19 March, 2017

Review Matte Lipstick; Vibe of Colours

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Lately aku suka kumpul barang mekap tapi aku tak suka nak bermekap sangat melainkan kalau ada apa-apa occasion penting. Okey, part occasion tu memang takde pon sebab aku ni bukannya retiss nak ada event sana sini. haha, Tapi bila pergi kerja tu memang aku pakai lah foundation, concealer sikit, lukis eyebrow dengan sapu lipstick. Pastu dah. Nampak macam banyak tapi tak pun. Tu paling asas ye cik kak. Mek min nak pesan ni, kalau pergi kerja tu please lah enhance sikit penampilan jangan pucat lesi sangat macam vampire. Orang tengok pun jemu. Aku tak suruh mekap macam Che Ta. Tu nampak sangat macam nak mengurat bos. At least jangan plain sangat. Jadi moderate then kita selamat. Dalam islam pun tak salah nak mekap janji tak tabarruj. Okey dah, Mek Min tak nak bebel panjang panjang nanti kena tukar tajuk kepada Tanyalah Ustazah.

Okey, back to the point. Dalam banyak-banyak alat mekap, part lipstick lah yang memainkan peranan penting. Sekarang aku gigih duk kumpul lipstick. Siap beli organizer yang ada 24 compartment nak letak lipstick. Nanti bila dah cukup aku buat review inshaAllah. Boleh aku share brand lipstick apa yang best dan jadi fevret utama aku okey?! Cakap ye kuat kuat dalam hati.


Sekarang ni semua orang duk gila dengan lipstick jenis matte termasuklah aku. Aku dah tak pakai lipstick jenis shinny shiny macam lipgloss semua tu buat bibir nampak tebal je. Aku perasan dekat insta banyak brand Malaysia yang jual lipstick matte setanding dengan jenama luar negara macam NYX. Aku memang peminat tegar NYX tapi kali ni teringin pulak nak cuba something yang different. 


Excited nak share dengan korang lipstick yang aku tengah guna sekarang ni iaitu Vibe of Colours. Apa kelebihan Vibe of Colours berbanding lipstick lain? Kerana ianya 3 in 1. Instead digunakan sebagai liptick, ia juga boleh juga boleh digunakan sebagai eyeshadow and blusher. What else do I ask for? MashaAllah rasa bahagia sangat boleh buat jadi eyeshadow. Maka terlintaslah dalam benak fikiran Mek Min nak buat theme rose gold dengan memakai lipstick Vibe of Colours ni.


Dari segi packaging dia Mek Min bagi 50/50 sebab Mek Min rasa boleh improve lagi. Sesuai dengan namanya Vibe, maybe boleh beri more energy in term of color to be more attractive. Pada outer box lipstick ni dah siap-siap ada description. I will list down below.

Benefits:
  • Creamy matte, full coverage liquid lipstick
  • Long lasting color stay in place for up to 6 hours of continuous wear
  • Weightless, color rich formula will not bleed or transfer
  • Enriched with collagen to help to help hydrate and nourish lips



Vibe of colours didatangkan dalam tiga shades. Shade yang aku guna number 21 Blush which is relatively bright pink. Warna lain yang available seperti gambar di bawah which is bright red and nude peach. Aku tak tahu dia punya code. Just describe berdasarkan inferens melalui gambar tersebut sahaja.wink 😄

Vibe of Colors available in three shades


Setelah memakai lipstick ni, yes ia memenuhi semua criteria benefits diyatakan tadi. Tekstur dia memang creamy as claimed dan bau vanilla dia MashaAllah sangat wangi. Paling penting langsung tak melekit and long lasting. Pada aku sangat penting juga untuk mudah tanggal menggunakan mekap remover. I was so amazed bilamana aku try tanggal, it works only a second. Serious tak tipu sekali wipe je terus tanggal semua. I'm happy!


Sekarang ni Vibe of Colours tengah buat promo tau. Aku tolong copy paste ayat dari fb dia:
Buy 3 pcs RM100 (include postage)
First 50 customer will get 20% discount voucher for 2nd item
Grab now while stock last!
Korang boleh jimat kalau beli 3 pcs sebab satu pcs harga biasa dia 

RM35


Warna pink sentiasa menjadi pilihan hati aku. I just so in love with pink. That's why pink is everywhere. haha. Biasanya nak pilih lipstick ni skin tone pun memainkan peranan juga. Macam kulit aku yang hitam manis atau dalam bahasa sopannya dusky complexion sesuai warna bright red and berry. Jadi, rajin rajinkanlah diri google which lipstick color suits your skin tone.


 That pinkish color look at the crease I colored using this lipstick. For those who are fascinating about lipstick, you should get one in your collections.

For any inquiries silahlah layari website Vibe of Colours 


Before I end, belanja quote of the day kejap


Thanks for reading my entry.
Have a nice weekend!
xoxo