mek Min nak buat theme rose gold dengan memakai lipstick Vibe of Colours ni.


Dari segi packaging dia Mek Min bagi 50/50 sebab Mek Min rasa boleh improve lagi. Sesuai dengan namanya Vibe, maybe boleh beri more energy in term of color to be more attractive. Pada outer box lipstick ni dah siap-siap ada description. I will list down below.

Benefits:
  • Creamy matte, full coverage liquid lipstick
  • Long lasting color stay in place for up to 6 hours of continuous wear
  • Weightless, color rich formula will not bleed or transfer
  • Enriched with collagen to help to help hydrate and nourish lips



Vibe of colours didatangkan dalam tiga shades. Shade yang aku guna number 21 Blush which is relatively bright pink. Warna lain yang available seperti gambar di bawah which is bright red and nude peach. Aku tak tahu dia punya code. Just describe berdasarkan inferens melalui gambar tersebut sahaja.wink 😄

Vibe of Colors available in three shades


Setelah memakai lipstick ni, yes ia memenuhi semua criteria benefits diyatakan tadi. Tekstur dia memang creamy as claimed dan bau vanilla dia MashaAllah sangat wangi. Paling penting langsung tak melekit and long lasting. Pada aku sangat penting juga untuk mudah tanggal menggunakan mekap remover. I was so amazed bilamana aku try tanggal, it works only a second. Serious tak tipu sekali wipe je terus tanggal semua. I'm happy!


Sekarang ni Vibe of Colours tengah buat promo tau. Aku tolong copy paste ayat dari fb dia:
Buy 3 pcs RM100 (include postage)
First 50 customer will get 20% discount voucher for 2nd item
Grab now while stock last!
Korang boleh jimat kalau beli 3 pcs sebab satu pcs harga biasa dia 

RM35


Warna pink sentiasa menjadi pilihan hati aku. I just so in love with pink. That's why pink is everywhere. haha. Biasanya nak pilih lipstick ni skin tone pun memainkan peranan juga. Macam kulit aku yang hitam manis atau dalam bahasa sopannya dusky complexion sesuai warna bright red and berry. Jadi, rajin rajinkanlah diri google which lipstick color suits your skin tone.


 That pinkish color look at the crease I colored using this lipstick. For those who are fascinating about lipstick, you should get one in your collections.

For any inquiries silahlah layari website Vibe of Colours 


Before I end, belanja quote of the day kejap


Thanks for reading my entry.
Have a nice weekend!
xoxo