12 February, 2017

Tudung sarung awning berdagu murah!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Aku tak pernah terlintas nak buat bisnes sebab rasa diri tak ada kelebihan tapi lama kelamaan rasa tak boleh jadi. Nak cuba keluar dari comfort zone. Kalau sebelum ni aku berjinak-jinak jual supplement sekarang ada hobi lain. Jual tudung! haha, sekadar hobi jelah bukannya nak menjana pendapatan utama. Tujuan utama aku sebenarnya nak pakai untuk diri sendiri. Tapi bila ada office mate beria-ria nak beli tudung dari aku sebab time tu aku beli borong maka aku fikir why not aku jual. Sekarang ni banyak sangat orang buka butik mahupun jual tudung dan baju muslimah secara online, memang tak lah aku nak bersaing dengan usahawan-usahawan ternama ni semua nak buat bisnes tudung, baju ke apa. Haru jadinya.kahkah.

Sekarang ni fokus utama aku adalah nak mencuba nasib dulu. Jadi platform yang aku guna nak tengok demand ialah dengan menjual tudung. Lepas ni kalau aku betul-betul rajin dan komited teringin jugak nak ada bisnes sendiri. Aku selalu berangan kalau boleh nak bukak bisnes lain dari yang lain. yang tak pernah dibuat orang. Berangan jelah dulu kan mana tahu suatu hari nanti jadi kenyataan.haha. Bab-bab berangan ni aku memang nombor satu.

sumber: google

Jadi siapa kat sini peminat tudung sarung kita geng. Aku punyalah malas gila nak iron. Biasanya tiap minggu hari ahad aku iron siap-siap baju dan tudung untuk seminggu bekerja tapi time mood malas datang bangunlah kau waktu pagi meng-iron baju dengan tudung pastu kelam kabut lambat pergi kerja.tsskk T.T 😢


Zoom pattern dari dekat.

Jadi untuk memudahkan urusan, kadang time terlambat nak pergi kerja aku pakai tudung sarung je, yang ada awning dan berdagu. Jenis material high quality denim. Macam gambar kat atas ni. Bila pakai terletak cantik je tak jatuh. Aku cuba cari saiz yang lagi besar tapi tak jumpa sebab yang aku pakai ni pun dah saiz XL jadi. Kelebihan tudung sarung ni pakai tak sampai 5 saat dah siap. Selesai masalah negara! hehe

Kelebihan Tudung Sareema Denim 
  • Diperbuat daripada high quality material 
  • Tidak panas dan terletak cantik apabila dipakai
  • Harga yang sangat murah
  • Berdagu dan labuh menutupi dada
  • Ironless


Kepada sesiapa yang berminat boleh order cepat cepat tau sebab stock memang sangat limited. Ada lima colour cantik cantik yang available.

Cuma RM22 je sehelai
 excluding postage

Seriously, korang tak akan dapat harga murah macam ni dimana-mana tau. Dengan aku je. haha, saja nak pyscho tapi memang betul pun. Office mate aku berebut beli katanya.

"Yasmin, seriouslah awak jual murah macam ni. Betul ke tak nak ambil untung?
Balik modal ke berniaga macam ni?"

Ya, aku jual murah sebab as a marketing strategi buat permulaan ni. Lepas ni harga dah kira macam di pasaran.

Apa-apa pun pm for more info ya.

UPDATED: Semua tudung already SOLD OUT
Kalau nak boleh request.TQ



Thanks for reading my entry
Lepas ni banyak lagi nak update, please stay tune okey!
xoxo
Post a Comment