30 January, 2017

Room Tour 2017

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama nak update room dan house tour tapi asyik postpone je. Lagipun kami baru je pindah rumah jadi banyak benda lagi yang belum setel contoh macam ayah ada renovate tingkat atas untuk tambah bilik, dan bahagian ruang tamu nak tambah perabot dan carpet baru tapi aku malas nak tunggu semua tu baru boleh tangkap gambar. Lagipun aku bukannya interior designer dah macam nak tunjuk gambar katalog pada pelanggan pulak semua benda nak complete.kehkeh. Untuk entry kali ni aku update room tour dulu next week baru update house tour.

Aku suka sangat tengok video youtube cara Mat Salleh decorate rumah, bilik, dapur, office, bathroom hacks, lifehacks semua bendalah yang berkaitan dengan organizing memang aku suka. Fevret youtuber aku ialah Alexandria.tv. Bila tengok betapa kemasnya cara dia susun atur barang buat aku terinspirasi nak tiru diorang nih. Gigit kuku tau tengok rumah orang yang cantik cantik ni.

Jadi bermulalah misi aku shopping slow slow dulu barang-barang untuk organizing dan kedai fevret aku ialah Mr. DIY, Daiso dengan kedai RM2 sebab boleh jumpa pelbagai jenis organizer dengan harga yang sangat murah. Mak aku pulak jenis suka hias hias rumah ni semua jadi dia layan jelah tiap kali aku ajak mak suruh teman shopping.ngehe.


Jom kita bermula dari bilik dulu. Excited lebih sikit sebab tadi baru tukar cadar yang dibasuh, spray febreez dan sembur dengan air freshner. 😂 Nak cerita sikit aku memang tak suka cadar yang diperbuat dari cotton, cadar aku ni material dia diperbuat dari polyster rasanya sebab kainnya licin. Licin yang susah nak describe macam mana yang penting sangat selesa dan tak panas. Nak tahu berapa lama usia cadar ni? Rasanya dah lebih 20 tahun tapi masih lagi nampak baru kan tapi corak tu nampak sangatlah classicnya.hekhek Aku kan berjiwa classic, memang sesuai sangatlah! :p Dah merata tempat den try cari material kain camni tapi tak jumpa sebab nak sangat beli cadar warna pink boleh matching dengan dinding sebagai warna tema utama.


Ada beberapa benda lagi yang belum complete antaranya carpet! Buat sementara waktu guna je dulu carpet hijau ni untuk alas solat. Aku nak beli carpet warna pink jugak. Sabau jelah semua benda nak kaler warna pink. Tapi at least nampaklah bilik aku ni beradun semua warna bukannya warna pink je kan. hehe. Lagi satu, pencahayaan memainkan peranan penting dalam menentukan keluasan dan juga ketenteraman bilik tau. Dalam buku teks kemahiran hidup Tingkatan Tiga ada explain kan. Over benau throwbacknya.


Malam malam memang selalu nyalakan lilin aromaterapi ni. Bau apple dia mashaAllah wangi sangat. Ada 12 ketul stock kesemuanya auntie bagi. Biasanya pasang lampu katil dan lampu bebola bulat atas katil ni cukup mendamaikan lagi lagi time penat lepas mandi rebahkan diri sambil menulis di planner. Ada satu lagi lampu kelip-kelip fairy light ataupun orang panggil lampu krismas aku pasang pada langsir. Time ni lupa nak snap memang sangat cantik. Entahlah, tak tahu kenapa aku memang suka dengan lampu dim light nih. Rasa macam berada di awang-awangan.


Untuk almari satu tak cukup ye, awal-awal dah request dengan mak ayah nak dua almari. Adik aku biarkan almari dia kat luar, haha. Aku dengan adik share bilik. Memandangkan dia kat US jadi aku bermahajaralela sepenuhnya dalam bilik ni. Tak mahu letak katil lebih sebab nak minimize space. Biasanya kalau adik balik pun aku bagi chance dia tidur atas katil aku tidur kat bawah. Pengorbanan seorang kakak.lolz.


Semua perfume letak dalam satu bakul. Nak pakai senang.

Summary. Please give name the caption.


Part ni yang paling dinanti. Office tour! Rasa dah lengkap dah set pejabat aku ni. Aku nak tekankan disini perihal vison board. I am a goal oriented person. Semua benda aku plan walaupun tak semua benda yang aku plan tu jadi at least planning tu ada.hahaha. Aku ada tertengok video youtube macam mana youtuber design dia punya vision board. Katanya hampir semua benda yang tertera dalam vision board dia dah tercapai. Kata-kata pada vision board is powerful sebab hari hari duk nengoknya makanya secara tak langsung ia akan memasuki minda bawah sedar dan memberi isyarat kepada otak bahawa kita perlu mencapainya! ha, bila Dr. Yasmin berbicara keluar semua ayat falsafah kan.


Aku jenis yang suka menguyah. Kalau tak ada jajan ke sneak ke tak sah jadi sediakan dalam bakul. (terimbau smax zaman kanak-kanak sebab selalu duk beli) berserta gula gula ye.



Terinspirasi tak tengok office kita?
hehe

Thanks for reading my entry
xoxo